Thursday, October 31, 2013

Cantikkah Rama-Rama Itu?

RAMA-RAMA tidak tahu betapa cantik warna-warni sayapnya, akan tetapi MANUSIA lebih menghargai betapa indah warnanya...
Begitulah juga diri kita,


Kita sering gagal menghargai betapa bertuah dan istimewanya kita sebagai hambaNya. Namun insaflah betapa ALLAH SWT sangat menyayangi hambaNya. Walaupun tempoh kita lalai leka tidak sempurna dalam melaksanakan perintahNya sangat lama, andai bertaubat dan memohon keampunanNya dalam perjalanan abadi kembali meraih redhaNya pasti diampunkanNya disebabkan 'ISTIMEWA'nya kita hambaNya kita dimata Sang Pencipta...

Tatkala kita tunduk tawaduk pada syariatNya, Redha atas segala takdir KetentuanNya, Masih tersenyum dalam kesedihan dan kepayahan mengharungi musibahNya dan tegar berpegang rukun2 ketetapanNya saat  menghadapi ujianNya....



Bersyukurlah sentiasa kepada Yang Maha Esa ALLAH swt
di bibirmu dihatimu dan saat berSujud mengucup sejadah CIntamu padaNya

Hikmat Di Balik Birai Usang

Aku mengamati semua sahabat, 
Tidak berjumpa pun seorang sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidahku. 

Aku memikirkan tentang semua pakaian di dalam almari dan di internet,
Hampa kerana tidak berkenan sehelai pakaian pun yang lebih cantik daripada takwa kepada Allah swt. 

Puasku memikirkan tentang segala jenis amal baik yang boleh dilakukan, 
Namun tiada ketemu suatu amal yang lebih baik daripada istiqamah mencoretkan entri kebaikan bekalan akhirat.

Aku berusaha untuk meraih segala bentuk rezeki yang halal buat sesuap nasi, 
Rupanya tiada rezeki yang lebih berharga daripada kesabaran terhadap ujianNya.


Di Mana Tempatku

Ya Allah,Ya Rahman Ya Rahim
Perbaikilah agamaku yang merupakan sandaran segala urusanku,
Dan perbaikilah urusan duniaku yang merupakan tempat tinggalku,
Dan perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku,
Dan jadikanlah kehidupanku sebagai tambahan bagi kebaikanku, 
Dan kematianku sebagai tempat istirahat dari segala kejelekanku.

(Hadis Riwayat Muslim)

Aaamiinn

 


Qunut Doa Dinihari

Assalam alaik..

Bismillah...

Dalam solat fardhu 5 waktu yang diwajibkan ke atas orang Islam...hanya dalam solat Subuh ada bacaan doa yang kita ketahui sebagai doa Qunut... Ingat masa kecil memula belajar solat.. doa Qunut ni susah nor nak dibaca... Namun yang menariknya di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi (waktu menunaikan umrah) tiada doa Qunut dibacakan pada rakaat kedua selepas rukuk seperti yang kita amalkan di Malaysia..Hmmm..

Inilah Doa Qunut yang kita baca kan..

 Doa Qunut Ketika Solat

Tahukah maksud Doa yang kita baca sekali setiap hari ini.. Paparan ini adalah untuk pengetahuan pemahaman dan peringatan kepada saya yang saya nak kongsi bersama dalam blog ini.... Maksud Doa Qunut dalam bahasa...

Ya Allah, berilah daku petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkan daku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, 
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya 

Subhanallah hebat lengkap sempurna.. pepagi seawal Subuh Allah swt telah menyediakan doa ini untuk kita berdoa kepadaNya .. tak perlu susah2 fikir ayat. lain dah....yelah bangun pun kalau dah lewat habis nak habis waktu..Sayangnya Allah swt pada kita..

