Thursday, December 26, 2013

Hak Kita dan KalamNya

Bismillah..

Selama 1 jam lebih menonton video syarahan ustaz di you tube..Banyak sangat ilmu yang saya peroleh..antaranya yang paling membuat diri ini sangat kerdil dan merasa sangat jauh ketinggalan adalah tentang AlQuran.. Kita tahu AlQuran adalah panduan kita yang dikurniakan Allah swt sebagai panduan kehidupan kita di dunia.. segala2nya lengkap dalam kandungan firmanNya.. sebab itu ia juga merupakan salah satu Rukun Iman... dari tontonan tersebut walaupun tidak dihuraikan sebab tajuknya lain.. saya tidak pernah sedar tanggungjawab atau hak saya terhadap AlQuran..

Kata ustaz berkenaan ada 5 hak..

1. Beriman kepada AlQuran (mempercayai dan yakin pada kalamNya dsbgnya) dan diikuti 
2. Membacanya dengan sempurna tajwid kemudian,
3. Fahami Tafsirannya... lepas tu
4. Beramal iaitu melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya seperti yang dinyatakan dalam AlQuran yang jelas lagi nyata... dan terakhir..
5. Menyebarkan semampunya..

Hak no 1 in syaa Allah. hak no 2.. hmm khatam banyak kali dah tapi rasanya masih belum sempurna tajwidnya sebab tu masih masuk kelas iqra'...no 3 baru je berjinak2 itupun secara rambang cuba istiqamah setiap hari sekurang2nya 1 muka surat.. belum juga berjaya 100%..kalau cam tu hak no 4 iaitu amal soleh kita belum sempurna sebab hak no 2 dan 3 tidak sempurna lagi..Astaghfirullah...Sungguh jauh lagi pencapaian kehidupanku yang dipinjamkanNya ini.. Sedih..atas kegagalan kelemahan kekurangan dan ketidaksempurnaan... tambah lagi diri ini masih dalam proses mengurangkan hingga sifar peratusan berangan2 lalai cuai leka alpa dan seala sifat yang tidak disukai oleh Sang Pencipta..Hak no 5 walau nampak mudah pada era maya ni lagi mudah terjebak dengan dosa walaupun niatnya murni..Ia juga sangat bergantung kepada sedalam mana ilmu pengetahuan dan petunjuk hidayah dariNya ada dalam diri.. Ya Allah ampunkanlah dosa HambaMu ini andai niat tulusku menyebarkan kalamNya dalam blog2ku kerana Hak no 2 dan 3 pun belum sempurna... 
Wallahualam

Pengisian Hari Cuti

Bismillah..

Alhamdulillah.. hari ini berlalu dengan sukses.. .. Usai solat subuh sediakan sarapan masak untuk makan tengahari pegi buat treatment balik makan bersama anak solat angkat kain..oopss.. macam ada missing..

Oh yaa satu kepuasan.. alhamdulillah kerana setelah sekian lama tercapai juga hasrat jemari ini berdansa atas  not2 piano lamaku.. tanpa gangguan dari anak2.. YES.. ku lepaskan segala yang terbuku dalam lenggokan jemari yang boleh dianggap sumbang sumbing.. yela.. dah lama tu.. warm up memang cam tu.. sebentar tadi teringat kat lagu Snadiwara cinta lagu Repvblik.. gagahi cari nots pianonya.. jumpa.. alamak x faham.. cari balik jumpa.. ahaa.. boleh faham.. apa lagi berkali2 lagu tersebut dimainkan...

Saya sertakan lagu berkenaan.. bukan mainan piano saya k.. hehehe.. nak record kena book bilik rakaman..katanya fully book sampai tahun 2020.. aduss..




