Sunday, December 8, 2013

Payahnya.. tulunnnn

Bismillah...

Suka plak membaca statement ini

'Manusia ni ada 3 benda payah nak buat - mengaku buat silap, minta maaf, buat baik pada org yang buat jahat pada kita. '
 (Prof Dr Muhaya,  24 Mac 2012 Masjid SSAAS, Shah Alam)  

Betul ke?.. Dah buat silap berani ke nak ngaku.. ada yang mendiamkan diri ada yang melenting untuk 'cover' kesilapan ..hakikatnya itulah dia yang ramai insan tak suka tetapi pengakuan atas kesilapan atau kelemahan adalah tindakan mulia.. Tak de masalah sebab kita ni manusia ciptaan Allah swt tidak sempurna.. dah mengaku kita minta maaf secara berbudi bahasa dan gerak bahasa badan mengiakan permohonan maaf kita.. 

Yang last tu ..memang perlu banyak kesabaran dan ketabahan serta mencapai nawaitu keranaNya..jika berhajat berbuat baik pada orang yang berbuat 'jahat', nakal dan bermacam lagi.. Ehemm sukar ke menjauhkan atau menghapuskan 3 perkara yang manusia susah nak buat?.. Andai perbuatan dilakukan kerana Allah swt.. in syaa Allah segalanya dipermudahkan..

No comments:

Post a Comment