* Tetapi berhati2 ye.. andai kita berjemaah di rumah.. ada beberapa perkataan dalam doa ini perlu ditukarkan oleh mereka yang menjadi imam. Selaku imam, pada kalimah berikut hendaklah ditukar  
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
"Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"

Manakala sebagai makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Aamiiin sahaja.

Andai terlupa membacanya bagaimana?.. Memandangkan membaca Doa Qunut merupakan perkara 
sunat muakkad(yg di haruskan/di anjurkan) menurut ahli fiqih mazhab Syafi'i. Ertinya, jika doa qunut pada saat solat subuh ditinggalkan atau tertinggal, tidaklah membatalkan solatnya, namun disunatkan melakukan sujud sahwi. iaitu selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam hendaklah kita sujud dua kali dan melafazkan dalam sujud itu:

 
Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa


Apa pun ikuti Penjelasan ayat per ayat dari Doa Qunut ini
[اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ]


Ya Allah berilah daku petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk.
“berilah daku petunjuk”
Di awal doa Qunut lagi kita telah memohon kepada Allah swt agar mengurniakan petunjuk kepada kita. Petunjuk berbagai sudut seperti ilmu yang bermanfaat dan ibadah amal soleh. Ilmu sangat luas tetapi yang diminta adalah yang boleh membimbing kita untuk memahami dan membezakan antara yang benar dan salah, memyisihkan jalan kesesatan penuh ranjau daripada jalan kebenaran yang lurus, ilmu yang memberikan semangat untuk melasanakan amalan kebenaran.
“sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk”
Kita mengaitkan kenikmatan hidayah yang telah Allah swt kurniakan kepada orang lain. Kita memohon hidayah kepada Allah swt sebagaimana Allah swt telah memberikan hidayah kepada hambaNya lain.
Kalimah 'sebagaimana' ini yang sering diistilahkan dengan tawassul bi fi’lillah, tawasul dengan perbuatan Allah swt, iaitu memberi petunjuk kepada siapa saja yang Dia kehendaki. Ingat tak tawasul yang sama kita lafazkan dalam solawat di tahiyat akhir solat kita iaitu
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم


