Wednesday, January 22, 2014

Andai Ini KetentuanNya..



Bismillah.. huh dah tepat jam 12 malam...Alhamdulillah kesyukuran tidak terhingga padaNya memakbulkan doaku pagi dan malam ini.. benar kata orang yang beriman.. andai mahukan kejayaan di dunia..berdoa berusaha yakin dan tawakkal padaNya.. in syaa Allah kejayaan pasti dimiliki ..Allah swt Maha Mendengar...

Hari ini sangat penat seawal jam 4 pagi dah bangun menyiapkan keperluan anak2.. di pejabat juga boleh tahan... beberapa urusan yang perlu diselesaikan dapat dilaksanakan seperti sasaran.. balik ke rumah... aduhhh... permintaan itu ini dari anak.. keadaan rumah..o-oo kena basuh kain plak..hmm..rutin bagi kebanyakan ibu bukan! apa lah sangat keadaan yang saya harungi.. namun penat giler babe... dahla berpusing satu kedai ke satu kedai mencari barang yang anak perlu bawa ke sekolah..namun sempat berdoa padaNya... memohon secuit kekuatanNya kerana yakin walau sebesar zarah kurniaanNya kepenatan yang teramat ini pasti dapat diatasi.. Alhamdulillah segala kerja membasuh menyidai mengemas menyapu mengemop dan membuang sampah settle.. pas ni ambil wuduk...  solat apa yang patut.. dan paling pasti ungkapan kesyukuran Alhamdulillah padaNya seluas lautan saujana angkasa sebanyak tintaNya seberat ArasyNya..hanya Allah swt 

Now masa untuk kejayaan di akhirat pula... usaha2 menambah keimanan ketaqwaan dan meningkatkan keinsafan demi setitis rahmat dan kasih Allah swt serta syafaat Rasulullah saw..

Thursday, January 16, 2014

Jemari melakari Ungkapan Selamat Hari Ulang Tahun untukmu




Sweetheart, 

Every morning I wake up, I look forward to see you. You remind me of all the happiness that life has to offer. You are so wonderful that makes the world a more livable place and makes life worth living. You rock my world dear and I've been lucky to know you!

Whenever I think of how lucky I am to have a gentlemen, charming, lovable, cute and hot guy like, I feel like a teenager again. Could any girl ask for more?
Thank you so much for adding a touch of passion, pinch of wisdom and a sprinkle of inspiration in my life. You are the sweet melody that has filled the gaps in the lyrics of my life.

As from today till, May your life filled with  the...
      .......happiest of memories
      .......least of tears
      .......greatest of truthful friends
      .......most amazing success and achievements
      .......coolest of gifts
      .......brightest future

Today I made a du'a for you .. hoping that Allah swt grants everything you wish in life. I truly hope that your dreams, desires, ambitions and goals comes true.

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan menyebut asmaMu Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang…
Segala pujian dan syukurku atas segala nikmatMu sentiasa… 

Telah kau temukanku dengannya yang setia menungguku bersedia menjaga dan melindungiku.
Yang dengan cinta dan sayangnya mampu menghapus segala laraku.  Yang dengan cintanya padaMu mampu mengecup hatiku ketikaku berduka..

Ya Allah Terimalah solat dan ibadah malamnya sebagai ibadah orang yang ikhlas melakukan ibadah kepadaMu. Dan peliharalah dirinya dan tidunya daripada orang yang lalai. Hapuskan dosanya. Wahai Tuhan sekalian alam, Ampunkan dan maafilah dirinya, Wahai Pengampun para hamba pembuat dosa. 

Ya Allah! Dekatkanlah dia kepada keredhaanMu dan jauhkanlah dirinya daripada kemurkaan serta balasanMu. Kurniakan kepadanya kemampuan untuk membaca ayat-ayatMu dengan rahmatMu, Wahai Maha Pengasih..


Ya Allah  Lancarkan dan permudahkan langkahnya berjuang mencari keredhaanMu, menjemput rezeki yang telah Engkau hamparkan untuknya..

