Friday, September 19, 2014

Jom Dating

Assalam

panjang sedikit coretan kali ini... maaf yea.. tak apa bekalan akhirat..

Usaha untuk memperbaiki kekurangan dalam beribadah seikhlasnya kepada Allah swt  sangat meruntun dalam diri ini .. semoga Allah swt memberkahi hidup kita hambaNya atas usaha kita menempuhi perjalanan yang khusyu’ dalam ibadah kepadaNya.. Sebaik mungkin daripada ‘petua’ ini,  Lia sendiri berusaha praktikkan dengan membuat sedikit penyesuaian dengan diri Lia...Lia sedar yang paling sukar dan cabaran keimanan dan ketaqwaan seorang hambaNya yang terbesar adalah meraih khusyuk dalam solat. Lia amati cara memperbaiki diri ke arah penyempurnaan hambaNya..mungkin kalian ada cara lebih berkesan.. bolehla komen2 juga..mudah2an kita juga tergolong dalam hambaNya yang beriman  dan beramal soleh...

1. Peruntukkan 1-10 minit sebelum masuk waktu solat fardhu untuk ‘berehat’ dari sebarang altiviti. Berikut adalah ‘pengisian’nya..

a. Berwudu’  dalam keazaman bahawa kita dalam perjalanan untuk bertemu dengan Allah swt.. Wudhu’ dengan sebaik mungkin..andai tidak sempurna  wudhu’ ibarat perjalanan kita banyak ‘accident’ akan berlaku ... diiringi doa agar Allah swt lindungi diri daripada melakukan atau terjebak dalam kejahatan dan kemaksiatan ..  berjalanlah menuju tempat  kita mendirikan solat seolah2 dalam perjalanan yang semakin hampir denganNya..

b. Sejadah dibentang dengan penuh kasih sayang dan hormat penuh sopan..kita sangat hampir denganNya...Bersedia atas sejadah untuk ber’dating’ denganNya.. melepaskan kerinduan mengabdikan diri selaku hambaNya...Meng’asing’kan diri

c. Berkomunikasi dengan Allah swt dengan ber’cerita’ tentang kerja, hidup keluarga dan anak2 dan apa sahaja disulami zikrullah. Saat itu kita muhasabah diri.. andai tersilap istighfar..andai  bersyukur alhamdulillah andai menakjubkan Allahuakbar, subhanallah, Masyaa Allah dsbgnya..

d. Tatkala azan berkumandang itulah saat indah memujiNya, merafaq doa padaNya dan bersyukur atas segala kurniaanNya yang zahir dan batin.

e. Memperbetulkan berdiri untuk memulakan solat, beristighfar lagi sehingga jiwa merasai damai tenang berhadapan denganNya.. Memohon keampunanNya agar  merasakan hati bersih dan jiwa ikhlas menghadirkan diri padaNya.. barulah dibaca lafaz dan niat solat..

f. Saat mengangkat takbir Allahu Akbar memanggil Pencipta Yang Maha Kaya Maha Besar dan Maha Berkuasa Engkaulah yang sangat dirindui..

g. Saat bibir menzahirkan doa iftitah memujiNya, hati menterjemah apa yang dilafazkan.
            Ya Allah Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-besarnya Ya Allah. Segala pujian hanya milikMu Ya Allah sebanyak2nya Ya Allah Dan Maha Suci Engkau Ya Allah dipagi dan petang hari seluasnya Ya Allah
            Ya Rahman ku hadapkan wajahku di hadapanMu. Engkaulah Tuhan kami Yang Maha Berkuasa dan Pencipta yang menjadikan langit dan bumi dengan benar dan lurus sempurna dan Daku berserah kepadaMu Ya Allah.. Ya Rabbi Yang Maha Pengampun daku ini bukanlah dari golongan orang yang musyrik Ya Allah.
            Sesungguhnya Ya Rahim, solat yang ku dirikan ibadah yang ku laksanakan dari saat hidupku sehingga saat matiku dengan kembalinya ku kepadaMu Ya Allah hanyalah dilakukan keranaMu untukMu YA Allah.
            Ya Allah tiada sekutu bagiMu Yang Maha Perkasa dan daku diperintahkan agar tidak menyekutukanMu dan daku adalah dikalangan hambaMu Muslimin yang berserah diri dan bertawakkal padaMu.