Wednesday, December 25, 2013

KeredhaanMu Hajatku



Tidak perlu berwajah jelita untuk populariti sebagai seorang cantik rupawan.. Juga usahlah berangan tinggi mengidamkan menggunung tingginya longgokkan pujian dek kekaguman orang kebanyakan..Bukannya kekayaan dan kemewahan hidup penjamin kebahagiaan diri..
Cukuplah..
Cukuplah dengan keredhaan dan kasih sayang Allah swt kepadaku

Pasti Dia Yang Maha Memiliki dan Maha Berkuasa menjadikanku indah cantik mewah sempurna di mata manusia, di sayangi dan disenangi oleh makhlukNya serta hidup dalam erti sebenar kbahagiaan...   

Jauh Namun Hampir

Terlanjur Menyayangimu

Menjelang Tanggal Kelahiranku..





Bersyukurlah Andai Dikejutkan..



Astaghfirullah... berapa banyak kali nikmat rezeki kejutanMu itu telah daku lalaikan...
Yang berlalu usah disesali setiap saat mendatang pasti dimanfaatkan.. in syaa Allah

Tuesday, December 24, 2013

10 Minit Sebelum Subuh

Assalam Alaik

Bismillah..

Terjumpa doa ba'da atau usai solat fajar.. Suka dengan maksudnya.. maka saya kongsikan bersama.. andai terjaga di pagi hari saat Azan Subuh 10 minit lagi baru berkumandang.. bagus juga solat sunat fajar dilaksanakan diiringi doa ini.. Mudah2an solat diterima doa dimakbulkan.. Aaamiiin.. 



Pengertiannya

“ Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu akan rahmat dari sisiMu, yang dengannya Engkau menunjukkan hatiku, Engkau himpunkan kecerai beraianku, Engkau perbaiki porak perandaku, Engkau tolak fitnah-fitnah daripadaku, Engkau perbaiki agamaku dengannya, Engkau pelihara orang/ barang ghaibku, Engkau angkat orang yang memberi kesaksian bagiku, Engkau bersihkan amalku dengannya, Engkau putihkan/cemerlangkan wajahku dengannya, Engkau ilhamkanku petunjuk dengannya, dan Engkau pelihara daku dari setiap keburukan.

Ya Allah, berikanku keimanan yang benar, keyakinan yang setebalnya tidak ada kekafiran dan dengan rahmat itu daku memperoleh kemuliaanMu, kemurahanMu di dunia dan akhirat.

Ya Allah, sesungguhnya daku memohon keberuntungan dalam pengadilan (di hari kiamat), kedudukan orang-orang yang mati syahid, kehidupan orang-orang yang berbahagia, kemenangan atas para musuh dan berteman dengan para Nabi.

Ya Allah, sesungguhnya daku pohonkan keinginanku padaMu meskipun akalku lemah, dayaku sedikit, amalku singkat, dan daku memerlukan RahmatMu, maka kememohon kepadaMu wahai Dzat Yang Menyembuhkan dada (penyakit hati) sebagaimana Engkau selamatkan antara lautan maka selamatkanlah daku dari azab siksa neraka, dan dari hasutan kebinasaan dan fitnah kubur.

Ya Allah, apa yag tidak terjangkau oleh pendapatku, lemah amalku, niat dan cita-citaku tidak dapat mencapainya terhadap kebaikan yang Engkau janjikan kepada seseorang dari hambaMu atau kebaikan yang Engkau berikan kepada seseorang dari makhlukMu, maka sesungguhnya daku gemar kepadaMu padanya dan daku menempuhinya, wahai Tuhan pemilik alam semesta.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang menunjukkan dan mendapat petunjuk (dariMu), tidak sesat dan tidak menyesatkan dengan memusuhi musuh-musuhMu dan membela wali-waliMu (kekasih-kekasihMu). Mencintai orang yang ta’at kepadaMu dari makhlukMu dengan kecintaanMu, dan kami memusuhi orang yang menyelisihMu dari makhlukMu dengan permusuhanMu.

Ya Allah, inilah doa dan atas Mu lah perkenaanNya dan inilah kesungguhan dan atasMulah penyerahan itu. Sesungguhnya kami milik Alah dan kepadaNya kami kembali, dan tidak ada daya upaya serta kekuatan kecuali dengan pertolonganMu  Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, Yang Memiliki tali yang kuat dan urusan yang benar, daku mohon keamanan kepadaMu pada Hari Hukuman dan daku memohon syurga pada hari yang abadi bersama orang-orang yang didekatkan, yang menjadi saksi, ruku’, sujud dan memenuhi janji-janji. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang dan Maha Pengasih dan Engkau berbuat sesuatu yang Engkau kehendaki.