Ya Allah Makbulkanlah doa dan harapku, Balasilah segala keluhurannya, kesabarannya, kebaikannya serta ketabahan menahan amarahnya .. dengan kasih dan cintaMu….

Ya Allah Pemilik Hati…. Sampaikanlah jutaan sayangku untuknya… ribuan cintaku padanya… Dan tidak terhitung kesyukuranku padaMu yang telah mempertemukanku dengannya...

Ya Allah sebanyak solawat dan salamku buat baginda Rasulullah saw ahli keluarganya dan para sahabatnya.. Sungguh Engkau Maha Mengetahui segala isi hati…Segala pujian hanya milikMu Allah Yang Maha Perkasa..
Maka kabulkanlah doaku…..

Candid Camera.. 1 2 3


Tuesday, January 14, 2014

Hanya Mampu Berdoa Untukmu

Zalimkah Aku?



Ungkapan taubat Nabi Yunus as..'"Sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau sesungguhnya daku termasuk orang yang menzalimi diri sendiri" 
(surah Al-Anbiya'  ayat 87)

Siapakah yang menzalimi diri sendiri?

Perginya Tak Kembali

Assalam Alaik

Bismillah..

Pagi ini sangat terkejut dan sedih menerima perkhabaran kematian suami rakan sepejabat,, rasanya mungkin usianya lebih muda dari saya... anak masih kecil....Innalillahi wainnailaihirojiun... Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin..

Kepada rakan saya itu hanya ungkapan sabar atas dugaan yang menimpa serta redha akan pemergian arwah kembali ke pangkuan PenciptaNya... Orang yang sabar dan redha adalah mereka yang telah meletakan keyakinan bahawa setiap dugaan atau musibah yang berlaku kepada diri mahupun keluarga atau disekeliling kita datangnya dari Allah swt. Bukan mudah untuk mengharungi hari mendatang dalam mendidik hati kita menerima dugaan atau musibah berkenaan dengan kesabaran... berkata mudah tapi tak ramai boleh menghayatinya..malah silap2 ada yang menyalahkan takdir dan ketentuanNya sama ada secara sedar atau tidak disengajakan atau sebaliknya.. usah diikutkan sangat nafsu dan hasutan syaitan yang sentiasa berusaha memesongkan kita..


Syeikh Ishak Ibrahim Al A'zab berkata, 
'Jika di hati ini sudah terpatri 4 perkara iaitu melihat segala sesuatu adalah milik Allah, melihat segala sesuatu sebagai bentuk kerajaan Allah, hanya kepada Allah segala sesuatu bersandar serta kepada Allah jua tempat kembali segala makhlukNya, nescaya orang yang memiliki hati seperti ini akan aman dari godaan nafsunya..'

Yang pasti bagi diri saya sesuatu musibah atau dugaan dariNya terhadap diri ini merupakan kasih sayangNya agar saya sentiasa mengingati dan kembali padaNya walau hakikatnya mengharungi hari demi hari untuk menyerap sabar tabah dan redha itu kerana Allah swt bukanlah suatu yang mudah.. banyak pengirbanan kesedihan.. putus asa.. dan berbagai lagi perlu diatasi.....Namun yakin bahawa Dia Maha Mengetahui dan berpegang bahawa Dia tidak akan menimpakan suatu kesusahan pada hambaNya suatu diluar keupayaan hambaNya..
Wallahualam..

Berdiri Menghias Diri

Bismillah..

Berikut merupakan petikan fb juga yang saya kongsikan dalam blog ini.. berkaitan solat kita.. kita tahu tatkala solat fardhu didirikan namun ramai termasuk diri saya dalam mengawal hasutan2 iblis dan nafsu ada kalanya dari permulaan solat hingga akhir solat 'terganggu' jua...  sedangkan kita sedang menghadap Allah swt.. lafaz dan niat solat telah diungkapkan.. mengapa kita gagal sekurang2nya menghormati Allah swt dalam solat kita?..