h. Seterusnya diikuti lafazan se’merdu’ Surah AlFatihah dengan penyampaian yang penuh bermakna..
            Ya Allah Daku berlindung kepadaMu dari kejahatan dan kesesatan syaitan laknat yang terkutuk
            Ya Allah dengan NamaMu yang zahir dan ghaib Rabb Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Ya Allah segala pujian hanya layak bagiMu Tuhan yang memelihara dan mentadbir Kerajaan segala alam semesta
Ya Allah Sungguh Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Sungguh Daku bersaksi Engkaulah Yang Maha Berkuasa pada Hari Pembalasan
Ya Allah Hanya kepadaMu kami sembah taat mendirikan perintahMu serta meninggalkan laranganMu dan Hanya kepadaMulah sahaja tempat kami memohon segala pertolongan
Ya Allah Tunjukilah Pimpinilah kami ke jalanMu yang Lurus dan Benar
Iaitu Jalan mereka yang Engkau kurniakan kenikmatanMu Ya Allah (para siddiqin, syuhadah solihin etc) Ya Allah
Bukannya jalan mereka yang Engkau murkai dan bukannya jalan mereka yang sesat  kafir.dan dilaknatiMu ..

i. Usai Bacaan Surah AlFatihah.. diam sebentar dalm 2-4 saat sebelum membaca surah lain atau ayat AlQuran yang mudah dan kita fahami..Waktu berdiam ini juga boleh diisikan dengan istighfar kerana dalam tempoh mengangankat takbir hingga ke kini masih ada potensi perhatian kita dibiaskan ke tempat lain..

j Diam sebentar juga sebelum ruku’.. bersedia bahawa tindakan sejurusnya adalah  untuk menghormati dan memuji Allah swt. Allahu Akbar..Pujian SUBHAANA RABBIYAL ‘ADZIIMI WA BIHAMDIH.padaNya seikhlas dan setulus oleh dari hati yang suci sebagai hambaNya. Syukur padaNya yang datang dari hati yang ikhlas  atas setiap kurniaanNya.. yang bermakna ‘Maha Suci Allah Yang Maha Agung’ sebanyak pujianNya terhadap DzatNya yang diulangi sebanyak 3 kali (sunat) bagi mengukuhkan persaksian kita terhadapNya yang Maha Agung.dan bukannya setakat mainan suara dibibir semata.

Secara saintifiknya juga ruku’ mampu memperbetulkan tetulang aliran darah dsbgnya sebab itu ia dilakukan tidak terlalu lama dan tidak terlampau sekejap..sekadar secukup utk keperluan kesihatan tubuh kita..

ii. Usai ruku’ bangun iktidal perlahan dan menyebut dengan penuh keyakinan SAMI’ALLAAHU LIMAN HAMIDAH iaitu Allah Maha Mendengar ( Menerima ) Pujian Orang Yang MemujiNya (Dan Membalasnya) diikuti pujian padaNya RABBANAA LAKAL HAMDU MIL’US SAMAAWATI WA MIL ‘ULARDHI (setakat ini saja yang Lia baca..) bermaksud Ya Rabb Hanya UntukMu Segala Pujian Sepenuh Langit Dan Bumi dan seluruh isinya.. Allahu Akbar.. kita pun turun untuk sujud kepadaNya..

j. Dalam posisi sujud rehat sebantar dalam 2-3 saat memastikan anggota sujud pada tempat sepatutnya..Kini kita sangat dekat dgn asal kejadian kita iaitu tanah/bumi.. Merendah diri padaNya lalu diucapkan SUBHAANA RABBIYAL A‘LAA WA BIHAMDIH.. Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi sebanyak pujianNya terhadap DzatNya... yang diulangi sebanyak 3 kali (sunat) dengan nadakeikhlasan dan ketaqwaan padaNya.