Maha Suci Dzat yang mengenakan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Dzat Yang manatasbih itu tidak layak kecuali bagiNya. Maha Suci Dzat Yang memiliki anugerah dan kenikmatan-kenikmatan. Maha Suci Dzat Yang Menghitung segala sesuatu dengan ilmuNya.

Ya Allah jadikanlah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam kuburku, cahaya dalam pendengaranku, cahaya dalam pandanganku, cahaya pada rambutku, cahaya dalam kulitku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya dalam tulangku, cahaya dimukaku, cahaya disebelah kanan kiriku, cahaya diatasku, dan cahaya dibawahku. Ya Allah, tambahkanlah cahaya bagiku, berilah daku cahaya dan jadikanlah cahaya bagiku”. 

Penghargaan: 1hati17an.blogspot.com

Kerudung Putih Bersulam Rindu


Monday, December 23, 2013

Aduhai Jemariku



 .. Anda yang mana?.. mudah2an sihat terlepas dari segala petanda masalah kesihatan yang dinyatakan.. bab tapak tangan tu macam betul2 terkena.. angin satu badan tapi ketepatannya 50% je sebab.. saya tak hangin atau naik angin tapi lebih banyak diam andai marah..lagi satu part perut ibu jari tu kalau warnanya kuning oren apa plak eh?.. saya tau tandanya banyak makan jeruk.. ishishish tak elok tu..  .. ini merupakan ekstrak entri dari FB.. Saya hanya kongsikan sahaja..

Lara Diri Esok Hari Dia..

Cubaan Edit Gambar Pertama.. Hehehe.. Alhamdulillah..Satu Pelajaran Baru hari ini.. Jika direka oleh manusia in syaa Allah boleh kita pelajari .. andai ianya ciptaan Allah swt.. Subhanallah..

Sketsa Cinta dan 7

Rahsia ke?..Tidak lagi..

Assalam.. Bismillah.

Alhamdulillah segala perancangan pagi ni berjalan dengan lancar dan dipermudahkan..

Sedang browsing FB terjumpa entri ini maka saya kongsikan dalam blog ini.. mudah2an kita lebih khusyuk , lebih sempurna dan lebih ikhlas beribadat padaNya..

 

Sunday, December 22, 2013

Salasilahnya begini rupanya..


Diam Muhasabah Berjelanya Azam

Bismillah..

Bila dah cuti2 ni mulala segala peristiwa lalu dari zaman tok kaduk hinggalah ke hari ini dimbas2 di 'scan' di 'print' di 'delete' di 'archive' dsbgnya.. Ini merupakan senarai cadangan yang boleh dibuat azam menjelangnya tahun 2014..Ada yang berkenan?..




Friday, December 20, 2013

Sketsa Dalam Kereta..





Emak: Anak2 mama tahu tak sepanjang petang ni perut mama sakit sangat.. sepanjang perjalanan balik tadi puas menahan kesakitan jalan sesak hujan pulak...

Abang: Kesian.. Mama tak pergi klinik ke? Tak pe dugaan tu Allah nak bagi pahala

Adik: Kan tadi mama pegi klinik doktor tak cocok.. tadi saya tak pergi sembanyang Jumaat.. mama kata kalau solat di masjid atau surau berjemaah setiap waktu mama bagi RM5 kan.. saya minta RM2 je lah.. nak beli topi dan beg boboiboi

Abang: .. saya tak mau duit.. saya ikhlas untuk mama..

Emak: Ishh banyak pula bumper sepanjang jalan ni.. perut ni dahla senak..

Abang:..Oops saya put put..

Adik:  Tulung.. gas beracun.. ehekehek...

