Friday, December 6, 2013

Reset

Bismillah

Assalam alaik..

Entri kali ini juga berkaitan kata2 Prof Dr Muhaya.. kata kunci 'Reset'..

Ada panggilan menyatakan beliau bermasaalah kerana ahli keluarganya tidak mementingkan solat dan sangat sukar melakukannya tatkala di luar rumah kerana dihalang pula untuk mengambil sedikit masa untuk menunaikan kewajipan kepada Allah swt...

Nasihat Prof Dr.. (sangat menyentuh diri)..
'Reset' suasana dirumah.. macam tengok tv.. 'reset' channel yang sesuai dan dengan kata kunci saling hormat menghormati.. walaupun mereka tidak solat atau kurang solat kalau Allah swt takdirkan atau kurniakan Hidayah pada mereka dan mereka berubah solat mereka mungkin lebih baik dan sempurna dari kita dan jika mereka benar2 bertaubat serta lebih tragis lagi keesokan harinya meninggal dunia setelah bertaubat .. itu kemungkinan adalah lebih baik baginya sebagai hamba Allah daripada kita yang dok tak tinggal solat ini.. Sebab itu kita perlu sentiasa memperbaiki kualiti solat( sangat2 menasihati diri ini..ingat3x sedar3x laksanakan3x).. 

Kedua tunjukkan kasih sayang dari segi emosi dan batin (terzahir pada air muka tau).. kata Prof Dr lagi.. andai orang itu tidak dapat menerima dan mendengar nasihat atau kata2 kita maknanya kita sendiri belum cukup memberi kasaih sayang padanya..Hah.. tergamam sat.. kasih sayang bagaimana lagi harus ku beri walhal ia telah berlebihan dari penumpuan pada anak2ku.. mungkin lahiriah betul dan diri perlu perubahan dari segi keikhlasan dan nawaitu barulah terpancar di air mukaku.. muhasabah diri..  

Maka saya nak tambah sikit lagi dari kata2 Prof Dr...isunya 'Tertekan'..

Perasaan tertekan itu diwujudkan apabila kita meletakkan hidup kita pada diri kita seperti saya kena capai itu.. saya kena buat ini.. Saya tak boleh begitu.. Saya dilarang begini.. kita yang mewujudkan dan meletakkan tekanan pada diri kita.. so kita 'RESET'.. tengok balik dan beri fokus pada perkara keperluan yang memberi manfaat dan betulkan balik niat iaitu kerana Allah swt dan bukannya mengharapkan penghargaan dan pujian dari manusia... pujian dan penghargaan adalah duniawi..bila kita tak menerima seperti diharap dan dijangkakan kita mengeluh pas tu kita 'lupa' bersyukur thats leads to tiada kebahagiaan.. RESET balik diri kita agar mempunyai 5 perkara dan diperkukuhkan.. Islam Iman Ehsan Taqwa dan Syukur..

wallahualam..

No comments:

Post a Comment