Wednesday, December 18, 2013

Hatiku Masuk Spital

Assalam Alaik

Bismillah

Menurut buku Lautan Hikmah Kekasih Allah hasil tinta mata pena Al Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al Jailani yang antaranya mengingatkan agar kita sentiasa memperbaiki hati ... Ohh kalau baiki keto masuk bengke jumpa pomenl.. baiki hati kono masuk spetal ni.. kenapa perlu dibaiki? Kerana hati yang baik membuat seluruh diri kita juga baik... ingatkan kena jumpa doktor, cucuk amek darah dan makan ubat.. rupanya...
  

Memperbaiki hati hanya dapat dilakukan dengan taqwa tawakkal padaNya mengesakanNya dan ikhlas dalam setiap amalan dilakukan semata2 keranaNya... tanpa hal2 sebegini...hati diumpamakan..

Burung dalam sangkar.. (fizikal cantik dan sihat kicauan mendayu rupanya hati sedih sebab terkurung.. erkk burung ada hati ke?)..
Berlian dalam ikatan ..(fuhh sapo dpt berlian berkarat2.. hidung pesek jadi mancung.. apakan daya menjadi hiasan berkilau dalam ikatan)...
perumpamaan lain fikir sendiri la eh..

'Ya Allah sibukkanlah anggota tubuh kami dengan ketaatan kepadaMu dan hati kami dengan makrifat kepadaMu. Sibukkanlah sepanjang hayat kami dengan orang soleh yang sudah mendahului kami. Kurniakan kami rezeki sepertimana rezeki yang Engkau kurniakan kepada mereka. Datangkanlah kepada kami sebagaimana Engkau datangkan kepada mereka. Ya Tuhan kami, anugerahi kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka..Aamiin..'


No comments:

Post a Comment