Thursday, February 27, 2014

Katak oh katak menyanyilah..

Assalam alaik..
 
Bismillah..
 
Dah lama tak hujan bukan.. Kerana rasa kasihan melihatkan burung seekor yang kebasahan kuyup terjatuh ke dalam kolah air kerana kedahagaan yang teramat sangat di musim panas kering ini.. kubacakan jua doa ini... apa pun pasti ada hikmahNya di sebalik ujian ini...agaknya katak merajuk tidak berlagu lagi memikat si hujan membasahi bumi..
 

Ya Hayyum Ya Qayyum

 Tuhanku...Lenyapkanlah Kesedihanku. Leraikanlah Kesukaranku..Aamiin

Wednesday, February 19, 2014

Akhirnya Keputusanku adalah Membencimu...Maafkanku


      Pertanyaan yang timbul di fikiran... perlukah sejauh itu? tidak pernah membenci mana2 hambaNya....akhirnya terjumpa jua.. dengan izinNya....  di antara hadis yang semakna adalah hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Mu’adz, bahwasanya dia bertanya kepada Rasulullah saw tentang iman yang paling utama, maka Baginda saw bersabda: “iman yang paling utama adalah engkau mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah, engkau pekerjakan lisanmu dalam berzikir kepada Allah”. Mereka lantas bertanya, 'Kemudian apa lagi wahai Rasulullah?', Baginda saw menjawab, “engkau mencintai suatu kebaikan untuk manusia sebagaimana engkau mencintai kebaikan itu untuk dirimu sendiri dan engkau benci (sesuatu yang buruk terjadi) terhadapnya sebagaimana engkau membenci hal itu terjadi terhadap dirimu, dan engkau berkata dengan perkataan yang baik atau engkau diam”.

wallahualam....