Emak:..^*^#~**.. Cu dengar suara budak ni mengaji (mengalihkan fokus mereka kerana di radio berkumandang bacaan ayat suci AlQuran).. suaranya merdu.. Ya Allah mama doakan anak2 mama juga pandai membaca AlQuran semerdunya dan juga memahami tafsir bacaan ayat suci AlQuran tersebut..

Abang: Aaamiin Alhamdulillah terima kasih mama doakan kami macam tu.. 

Emak: 'terkelu' 

Adik: sayang mama..

Emak: ^*^#~** (fenin melayan karenah melebihi senak perut)


Program Senja..

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda,

'Tidaklah berhimpun satu kaum di dalam sebuah rumah daripada rumah-rumah Allah membaca Kitab Allah dan bertadarus sesama mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka dilitupi rahmat Allah Malaikat menghamparkan sayanya ke atas mereka dan Allah menyebut mereka di sisi makhluk yang ada bersamaNya.'
(Riwayat Imam Muslim) 

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui

Dari Abi Sa'id al Khudri ra daripada Rasulullah saw bersabda,

'Orang yang sibuk membaca Al Quran dan mengingatiKu (disebabkan membaca KalamKu), daripada meminta kepadaKu nescaya akan Aku kurniakan kepadanya (apa yang dihajatinya) lebih baik daripada apa yang Aku kurniakan kepada orang yang meminta (berdoa) dan kelebihan Kalam Allah segala kalam seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya.'
(Diriwayatkan oleh Imam Al Tarmidzi)

Bicara Hati


Yang Maha Mendengar...


Jelas Nyata Bicaranya..



Rahsia Berseri Walau Bergunung Berlembah

Sapa dah amalkan?  Nak cuba jugalah..

Erkk.. Macam untuk pompuan jer.. modelnya lelaki yea..

Oh Fatimah... Nendaku..



Hijabi Ujubmu

Assalam..

Bismillah...

Entri ini sebenarnya dari FB yang di 'snapshot' tapi la ni baru pandai upload ke komputer.. penghargaan kepada penulisnya... tak mengapa kan untuk perkongsian bersama.. namun rasanya perasaan ujub ini ramainya dikalangan wanita... kerana cabangan kehendak wanita banyak... peringatan dan muhasabah diri sebenarnya.. Astaghfirullah.. begitu banyak dosaku padaMu..



Thursday, December 19, 2013

Luqman Berpengetahuan Mendalam

Bismillah...

Sekadar perkongsian.. Maaf ini adalah esktrak daripada entri rakan FB.. Mudah2an menjadi pedoman kepada kita dan anak keturunan kita... 

Warna Warni Minuman Zaman Ini...





Surah Al Hadid ayat 18 hingga 24

Bismillah...

Walau tahu anda pasti telah memiliki tafsir, saya nak kogsi juga ayat ini dalam blog.. kebelakangan ni cuba memastikan diri untuk mengaji dan memahami tafsirnya... alhamdulillah masih dapat bertahan berterusan beberapa hari.. Berlapan dada membaca dan memahami tafsirnya... Subhanallah.. kenapalah hidup saya selama ini melalaikan satu2nya buku yang paling mengatasi segalanya.. belum terlambat kan.. jom kita baca bersama.. jangan baca dalam hati.. kena sebut atau lafazkan.. in syaa Allah.. akan faham maksud saya.. sendiri tahu k.. moga kita bersama mendapat manfaatNya..

Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.

Dan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul RasulNya, mereka itu orang yang tulus hati (pecinta kebenaran) dan saksi2 di sisi Tuhan mereka. Mereka berhak mendapat pahala dan cahaya. tetapi orang yang kafir dan mendustakan ayat Kami, mereka itu penghuni neraka..

Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan. seperti hujan yang tanam tanamanya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.

Berlumba2lah kamu mendapatkan ampunan dari Tuhannu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul RasulNya. Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.