“Ya Allah berilah solawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi solawat kepada Ibrahim…”
[وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ]
“Berilah daku afiat(keselamatan/kesejahteraan), sebagaimana orang yang telah Engkau beri keselamatan”
Selanjutnya kita memohon pula agar diberi afiat, keselamatan dan kesejahteraan agar terhindar  dari segala penyakit, zahir mahupun batin terutamanya penyakit hati. Penyakit hati ada 2:
a. Syahwat:  keinginan untuk menyimpang dari kebenaran dan kehalalan kerana dorongan hawa nafsu terhadap harta, tahta, kemasyhuran maupun wanita. 
b. Syubhat: pemikiran sesat dan buruk sangka yang masih menguasai benak seseorang, sehingga menghalangi dirinya memilih atau melihat jalan kebenaran.
[وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ]
"Jadilah wali bagiku, sebagaimana Engkau telah menjadi wali bagi hamba-Mu yang Engkau kehendaki."@"Peliharalah/pimpinlah  daku seperti orang yang telah Engkau pelihara/pimpin"
Wali adalah kekasih yang akan menjadi pelindung, penolong, memperhatikan keadaan orang yang Dia kasihi. Ketika Allah swt menjadi wali yang istimewa bagi seorang hamba, maka Allah swt akan sangat memperhatikan si hamba ini, mengarahkannya ke jalan yang lurus, menyelamatkannya dari segala ujian dunia dan akhirat.
Allah swt berfirman,
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ
Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah thagut (setan), yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). (Surah. Al-Baqarah ayat 257)
[وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ]
"Berkahilah untukku terhadap apa yang telah Engkau berikan kepadaku"
Berkah berasal dari kata birkah iaitu tempat luas yang menampung air. Dari asal kata ini, para ulama mengatakan, berkah adalah kebaikan yang banyak dan bersifat berterusan. Kita memohon kepada Allah  swt agar memberikan kebaikan yang berlimpah, dalam nikmat kurniaanNya.
[وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ]
"Lindungilah daku dari keburukan/kejahatan yang telah Engkau tetapkan/takdirkan"
Takdir perlu dilihat dari 2 perspektif berbeza iaitu Ketetapan Allah swt dan Sesuatu yang Allah swt tetapkan.
Ketetapan Allah swt adalah kebiasaanya perkara yang baik sahaja kerana ia berlandaskan kepada 2 prinsip iaitu Keadilan atau Kurnia. Tetapi 'Sesuatu yang Allah swt takdirkan' terdiri kepada hal yang baik dan tidak baik dan inilah yang dipohn dalam ayat tersebut. Takdir baik seperti ditakdirkan lahir sebagai mukmin, dilapangkan rezekin, diberi rasa aman bahagia dan apa jua bentuk kurniaannya. Sebaliknya, takdir buruk ditetapkan Allah swt boleh merangkumi apa sahaja.. nauzubillah .. semoga kita terpelihara dari murkaNya.
[إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ]
"Sesungguhnya hanya Engkau sahaja  yang menetapkan dan tidak ada suatu  pun berkuasa yang menjatuhkan ketetapanMu"
Allah swt  satu-satunya Dzat yang menetapkan segala sesuatu. Dia pemilik kekuasaan yang sempurna. Tidak ada yang memaksa Allah swt untuk menetapkan takdir, tiada yang berkuasa menjatuhkan keputusan Allah swt. Dalam urusan takdir, misalnya  kita tidak boleh bertanya-tanya, mengapa Allah swt menetapkan takdir demikian dan mempersoalkan apa alasan Allah swt membenarkan iblis mernyesatkan manusia dsbgnya..
Allah swt  tegaskan dalam firmanNya pada Surah AlAnbiya petikan sebahagian ayat 23,
لا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
“Dia tidak ditanya terhadap apa yang Dia tentukan, namun merekalah yang ditanya (atas perbuatan yang mereka lakukan).” 
[وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ]
"Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu."
Setelah memohon kepada Allah swt agar Dia menjadi wali (memimpin) kita. Ayat ini merupakan pujian bagiNya, bahawa tidak akan terhina orang yang telah dipimpinNya. Seawal pagi kita telah berdoa untuk mendapatkan keredhaan dan kemuliaan Allah swt  agar kita dipimpinNya menjadi waliNya dan bukan musuhNya. Jadi  siapakah wali Allah?
Allah swt tegaskan menerusi kalamnya di Al-Quran Surah Yunus ayat 62-63,
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ* الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
Ingatlah, Sesungguhnya wali Allah itu, tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ( – ) (iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. 
Syaikhul Islam mengatakan,
من كان مؤمناً تقياً، كان لله ولياً
“Siapa saja yang beriman dan bertaqwa maka dia menjadi wali Allah.” iaitu beriman dalam hatinya dan menampakkan pengaruh imannya dalam tingkah lakunya semata2 kerana Allah swt.
Saya ada mendengar dan mengetahui orang yang jarang solat apatah lagi berjemaah di surau dan masjid, alah mayat, berguru dan mengaku menerima wahyu, ada khadam dan boleh mengubati  orang. Kalau dari kalangan ahli keluarga terdekat saya akan benarkan pengakuannya tapi dalam diri saya pengakuan bahawa dia adalah wali setan yang sesat lagi menyesatkan dan tidak layak menjadi wali Allah. Nauzubillah.. hanya Allah swt yang boleh mengembalikannya ke jalan kebenaran...andai Dia masih belum murka.
[وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ]
"Tidak akan mulia orang yang memusuhiMu."
Siapapun yang menjadi musuh Allah swt, dia tidak akan mulia di dunia dan akhirat malah hanya mendapat kehinaan kefakiran dan kerugian.
مَنْ كَانَ عَدُوّاً لِلَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ
Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, Maka Sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 98)
Ayat ini menunjukkan semua orang kafir adalah musuh Allah swt dan semua orang kafir berada di tingkatan terhina. Berhati2lah kerana Rasulullah saw melarang kita untuk memanggil orang kafir dengan panggilan kehormatan, sanjungan, atau yang semakna dengannya. Sabda Baginda saw,
لَا تَقُولُوا لِلْمُنَافِقِ سَيِّدٌ، فَإِنَّهُ إِنْ يَكُ سَيِّدًا فَقَدْ أَسْخَطْتُمْ رَبَّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ
‘Jangan kalian menyebut orang munafik: Sayid (tuan), karena jika memang dia tuan, kalian telah membuat marah Rab kalian.’ (Hadis Riwayat Ahmad 22939 dan Abu Daud 4977 dan perawinya dinilai sahih oleh Syuaib Al-Arnauth).
[تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ]
"Maha Mulia Engkau wahai Rab kami, dan Maha Tinggi."
Di penghujung doa qunut, kita memuji Allah swt dengan 2 sifat muliaNya,
a. Sifat ‘Tabaruk’, ertinya kita mengakui Allah ahlul barakah (sumber berkah). Tabaarakta bererti Engkau Ya Allah adalah Dzat yang banyak kebaikannya, sangat luas dan menyeluruh kebaikannya, mencakupi seluruh makhluk
b. Sifat ‘Al-Uluw’; Maha Tinggi. Allah Maha Tinggi DzatNya dan sifatNya.
Maha Tinggi DzatNya, bererti Dzat Allah swt berada di atas seluruh makhlukNya, dan terpisah dengan seluruh makhlukNya. Allah swt tersucikan dari keadaan menyatu dengan makhlukNya.
Maha Tinggi sifatNya, bererti Allah swt memiliki sifat yang sangat mulia di puncak kemuliaan. Sempurna Tidak ada satu pun yang kurang mahupun  cacat pada sifat Alla swt.
[Disadur dari Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 14/88 – 96].
[وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ]
"Tidak ada tempat selamat dari (hukumanMu), kecuali dengan bersandar kepadaMu"/"Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan."
Selanjutnya kita memuji Allah swt mengakui betapa Maha Berkuasa Allah swt tidak ada satupun makhlukNya yang boleh selamat dari hukumanNya atau ujianNya, kecuali mereka yang bersandar kepada Allah swt.

