Monday, December 9, 2013

Ukkiran NesanKu..

Assalam..

Bismillah..

Anda takut mati? Berapa kali kita fikir pasal kematian kita setiap hari?.. Berapa kali malaikat maut menjengok kita tiap hari?  Andai laluan ke tempat kerja melewati tanah perkuburan in syaa Allah terlintas jua.. Andai laluan kiri kanan bangunan batu hiasan pub karaoke shopping mall.. hancusss...Tapi kan ramai orang takut mati namun tidak mahu beramal?

Prof Dr Muhaya kata, 'Sebenarnya orang yang takut mati ialah orang yang tiada amal. Takut sakit juga takut mati sebenarnya. Cuba fokus pada jenazah kita – bagaimana rupa kita nanti? Hentikan berbelanja pada yang bukan-bukan seperti barang perhiasan, lebih baik kita sedekah pada yang memerlukan, berpeluang dapat pahala sebagai bekalan akhirat.'

Surah At Talaq ayat 2 dan 3 bermaksud,
'Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) nescaya akan diberikan kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertawakkal (berserah diri bulat-bulat bukan bola eh..  penyerahan sepenuhnya) kepada Allah maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendakiNya, Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap sesuatu.'..

No comments:

Post a Comment