Iaitu orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barangsiapa yang berpaling (dari perintah Allah) maka sesungguhnya Allah, Dia Maha Kaya Maha Terpuji 

Wednesday, December 18, 2013

Secangkir Kopi O Setapak Cucur

Wahai Hamba Allah,

Tidurlah kamu di bawah naungan takdir, 
Berbantallah dengan kesabaran, 
(Menyelimuti dengan) sikap redha terhadap takdir yang sudah ditentukan buatmu, 
Beribadah (Qiam disepertiga malam) dengan sentiasa menanti dan mengharapkan kebahagiaan. 
Hina dan rendahkan dirimu kepada Allah swt, kekuasaanNya kepada takdirNya dan perbuatanNya
Tunduk padaNya zahir dan batin
Pelihara ketaqwaanmu 
Pelihara kaedah ditatapkan syarak terhadapmu
Pelihara semangat melawan godaan hawa nafsu syaitan dan insan yang jahat
Maka apabila benar2 berbuat demikian 
Dzat yang Maha Kuasa akan mencucurkan semua anugerahNya dan mengurniakan semua nikmatNya kepadamu
di luar jangkauan yang dicari dan didambakan...

Wow.. suka kekata Syeikh Abdul Qadir ni.. memula teringat lirik Cindai Dato Siti Nurhaliza.. bila part perkataan mencucurkan.. oops teringat cekodok dan pisang goreng panas.. hrmmm.. sedap kot dapat sepinggan dua dengan secangkir kopi buat minum petang.. lapo plak.... () adalah tambahan kita k.


Jejemput minum.. ni bukan tahap makan dah ni tapi melantak

Hatiku Masuk Spital

Assalam Alaik

Bismillah

Menurut buku Lautan Hikmah Kekasih Allah hasil tinta mata pena Al Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al Jailani yang antaranya mengingatkan agar kita sentiasa memperbaiki hati ... Ohh kalau baiki keto masuk bengke jumpa pomenl.. baiki hati kono masuk spetal ni.. kenapa perlu dibaiki? Kerana hati yang baik membuat seluruh diri kita juga baik... ingatkan kena jumpa doktor, cucuk amek darah dan makan ubat.. rupanya...
  

Memperbaiki hati hanya dapat dilakukan dengan taqwa tawakkal padaNya mengesakanNya dan ikhlas dalam setiap amalan dilakukan semata2 keranaNya... tanpa hal2 sebegini...hati diumpamakan..

Burung dalam sangkar.. (fizikal cantik dan sihat kicauan mendayu rupanya hati sedih sebab terkurung.. erkk burung ada hati ke?)..
Berlian dalam ikatan ..(fuhh sapo dpt berlian berkarat2.. hidung pesek jadi mancung.. apakan daya menjadi hiasan berkilau dalam ikatan)...
perumpamaan lain fikir sendiri la eh..

'Ya Allah sibukkanlah anggota tubuh kami dengan ketaatan kepadaMu dan hati kami dengan makrifat kepadaMu. Sibukkanlah sepanjang hayat kami dengan orang soleh yang sudah mendahului kami. Kurniakan kami rezeki sepertimana rezeki yang Engkau kurniakan kepada mereka. Datangkanlah kepada kami sebagaimana Engkau datangkan kepada mereka. Ya Tuhan kami, anugerahi kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka..Aamiin..'


Sketsa 1001 Pagi

     

Yup... No 1 need to know... seronok juga sekali sekala (selepas berkali2 dikenakan) membahasakan seseorang dengan 'tegas'... agar tertutup minda dan hatinya daripada mengingati diri kita lagi... Itu pun dilakukan atas keikhlasan nawaitu takutkan kemurkaan dan azab Allah swt... Biarlah diri terus begini.. masa dihabiskan mencari dan mendalami ilmu agama adalah lebih berfaedah daripada hal2 dunia walau bernilai jutaan dollar.. 

Dulu bila dapat sekilas pandang amat bermakna bersyukur sangat.. kini sebaik mungkin menjauhkan diri hinggakan andai yang rabun ini menjadi buta kelak suatu kesyukuran padaNya..tiada kebencian.. tiada dendam... kerana semuanya telah disimpan dan ditutup rapat serta dihijab...