Dianjurkan untuk membaca solawat ketika mengakhiri doa.. termasuk juga doa qunut. Demikianlah  kebiasaan para sahabat di masa silam.

Penghargaan juga kepada Ustaz Ammi Nur Bait, Zahir Accounting dan Ahliherbal.com. 


Wednesday, October 30, 2013

Nilai Setitis Airmata Kasih..


I Cry

© Susan Christensen


I’m sitting on the porch
Wind blowing through my hair
The ducks are frolicking in the pond
But I just can’t seem to care

Life goes on around me
I don’t participate
I go through all the motions
But what I really do is wait

I dream about the day
That you’ll come home to me
Nothing else is important
Why can’t people see?

I don’t want to go out
I don’t want to have fun
I don’t want to do a thing
Until all is said & done

They took you in the summer
Now fall is almost finished
Winter will be here very soon
And then the year will have diminished

You have no idea how much I cry
I never let you know
It’s so hard out here without you 
But I’m not allowed to let it show

I must pretend all is fine
Everyone thinks all’s okay
But what I never ever tell them
Is that I cry for you every day


Source:www.familyfriendpoems.com

Siapa Tahu!

Who Knows?

© Sunshine
Nobody will ever know
The way you make me laugh
The way you make me smile
The way you make me talk

Nobody will ever know
The way you give me courage
The way you make me confident
The way you make me jealous

Nobody will ever know
The way you look in my eyes
The way you sit and listen
The way your smell lifts me

Nobody will ever know
The way I go giddy around you
The way I daydream about you
The way I am in Love with you



Source: www.familyfriendpoems.com

Santai Sajak..

