Tuesday, December 10, 2013

Jalan Ke SyurgaMu



Bismillah..

Welcome back 2 Me.. huhu.. 

Hari ini ada kelas mengaji sepatutnya ujian (yang tertunda dr minggu lepas) tetapi ditunda lagi ke 7 Januari 2014.. sebelum tu asyik menengok dan mendengar kuliah Dr Abdullah Yassin bertajuk Taffaqquh Fee Al-Deen ada 12 siri semuanya satu slot dalam 10 minit..

Baru 2/3 bulan ni jer mngenali kewujudan Ustaz ni.. itupun terjumpa semasa googling tafsiran suatu surah..
Suka mendengar cara dia menyampaikan di samping mengajak pendengar mengikutnya membaca ayat AlQuran atau doa.. rupa rupanya.. Subhanallah beliau tinggal berhampiran dengan sedara seislam saya.. hahaha.. siapa?.. korang pun tak tau sapa saya.. yang penting orang berilmu dan beramal ni kita kena tahu .. saya ni tak penting pun..Jika anda kelapangan taip nama beliau akan tersiar video2 ceramahnya..

Menurut Dr Abdullah, menurut Imam AnNawawi daripada Hadis Rasulullah saw di atas ada 2 jenis jalan yang dimaksudkan dengan 'jalan mencari ilmu/jalan ke majlis ilmu' iaitu
     1. Jalan Hakiki 
        Jalan fizikal seperti kenderaan atau car key atau sampan kapal terbang 
        heli dan sebagainya dari suatu tempat ke majlis ilmu.
    
     2. Jalan Maknawi
        Jalan atau cara menambah ilmu tersebut sama ada mencatat, merekod 
        guna MP3 kaset, meng'upload' dalam U  tiub  (bukan U turn kay) apa
        jua cara agar ilmu itu sampai dan kekal dalam pengetahuan 
        seseorang

Itu yang kita faham la..  ini adalah salah satu daripada 12 slt berkenaan .. terberhenti pengamatan saya di slot keenam.. now nak sambung balik..tapi ada satu part di slot ini buat air mata ini menitis apabila tersebut bab keimanan dan syirik pada Allah...

Dan dalam sedar atau tidak ghupanya ustaz ustazah ni ada kategori gak.. ustaz Dr Abdullah ni katanya lebih kepada aqidah..

No comments:

Post a Comment