Monday, May 26, 2014

Doa dalam kebisuan..Moga dimakbulkan

 
 

Apa kaitannya?

 

Fitrah kehidupan..

 
Bismillah..
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Setiap jiwa pasti akan merasakan mati sama ada singkat secukup atau panjang usianya di dunia. Sepanjang tempoh kewujudan di dunia ini pasti akan melalui cubaanNya yang menguji ketaatan, keikhlasan etc menerusi pelbagai perintahNya, laranganNya, kebaikan, keburukan, kesenangan, kesusahan, kesakitan, kesihatan dsbgnya.. Ia merupakan sunnatullah kehidupan yang telah ditetapkan.
 
Memetik dari tafsir ibnu Jarir, sahabat ibnu 'Abbas menafsirkan ayat tersebut di atas,
"Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan.. "
Apa pun hanya kepada Allah swt tempat kembali segala jiwa, untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan yang dilakukan zahir dan batin dan menerima balasan setimpalnya. Kita harus tabah dan sabar menghadapinya dan yakin ianya merupakan hal fitrah kerana disebalik setiap ketentuanNya ini  terungkap 1001 rahsia dan hikmah dariNya yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.  
 
Yang pasti setiap ujianNya, Allah swt telah menyediakan jalan penyelesaian atau jawapan bagi setiap masalah dan ujian berkenaan menerusi AlQuran dan As Sunnah.. terpulang kepada kita untuk mendapatkannya... Allahuakbar...
 
Wassalam...
 
Hanya mampu berdoa untukmu

Monday, May 19, 2014

Tuesday, May 13, 2014

Masa! Berhentilah Seketika.. Lelahnya




Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Formal je yea..

Dah lama tidak mencoret.. nak jadikan alasan memang tersedia 1001 sebab musababnya..

Masa berlalu sangat pantas kan?.. Dalam melaksanakan tanggungjawab di rumah dan pejabat serta masa untuk diri membaca buku ilmiah dunia akhirat.. seakan 24 jam yang diperuntukkan sejak kecil semakin tidak mencukupi..
       
Kelmarin usai solat di bilik yang pernah didiami arwah bapaku ternampak susunan buku2 agama yang pernah dibeli dan dibaca oleh arwah.. Sedih.. sayu.. Dulu tidak pernah terbuka hati ini untuk dekat padaNya.. kini ibarat sangat hampir ke penghujung penghunian dunia ini baru dahi terhantuk melihat begitu banyak dan luas sekali ilmuNya yang belum ku pelajari.. entah sempat atau tidak..kalau sempat belum tentu ungat.. kalau nak kekal dalam ingatan perlu amalkan.. Bila dah beramal dari segi perlakuan zahir dan batin minda dan rohaniah..barulah dapat ilmu yang kekal .. jauh sangat perjalanannya ..aduss...
'Ya Allah ku memohon kepadaMu kedekatan denganMu tanpa sebarang musibah. Kasihanilah diri ini dalam qada' dan qadarMu, Lindungilah diri ini dari kejahatan dan tipu muslihat mereka yang jahat durjana, Peliharah diri ini seperti yang Engkau kehendaki. padaMu ku memohon keampunan dan kesihatan dalam melaksanakan urusan agama dunia dan akhirat Dan ku memohon kepadaMu taufiq untuk melaksanakan amal soleh serta keikhlasan dalam beramal. Ya Rahman ku panjangkan doa ini untuk anak-anak dan keturunanku para muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat di mana sahaja kami berada....Aamiin"
(Doa ini dipetik dengan sedikit pindaan daripada buku bertajuk Rahsia Dikasihi Allah oleh SAQAJ)


Thursday, May 8, 2014

Gundah Hati Mata Berjaga

Assalam,,

Lama tidak ku coret .. atas kekurangan masa yang bersesuaian untuk mengadap blog ini..

Kenapa malam ni?..Nak meluahkan rasanya apa2 jua yang ingin diluahkan hanayalah kepada Dia. walau sebenarnya sangat banyak kejadian suka dan duka tawa dan tangis susah dan senang telah dihadapi.

Maka apa yang terbaik untuk dikongsi bersama bagi manfaat bukan sahaja di dunia dan akhirat adalah..
wirid bagi melegakan kegundahan dan kesedihan..


Ya Allah, sesungguhnya diriku adalah hambaMu dan anak abdi (hamba lelaki)Mu dan anak amah (hamba perempuan)Mu, berada dalam genggamanMu, ubunku di TanganMu, padaku berlaku ketetapan hukumMu, adil padakuketetapanMu, daku memohon kepadaMu dengan semua Nama milikMu,sama ada nama yang Engkau namakan untuk diriMu, atas Nama yang Engkau turunkan dalam KitabMu atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaibMu. Kiranya Engkau jadikanlah AlQuran sebagai penghibur hatiku dan sebagai cahaya pandanganku, penawar kesedihanku dan pengilang kegundahanku.'

Aamiin

Friday, May 2, 2014

Oh oRkiD itu!

 
Penyejuk Hati dikala resah diduga manakala gelisah di kala rindu padaNya