k. Duduk antara 2 sujud.. Inilah saat Lia berdoa penuh harap.. dulu sebelum tahu maknanya ia dibaca secepat yang mungkin tanpa coma sekali nafas dan bermacam lagi.. hingga satu ketika bila terdetik untuk mengetahui maknanya.. Subhanallah.. bacaannya merupakan doa yang sempurna lengkap ringkas dan tepat dari sudut Arabnya tapi Lia panjangkan utk penghayatan Lia..walaupn Dia Maha Mengetahui

RABBIGHFIRLII WARHAMNII WAJBURNII WARFA’NII WARZUQNII WAHDINII WA’AAFINII WA’FU ‘ANNII.
Ya Allah YaTuhanku Ampunilah (segala dosa2)ku, Kasihanilah diriku, Cukupkanlah  KekuranganKu/Tutupilah aibku, Angkatlah ( Darjat )Ku di sisiMu lebih baik pada hari ini berbanding semalam, Kurniakanlah kepadaku Rezeki yang halal dan penuh barakah dari sisiMu, Berilah PetunjukMu dan ilmu bermanfaat kepadaku agar tetap dijalanMu yang lurus dan benar, Berilah Diriku Kesihatan dan kecergasan dalam melaksanakan urusan agama dunia dan akhiratku Dan Maafkanlah segala Kesalahan, kekurangan kelemahan, kelalaian dan kealpaanku..

l. Posisi lain dalam solat adalah duduk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir... Inilah utama kemuncak pengukuhan penyaksian sebenarnya antara kita kepada Ya Rabb Yang Esa.. pengalaman diri saat ini juga sangat kuat syaitan berusaha menyesatkan atau memesongkan tumpuan kita tapi tetap gagal saat dua kalimah syahadah dilafazkan..
Memahami keseluruhan maksud bacaan tahiyyat

 ATTAHIYYAATUL MUBAARAKAATUSH SHALAWATUTH THAYYIBAATU LILLAAH.
Segala Kehormatan, Keberkahan, Rahmat Dan Kebaikan Adalah MilikMu Allah.

ASSALAAMU ‘ALAIKA AYYUHAN NABIYYU WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH.
Semoga Kesejahteraan, Rahmat Allah Dan BarakahNya Tetap Tercurahkan Atasmu, Wahai Nabi.

ASSALAAMU ‘ALAINAA WA ‘ALAA ‘IBADADILLAAHISH SHAALIHIIN.
Semoga Kesejahteraan Tetap Terlimpahkan Atas Kami Dan Atas Hamba Allah Yang Soleh
.
ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAAH. WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAAH.
Aku Bersaksi Bahwa Tidak Ada Tuhan Selain Allah. Dan Aku Bersaksi Bahwa Muhammad Adalah Rasul/ Utusan Allah.

ALLAAHUMMA SHALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMAD.
Ya Allah ! Limpahkanlah Kesejahteraan dan RahmatMu Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarganya. .
~~~~~~~
KAMAA SHALLAITAA ‘ALAA SAYYIDINAA IBRAAHIIM WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA IBRAAHIIM.
Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Kesejahteraan dan RahmatMu Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.

WA BAARIK ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMAD.
Dan Limpahkanlah Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarganya.

KAMAA BAARAKTA ‘ALAA SAYYIDINAA IBRAAHIIM WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA IBRAAHIIM.
Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.

FIL ‘AALAMIINA INNAKA HAMIIDUMMAJIID..
Sungguh Di Alam Semesta Ini, Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia.

YAA MUQALLIBAL QULUUB. TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIK
Wahai Dzat Yang Menggerakkan Hati. Tetapkanlah Hatiku Pada AgamaMu.

Segala kekurangan dan kesilapan adalah kelemahan diri Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini.. para pembaca budiman tegur2kanlah diri ini..agar yang benar dapat dipelajari bersama..


Berlandaskan  FB Cikgu Shaini  ‘Menemukan Khusyuk Yang Hilang’ oleh Dr Fuad Latip.. Setinggi penghargaan diucapkan.. semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah swt