Tuesday, March 24, 2015

Owh which one ?



Image result for i didnt stop loving you  Image result for i didnt stop loving you


So I decided to write a 3S short sweet simple reminder....
Image result for i didnt stop loving you

Bekerja ceria selalu

Image result for ya azizImage result for ya qawiyyu
Image result for ya matinImage result for ya sabur

Bicara hati padaNya

Ya Allah 
Perkasakan, teguhkan kuatkan jiwaku semangatku dan azamku 
agar dapat melaksanakan tanggungjawabku dan pekerjaanku dengan baik dan cemerlang

Benteng... sebelum terjebak

Image result for ya hafizImage result for ya muhaimin

Bicara hati padaNya

Ya Allah,
Lindungi aku dan diriku  daripada perbuatan dosa dan kemaksiatan
serta pelihara aku dan diriku daripada mengumpat, mengata, merendahkan, memfitnah dan lain seumpanya..

Andai kebuntuan menyelubungi

Image result for ya fattah

Bicara hati kepadaNya

Ya Allah bukalah seluasnya laluan bagiku
Sesungguhnya daku sangat lemah dan buntu



Aku dan Diriku.. Ko ape ada?

Bismillah..

Wahai aku dan khususnya diriku, 
Yang memerlukan nasihat,  dahagakan ilmu bersulam amal

Wahai aku dan diriku,
Basahkan bibirmu yang manis dengan istighfar tasbih dan tasmid kerana keikhlasanmu itu melakar kecantikanmu di alam sana

Wahai aku dan diriku
Segeralah bertaubat kepadanya kerana melengahkan itu umpama menyemarakkan kawah hawa dan nafsu

Wahai aku dan diriku
Lebih baik berdiam diri daripada melahirkan bait kata bagai seorang zuhud di dunia tetapi hakikatnya masih ghairahkan duniawi

Wahai aku dan diriku
Tinggalkan sifat mengharap rahmatNya bagi kehidupan akhirat jika muflis amal

Wahai aku dan diriku
Bersyukurlah kepadaNya akan setiap kebahagiaan, rezeki, kesakitan dan dugaan kurniaanNya kerana semuanya itu tanda kasih sayangNya.

Wahai aku dan diriku
Pakaikan akhlakmu dengan tauhid kepadaNya dan amalan sunnah serta hiasinya dengan kesabaran dan redha mudah2an aku dan diriku bersama para solihin..

Wahai aku dan diriku
Dengarlah ingatlah insaflah berubahlah demi aku dan diriku
HambaNya Yang Maha Esa..