Beberapa ayat AlQuran berkaitan..

 
Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura- pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memper lihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).


Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang yang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Aisyah ra berkata Baginda saw bersabda, 'Sentiasa ada satu puak yang sentiasa melambatkan memenuhi saf pertama sehingga ia dilambatkan diberi pertolongan oleh Allah swt sehingga mereka itu dimasukkan dalam api neraka. Mereka yang lambat memenuhkan saf tidak menghormati Allah kerana itu Allah melambatkan pertolonganNya di hari Kiamat'..

Itu baru soal solat jemaah melwatkan penuh saf hadapan.. ni yang solat sendiri2 di akhir waktu pula.. Astaghfirullah..

Selain itu ramai termasuk diri sendiri sekadar ala kadar sahaja mempersiapkan diri dalam mendirikan solat sedangkan kalau nak keluar rumah hatta ke laman tepi rumah sekangkang kera pun sakan berhias.. Apalah salahnya kita 'berhias diri' sebelum atau demi mengadap lalah swt Maha Berkuasa Pemilik segala yang ada di langit dan bumi serta alam semesta.. seperti kalimahNya pada surah Al Araf ayat 31..
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

Rasulullah saw juga bersabda, ' Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik serta berhiaslah) asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong dan jangan pula melampau kerana Allah swt suka melihat kesan nikmatNya ke atas hambaNya.'
(Hadir riwayat Ibn Majah)

Bagi saya .. kebersihan keikhlasan kesediaan serta kesederhanaan diri merupakan antara yang dimaksudkan perhiasan diri tatkala mengadap Allah swt dalam mendirikan solat...



Fikir fikirkan..

Bismillah..

Assalam alaik..

Diceritakan pada suatu hari al-Imam Ahmad ditanya, 
'Bagaimana keadaan kamu pagi ini?'

Beliau menjawab,
"Sebagaimana keadaan seorang yang TuhanNya menuntut dia menunaikan kewajipan, Nabinya menuntut dia menunaikan Sunnah, 2 malaikat menuntut dia memperbetulkan amalan, dirinya menuntut agar nafsunya dipenuhi, iblis pula menuntut kekejian, malaikat maut memerhati untuk mengambil rohnya dan keluarganya pula menuntut nafkah"..

(Syiar A'lam al Nubala)..

cabutan dari fb...

Friday, January 10, 2014

U apa? u Turn.. Bukanla.. U J U B

Assalam alaik

Bismillah..

Berikut adalah perkongsian dari petikan FB mengenai U J U B

'Ujub merupakan perasaan kagum pada diri sendiri. Merasa diri hebat sekali. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.. 

Perasaan ujub ini boleh datang pada bila2 masa sama ada kita sengajakan atau tanpa kita sedari.. Selfie yang famous kini.. juga boleh mengundang U J U B.. Antara lain ia juga boleh hadir dalam keadaan berikut...

Orang yang rajin beribadah merasa kagum dengan ibadahnya
Orang yang berilmu merasa kagum dengan ilmunya
Orang yang cantik mengagumi kecantikannya
Orang yang dermawan kagum dengan kebaikannya menderma dan membantu orang
Orang yang berjawatan tinggi berbangga dengan pangkat dan kedudukannya
Orang yang bijak berpidato mengagumi kepetahannya berhujah
Orang yang pandai berkata2 merasa puas dengan celotehannya
Pendakwah pula kagum dengan dakwahnya..

Nauzubillh.. tanpa ku sedari ada juga unsur2 U J U B ini dalam diriku.. Astaghfirullah...

walhal kesemua kelebihan itu atau keistimewaan yang dimiliki adalah milik Allah swt semata2 yang dikurniakanNya melalui kasih sayangNya kepada hambaNya... Adakah kita mensyukurinya.. Syukur kepada Maha Pemberi..

Sufyan at Tsauri mengatakan ujub adalah perasaan kagum pada diri sendiri hingga merasakan diri lebih mulia dan tinggi darjat daripada orang sekeliling.