I Tried So Hard

© Whitney Barton

I tried so hard. 
I tried my best.
I gave you my all, 
and now there's nothing left.

You stole my heart,
then tore it in two.
Now I'm falling apart,
and don't know what to do.

Divided by decisions,
burned by the fire.
Confused by your words.
Tempted by desire.

I'm living in the present.
My mind is on the past.
Not knowing what I'll lose.
Not knowing what will last.

Blinded by fear.
Drowning in doubt.
Struggling to be free.
Looking for a way out.


Source: www.familyfriendpoems.com

Maha Penyembuh

Assalam alaik..

Bismillah...

Puan sudah berkahwin? Anak berapa?.. Seorang ibu yang menghabiskan masanya dan komitmen membesarkan anak2nya..tidak kira berapa pun usia anaknya..ibarat baru semalam melahirkannya.. betul tak?...

Saat ini ..tika ini.. anak ku sedang bertarung di bilik bedah.. sii ibu pasrah berada di pejabat.. hanya si ayah menemani.. awal pemeriksaan mengatakan tiada apa2.. sedang dibedah.. dimaklumkan ia mungkin ... Ya Allah ujian apakah ini?.. seorang anak yang nakal dan periang.. pintar tapi suka mengalah... sihat walau pun tidak obes.. sedang terbaring...dari seawal jam 8.30 pagi.. sehingga jam 11.55 pagi ini belum ada berita lagi... Solat sudah doaku berterusan...Ya Allah Maha Penyembuh.. sembuhkanlah anak yang tidak berdosa ini..

 

Pentingkah Darjat?

Daripada Abu Said Al Khudri ra, Nabi Muhammad saw bersabda,

'Peniaga yang benar dan jujur akan bersama-sama dengan para nabi golongan Siddiqin (benar) dan para Syuhada'


(Riwayat At Tirmizi)...


Rasanya ia juga terpakai kepada golongan yang makan gaji.. Bekerja dan berniagalah sejujurnya.. siapkan tugasan diberi dengan segera.. Jujur dalam melaksanakan tugas .transaksi niaga yang telus.. in syaa Allah ditinggikan kedudukan kita dalam kebaikan berbanding semalam... errr tapi kalau mereka tanya gaji you berapa sekarang ? atau berapa untung ko dapat jual ni?... jujurkah kita memaklumkan amaunnya..... OUCHH.


  

Tuesday, October 29, 2013

Terbang Megah SI Layang Layang


Hidup kita di dunia
Umpama layang-lalyang berbagai rupa dan warna di langit takdir
Terbang tinggi rendah jauh dan dekat di awangan
Hanya di lembabayung iradahNya

Kekal terbang selagi ada bekalan tiupan angin  kekadang sepoi2 seketika ribut
selagi kertas membaluti rangkanya tidak terkoyak
selagi buluh rangkanya masih teguh dalam ikatan

Andai tali sudah ditarik masuk gulungan
Turunlah ia dengan Redha
Tidak berhak untuk terus beada terbang di awangan tinggi
Sekiranya Sang Pemilik menetapkan
Malaikat Maut menjemput kepulanganmu padaNya 

Maafkan Segala Kesilapan dan Kekuranganku..

Ustazah Siti Nor Bahyah pernah berpesan tip untuk mendapat ketenangan hati antaranya,,,

'Sesiapa yang menghina orang lain, janji Allah, hinaan itu akan kembali kepadanya. Justeru, jangan mudah marah2 dan membalas (rasanya berdendam juga tidak boleh) jika ada orang buat tidak baik terhadap diri"..

How?.. Sabar dan tawakkal.. Memaafkan itu amalan mulia..meninggikan darjat disisiNya.. in syaa Allah..

  

Penyaksian..

