Friday, December 6, 2013

Musibah Mereka Ujian Kita



Di Malaysia hangat dengan berita banjir 'diluar' jangkaan .. macam2 diperdengarkan dan dilaporkan..tak sangka sekelip mata boleh jadi sampai begini teruk.. bermula dari kejadian di Cameron Highlands hinggalah terakhir yang dilaporkan kena Melaka juga ada sedikit.... Itulah Yang Maha Kuasa.. Jika Dia mengkehendaki pasti terjadi.. kepada mangsa banjir..usah bersedih musibah ini adalah petanda kasih sayangNya yang menjadikan kita lebih tabah dan dekat denganNya.. bagi kita yang tidak terlibat ini adalah suatu ujian dariNya.. adakah kita sanggup berpeluk tubuh.. memangla sekarang sejuk musim hujan.. tapi sanggupkah kita membiarkan mereka.. sekurang2nya berdoalah untuk mereka juga.. tak lama mana pun doa lepas solat tu masukkan sekali.. kalau rajin solat hajat.. ada joki lobih. mana yang ada kesempatan bercuti sana sini tu berilah sedikit darinya . mendermalah sebanyak yang mampu dan ikhlas memberi kerana allah swt.. niat kena betul tu...... Kalau undian AF ke derma Palestin ke mangsa taufan di filipina ke cepat jer.. ni yang berlaku kat negara kita sendiri perlu juga kita bantu.. Saya turut mendoakan keselamatan  para sukarelawan yang berkhidmat dan misi menghantar bekalan makanan dan pakaian serta peraltan dipermudahkan .. yang penting ia sampai ke tempat yang benar2 memerlukan dan biarlah pengagihannya sama rata..

No comments:

Post a Comment