Muthrif rahimahullah berkata, 'Kalau aku tidur tanpa tahajjud dan bangun dalam keadaan menyesal adalah lebih baik daripada aku bertahajud tetapi merasa kagum dengan amalan tahajud itu tadi'

Seorang sahabat Nabi saw, Abu Ubaidah al Jarrah menjadi imam.. Usai dengan tugasnya beliau berkata,'Syaitan sentiasa menghasut aku supaya aku merasa diri aku ini lebih hebat dari orang dibelakangku. Aku tidak mahu menjadi imam sampai bila2.'

Ingatlah semua kelebihan adalah anugerah Allah swt oleh itu kagumlah hanya kepada Allah swt dan bukannya diri kita sendiri..

Firmannya'Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri'(Sebahagian ayat 36 Surah anNisa)

Nabi saw bersabda,'Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia merasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya(perasan lawa) Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan smpai hari kiamat.'
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi saw lagi, 'Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub dengan diri sendiri.'
(Hadis Riwayat Al Bazzar dan Al Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,'ketahuilah bahawa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya.'
(Syarh Arba'in)..

UJUB ini membuatkan kita hina dipandangaNya.. contoh paling nyata pembawa ujub adalah cermin.. tatkala mencerminkan diri.. cuba buat.. apa perasaan anda?.. astaghfirullah.. teringat citer dongeng omputeh ..Mirri2 of the Wall whose the fairest of All... hahaha..dah menyasarkan diri ni..

wallahualam 

Andai Berhajat...

Jika ingin menangis... Bersujudlah PadaNya

Jika ingin mengadu... Berdoalah kepadaNya

Jika ingin diri bersih sentiasa dari dosa... Bertaubatlah padaNya..

Jika ingin berjaya dalam kehidupan... Berusahalah bersungguh2..

Jika ingin pandai dan berilmu.. Rajin2 la Belajar..

Jika ingin ke syurga.. Beribadatlah seolah kematian menghmpirimu...


Rasulullah saw bersabda,

'Ya allah, jadikanlah aku mencintaiMu, mencintai malaikatMu RasulMu dan hambaMu yang soleh.
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah daku bagiMu sepertimana yang Engkau cintai
Ya Allah jadikanlah daku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu
(Hadis Riwayat At Tarmizi)..

Subhanallah.. jika Rasul saw kita mendoakan sedemikian.. patutkah kita tidak berdoa yang sedemikian juga... Berdoalah walau sekali...Aaamiin

ABC Bukan CBA


Berani Tak semestinya Kurang DiAjar

Benar Tak selalunya Seronok

Berbeza Tak menyebabkan Perpecahan

Cinta Tak selalunya Memiliki

Diam Bukan bererti Tidak Tahu

Lembut Tak sama dengan Lemah

Membisu Tak semestinya Setuju

Mulia Jauh Tinggi darjatnya dari berharta dan bertakhta

Mengundur Bukan Kawannya Kalah

Sabar Tak kanlah tak Berikhtiar

Satu Usah Di 'Sama' kan

Sayang Semestinya Perlu Didikan

Sunnah Satu Kemestian Dipatuhi

Syukur hanya pada Ilahi

Taat tak semestinya pendek akal

Tegas mengaburi Kasar

Khusyuknya Dia

Assalam alaik..

Bismillah



Kekadang kita terlihat orang atau diri kita sendiri tanpa sedari khusyuk benor melakukan sesuatu.. buyi halilintar ke angin topan ke ratu cantik dunia ke ultraman ke batman ke .. tak menggugat kekhusyukkan mereka dalam pekerjaan atau urusan yang sedang dibuat.. Alhamdulillah....namun bagaimana dalam solat 5 waktu kita setiap hari..?


Setiap waktu kalau dilaksanakan solat tu secara umum jika berseorang dalam 5 minit.. sehari hanya 25 mimt.. hmm selama 25 ini adakah kita khusyuk 100%?..

