Sunday, December 8, 2013

Fokus dan Istighfar

Assalam alaik

Bismillah..

Petikan daripada penulisan Prof Dr Muhaya..tertarik dengan kata2nya..


'Kenapa jika berada di Mekah, semua kita kata jadi kenyataan, mengapa kita tak ada keyakinan begitu di Malaysia? Adakah doa dimakbulkan jika kita di Mekah sahaja?

Konsep: di mana minda kita? Minda bukan sekadar di kepala, tapi di seluruh tubuh, di setiap sel kita.'

Teringat akan saat itu.. apabila di sana hati sangat tenang. .. Fokus utama adalah ibadah.. ibadah apa? memohon keampunanNya mendekatkan diri padaNya mengharapkan kasih sayangNya.. mengimpikan kesempurnaan ibadah..menagih keredhaanNya..

Andai nawaitu atau tujuan utama adalah menziarah atau membawa orang atau membeli belah atau bercuti atau dipandang orang atau mendapat zuriat atau bertemu jodoh.. apa2 yang mendahului tujuan pengabdian padaNya.. mungkin itu salah satu musabab doa belum termakbul..Andai ini tujuannya sewaktu melaksanakan ibadah sama ada yang wajib atau sunah.. diri akan mudah tersasar .. berbagai 'gangguan' akan tiba dari segi fizikal emosi dan sebagainya seperti  sakit perasaan malas mudah penat bergaduh hilang sesat dan sebagainya..

Sebab itu perlu istighfar sentiasa dibibir dihati dan diminda..sama ada di Mekah Madinah atau dibumi sendiri..Baru ni dalam IKIM pun ada cakap..rumusannya.. the power of istighfar sangat menakjubkan.. .

Agaknya bila kita istighfar.. kita sedar dan akui banyak kesilapan dan dosa yang kita lakukan maka kita merendah diri memohon keampunanNya.. menjadikan kita sentiasa mengingatiNya..melahirkan perasaan takut tunduk dan berserah padaNya.. dengan semua sel dalam badan menumpukan pengabdian padaNya... memberikan perasaan tenang tabah syukur..Secara tidak langsung kita melatih diri agar lebih fokus yang akan memudahkan suatu perancangan atau kehendak atau amalan mudah dilaksanakan.

Saya berpendapat inilah sebenarnya impian yang ingin dikecapi sebagai hamba Allah ....bukannya wng ringgit atau harta benda berbilion nilainya atau ramainya keturunan (melainkan kesemua zuriat dapat diasuh dan dididik menjadi anak yang soleh)

Apapun.. tak kisahlah di mana sekalipun in syaa Allah samala2 kita perbanyakkan istighfar

wallahualam..

No comments:

Post a Comment