Tuesday, June 17, 2014

Jangan tunggu kelapangan.. kejarlah ia


Berkata Abu Hurairah ra bahawasanya Nabi Muhammad saw telah bersabda: Allah swt telah berfirman yang bermaksud (di atas).  (diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Baihaqi)

Ia merupakan satu peringatan kepada kita bahawa yang menjadikan kita ini kaya atau miskin sihat atau sakit suka atau duka susah atau senang dan sebagainya  ialah dari Allah swt. DIa yang Maha Mengetahui dan Maha Adil dalam mentaqdirkan kesemua dengan Kekuasaan qudrat dan iradatNya..

Namun sedar kah bahawa kekayaan hakiki di sisi Allah swt adalah amalan soleh yang tulus ikhlas khusyuk dari hambaNya yang tekun melaksanakannya secara istiqamah..Mengingatkan diri.. kekadang semangat dan motivasi diri boleh jadi low... so bila dijadikan entri.. zuppp meningkat tinggi balik... Moga pembaca juga tergolong dalam hambaNya yang soleh.. jom memperbanyak amal dan menyempurnakannya... 

Ayat Hebat


Dimulakan dengan lafaz bismillah...

Salam sejahtera.. Segala pujian milik Allah swt Pemilik yang mencipta dan memelihara alam semesta dan penghuniya.. Sebanyak selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad saw ahli keluarga dan sahabat baginda..

Baru2 ini sedang mendengarkan satu ceramah dalam You tube.. tentang betapa powerfulnya redha Allah swt pada hambanya...melebihi kenikmatan syurga..Subhanallah.. so saya paparkan doa tersebut... tak de plak dalam bahasa Arab.. sebab saya tak fasih bahasa Arab.. baru merangkak mengaji.. tengah dok scan hukum tajwid makhraj yang tak berapa smooth lagi... in syaa Allah.. satu hari saya pasti boleh berkomunikasi menggunakan bahasa Arab.. visi dan misi 5 tahun akan datang ni....

Hehehe apa pun.. sudi2lah baca doa berkenaan.. sekadar perkongsian

Tabahlah diri