   

Tiada Tuhan Selain Allah

Dahulukan Allah swt .. In Syaa Allah kita tidak akan menjadi yang terakhir
Kejar akhirat... nescaya Dunia akan mengikuti..

Rasulullah saw bersabda maksudnya, 'TuhanMu telah berfirman: Wahai anak Adam sempatkanlah untuk beribadat kepadaKu makan akan Aku penuhi hatimu dengan perasaan kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam janganlah kamu menjauhi Aku akan Aku penuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua2 tanganmu dengan kesibukan.''

(Hadis Riwayat Imam Al Hakim daripada Mu'aqqqal bin Yassar ra)

Ya Allah. ampunkan segala dosa2 kami yang telah lalu dan akan datang dan masukkanlah kami dalam golongan ahli syurgaMu  selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kami Nabi Muhammad saw ahli keluarganya dan sahabatnya sekalian.Dan sesungguhnya segala pujian hanya milikMu sebanyak pujianMu atasMu.. Aaamiiinnn

7 Zikir ..Ngat Yin Seng Mata Kaji Semaring Seng Rezqi

Assalam alaik..

Bismillah..

Kura2 benor teman edit entri untuk belajar tajwid tu.. yelah mana bo sembarang2.. editor perlu faham dan jelas dulu.. ni nak exam tak lama lagi...anyway divert my attention jap.. ssebenornya marah ke mata ni.. asyik kuyu je.. macam tak cukup2 tdo..dah rasa badan ni bagai sedang di pam2.. adoiii..

Ada catatan dalam fb so kita ambik dan kita kongsi sebagai penyeri blog ini. Dikatakan terdapat 7 zikir yang boleh membuka pintu2 rezeki (ini hanyalah salah satu daripada berjuta batu  berbilion lemon usaha yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan rezki kehidupan kita tak semestinya dalam bentuk wang ringgit..k)

1. Rajin2la dan perbanyakkan baca 

Barangsiapa sukar atau lewat kehadiran rezekinya perbanyakkanla ungkap tersebut. (Hadis Riwayat At Tabrani)

2. Basahkan tekak tu bukan dengan ayaq tetpi dengan ungkapan..

Barangsiapa membaca kalimah tersebut mudah2an mengurniakannya keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram diri dari rasa takut dalam kubur (Hadis Riwayat Abu Nur'aim dan Ad Dailami

3. Melazimi istighfar  

Barangsaiapa melaziminya nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala segi kesusahan dan memberi rezeki dari arah yang tidak diduga (Hadis Riwayat Ahmad Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

4. Membaca surah AL Ikhlas

 Barangsiapa membaca Surah ini ketika masuk rumah  maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan juga jirang tetangga.. (Hadis Riwayat AtTabrani)

5. Membaca Surah AlWaqiah..Surah ini mengandungi hanya 96 ayat. Barangsiapa membaca surah ini setiap malam tidak akan ditimpa kesempitan hidup (Hadis Riwayat Al Baihaqi dalam Syu'ab Allman)

6. Solawat atas Nabi muhammad saw..


7. Melazimi zikir
 
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah swt sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu (Hadis Riwayat Al Mustagfiri Ad Dar'awat..

Itulah dia saranan2 mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.. Dengan izinNya kita dihadirkan di dunia ini agar menjadi hambaNya yang soleh dan tatkala telah sampai waktunya tidak terawal sesaat tidak lewat sesaat jua kita pasti kembali kepadaNya..Dalam tempoh 24 jam sehari 60 minit sejam.. terdapat banyak masa2 yang boleh kita selitkan zikir2 yang dinyatakan dan dalam pada yang sama kita sedekahkan pada orang2 yang sayang tetapi telah terlebih dahul kembali padaNya.. Insyaa Allah sambil berzikir untuk diri dapat juga membuat kebajikan untuk orang lain.. Subhanallah begitu sekali kasihMu Ya Rabb..