Ada pendapat menyatakan asas untuk mendapat tahap khusyuk ini adalah dengan memelihara kebersihan 'hati'. Justeru 'hati' ini perlu mandi tiap masa bagi bersih ke?.. Belah dada ambik hati.. hahaha..

Dikatakan mengikut Imam Ghazali ada 6 unsur ibadah hati yang ditekankan untuk mencapai tahap kekhusyukkan..

1. Kehadiran hati terhadap perkara yang dilakukan
2. Pemahaman tentang perkara yang dilakukan
3. Pengagungan rerhadap Kebesaran Allah swt
4. Merasakan kehebatan Allah swt 
5. Mengharap pahala dan Keredhaan Allah swt
6. Malu berdepan dengan Allah swt...

Bila diamati dalam 6 perkara di atas perkara 1 dan 2 merupakan faktor utama khusyuk dalam melakukan sesuatu pekerjaan.. Namun dalam ibadah perkara 4 hingga 6 perlu hadir... bagaimana?.. go back to perkara 1 dan 2 bukn tentang ibadah tersebut tetapi tentang Allah swt.. Akidah kita Tauhid kita.. di mana?...

Ada juga menyatakan lagi kerap kita mengingati Allah swt di luar waktu solat lebih mudah untuk kita khusyuk dalam solat...mendirikan solat ibarat 'Coming Home 2 an old friend'..
...wallahualam

Sekadar melenggokkan jemari melakarkan imej di hati.. 

Su rah An Najm ayat 24 dan 25

Assalam Alaik

Bismillah...

Hari ini saya halaman AlQuran yang dipilih.. sedang belek membelek... terpampang surah AnNajm.. hmm sebutannya macam suatu gabungan nama yang pernah suatu ketika dulu menjadi kesukaan.. surah ni ayatnya pendek2 belaka ada 62 ayat kesemuanya.. Usai mengaji giliran membaca tafsirnya.. tatkala sampai di ayat ke 24

'Atau apakah manusia akan mendapat segala apa yang dicita-citakannya?'

Tersentap seketika... selanjutnya pada ayat 25

'(Tidak) Maka milik Allahlah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia.'

Mengapa dinyatakan akhirat baru dunia?.. perlu pencerahan..seterusnya.. ayat 26

'Dan betapa banyak malaikat di langit, syafaat (pertolongan) mereka sedikit pun tidak berguna kecuali apabila Allah telah mengizinkan (dan hanya) bagi siap yang Dia kehendaki dan Dia redhai.'

Fahamlah kini... seterusnya hampir mengalir airmata ini bila membaca tafsir ayat 32..
' (iaitu) mereka yang menjauhi dosa2 besar dan perbuatan keji kecuali kesalahan kecil. Sungguh Tuhanmu Mahaluas ampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertaqwa.'

... benar kita hanyalah hambaNya yang fakir... segala yang dimiliki hanyalah perhiasan di dunia... sedarlah wahai diri usah terlalu leka dibuai kenikmatan dunia yang menyesatkan..

surah ini diakhiri dengan
'Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia).'..

Sekian.. renung2kanlah..  

Tuesday, January 7, 2014

Syahadah..

Assalam Alaik..

Bismillah..

Pembukaan tirai 2014 ni .. sangat memenatkan.. ini pun mata sangat mengantuk.. digagahi jua perkongsian ilmu... terasa kerdil diri ini tatkala mendengar ceramah seorag ustaz akan suatu perkara kecil asas dan penting tetapi diri tidak ketahui.. 

Kalimah syahadah.. dilafaz sekurang2nya 9 kali sehari dalam solat fardhu.. itu baru aqidah iaitu beriman kepada Allah swt dan rasulNya.(dan rukun iman yang lain). ikhlas bersungguh2 tatkala menzahirkannya.. jangan dilupa part II syahadah adalah penyaksian akan Rasulullah saw ... secara tersiratnya pada ucapan Lillaahi Taala..segala amalan (rukun islam selain syahadah) adalah seharusnya bersandarkan amalan sunnah baginda Rasulullah saw.. cara solat cara berpuasa cara menunaikan haji dan umrah cara membayar dan mengendalikan zakat...

