Monday, December 2, 2013

Aku Terima Nikahnya...Lagi

Assalam alaik..
Bismillah..

Maa yea tujuan mencoretkan catatan sewaktu majlis akad nikah ni bukan untuk mengaibkan sesiapa.. sebab itu tidak diletakkan nama sebenar.. cuma sekadar melakarkan adengan2 semasa terutama musim cuti sekolah ni memang banyak majlis2 penyatuan 2 hati ni kan..Mungkin juga anda mengimbau kembali saat kalian bernikah atau mungkin juga memberi kekuatan agar 'bersedia' di majlis pernikahan kalian..

Dalam suatu majlis di sebuah Masjid.. pengantin perempuan yang jelita dan manis resah menunggu bakal suaminya tidak kesampaian.. bukan semiit dua tetapi hampir 2 jam.. ye la. kalau penetapan nikah usai solat asar hari Jemat diikuti pula bakal pengantin lelaki itu bertolak dari rumah yang berkilo2 meter jauhnya dan letaknya Masjid itu di tengah2 kepesatan bandar...memanglah dikatakan cari pasal melewatkan majlis..

Alhamdulillah dah sampai pun ke tempat Majlis yang ditetapkan..  Melangkah ke bilik seperti dijadual kelibat orang2 yang kurang familiar.. dah diri tu x ambik pot sapa sedara mara melainkan teman wanita emak dan adik manjanya.. si lelaki ini duduk mengadap Tok Kadi.. warga rombongan ni ikut jela.. dah masing2 nervous lewat sampai.. Tetiba satu suara memecah kesepian..'Ko dah salah tempat ni.. ko bukan bakal suami anak aku..'.. Hah.. apa ni terkezut.. paling pucat pengantin lelaki.. apo plak bakal pak mertuaku ni kata salah orang plak.. tetiba terperasan pengantin pompuan yang sedang menjegilkan mata.. Adoiss memang dia bukan pompuan yang bertakhta di hati.. apa nak buat..  .. Tersimpul segala urat belulat bangun mohon kemaafan dan rombongan lelaki tersebut meminta diri.. di pintu bertemu plak rombongan sebenar pengantin lelaki.. nasib baik belah pompuan telah bersedia menyelamatkan keadaan... 

Dapat panggilan dari pengantin pompuan.. 'Abang kat mana? kata dah sampai..'.. 'Dah sampai dan sikit je lagi dah menikah ngan orang lain..ayang kat mana? orang lain kat bilik tu...'.. 'Lupa plak kami dah tukar bilik sebab abang lewat.. sebelah kiri bilik tu je..' mak aiii ingatkan berblok2 jauhnya ghupanya sebelah bilik je.. hehehe.. tu la sebelum kawin pun perlu diamati muka2 ahli keluarga kaum kerabat  sebelah wanita k...

Basah dah baju pengantin si lelaki .. pecah peluh kejantanannya..melepasi pintu yang sepatutnya tersenyum maut menatap bakal pengantin yang akan menjadi isterinya sebentar nanti... lalu mengambil tempat di depan Tok Kadi.. lega...'Awak dah solat Asar?' Tanya Tok Kadi.. apalah mamat ni.. aku nak nikah dah lewat ni pun nak tanya2 lagi.. 'Dah' jawapan yang ringkas tapi jelas... 'Belum lagi Ustaz' kata si bapa pengantin lelaki..' Kami dari rumah bertolak sebelum Asar tadi..'  Aduss.. haaah.. tersengih pengantin lelaki... bukan niatnya menpu dah nebes2 macam ni tersasul sana sini.. segalanya 'ye' je.. pendek citer... majlis akad nikah diadakan usai solat Maghrib.. Hah ambikkk.. minum petang dah jadi makan malam.. sekian...nanti sambung lagi 

No comments:

Post a Comment