Tuesday, December 10, 2013

Kebaikan Dunia Dan Akhirat

Assalam alaik..

Bismillah..



Izinkan saya memetik lafaz bicara Imam Syafie. Katanya, “Kebaikan di dunia dan akhirat tersimpan dalam 5 perkara iaitu jiwa yang kaya, diri yang terjaga daripada berbuat zalim, ketiga: mencari yang halal, keempat: ketaqwaan dan kelima: percaya sepenuhnya kepada Allah swt.' 

Jiwa yang kaya dengan kasih sayang dan sentiasa bersyukur atas segala suka duka KetentuanNya. Petang semalam mendengar 'tazkirah' di IKIM tentang kehebatan dan kepentingan SYUKUR yang dikaitkan dengan Nabi Sulaiman dan kerajaanNya dan Allah swt menfirmankannya dalam Surah Saba' untuk panduan kita.. Subhanallah..

Memelihara diri daripada melakukan kezaliman dan kejahatan adalah suatu cabaran kerana sebagai hamba Allah swt sentiasa di 'serang' secara zahir dan batin namun dengan sentiasa mengingatiNya dan bertaubat beristighfar kepadaNya akan mengukuhkan benteng diri kita daripada terjerumus dalam kawah kesesatan kemaksiatan kejahatan dan kezaliman sebagainya .


No comments:

Post a Comment