Kita terkadang disebabkan sedar akan kekurangan ilmu sanggup melakukan apa sahaja yang dikatakan dapat menambah bekalan akhirat.. sehingga kita terleka bahwa amalan Rasulullah saw hambaNya yang paling sempurna adalah amalan yang perlu kita ikuti dan bermakna tiada satu pun lebih berharga daripada mencontohi amalan Rasulullah saw.. sebagai contoh..

Ghupenyer.. zikir yang paling bermakna dan disukai Allah swt adalah kalimah   .. yang saya dok baca zikir macam2 tak dapat mengatasi kesan zikir tersebut... haruslah sebelum zikir itu kita beristighfar dahulu...

Apapun alhamdulillah.. akhirnya Allah swt memberiku petunjuk dan hidayahNya.. Alhamdulillah..mulai hari ini kalimah ini akan sering diperdengarkan kerana Allah swt..

Monday, January 6, 2014

Surah Al Hujurat Ayat 10


Bismillah..

Kebelakangan ini banyak sangat mendengar 'debat' .. sama ada antara kaum antara agama antara pegangan parti politik dan sebagainya.. Apapun ..syahadah yang dipegang yang digenggam.. seeloknya kembali merujuk kepada AlQuran dan baru Sunnah.. diri ini masih baru di peringkat membaca.. belum 'khatam' dalam memahami tafsir dan sejarah2 di sebalik penurunan wahyu Kalamullah ini kepada baginda Rasulullah saw.. masih jauh lagi perjalanan dalam menimba ilmu yang tiada kesudahannya.. Ayat 10 surah Al Hujurat menjadi pegangan.. semoga perdebatan sedia ada terlerai dengan kesudahan yang baik keranaNya.. Moga saya terpelihara daripada perdebatan yang menjuruskan kepada fitnah kehidupan dan kematian serta fitnah Al Masih Dajjal..  Aaamiinn

7 Kunci Ketenangan Hati

  Assalam Alaik..

Bismillah..

1. Bergantunglah kepada Allah swt dengan melaksanakan tanggungjawab terhadap diri dan bersikap mandiri (tidak bergantung pada orang lain atau ahli keluarga dalam menjalani kehidupannya)

2. Elakkan dan sebaiknya menjauhi tanggapan buruk sangka terhadap orang lain

3. Masa kini dan akan datang menuntut perhatianmu untuk digunakan sebaiknya.. tiada gunanya menghabis masa menyesali hal yang telah berlalu.. 

4. Dendam kemarahan iri hati dan kebencian .. jauhkanlah semua sikap negatif ini.. bukankah sebelum tidur kita disarankan agar memaafkan .. mula2 memang sukar.. tapi bukan kita sorang sahja mengalaminya.. in syaa Allah andai niat yang ikhlas keranaNya lama kelamaan pasti kita dapat mengatasi kedatangan sikap negatif ini..

5. Buat perancangan dan jadual... hidup berlandaskan halatuju dan sasaran lebih baik berbanding sikap terburu2 dan sambil lewa

6. Cinta hidup dan mati adalah ketentuanNya.. usah dikhuatiri apa yang bakal terjadi akan datang.. Yakin bertaqwa dan bertawakkal padaNya.. Ingat.. DIa Maha Mengetahui .. apa yang terbaik bagi kita..

7. Pintu PengampunanNya sentiasa terbuka luas buat hamba2Nya.. Ketuklah pintu berkenaan dan mohonlah keampunanNya.. Amalan zikrullah beristiqamah sentiasa menghadirkanNya dalam ingatan kita.. Berdoalah merintihlah luahkan segala keluh keresahan dan kesedihan.. Dia teman sejati yang tidak perlu dicari tidak perlu dicurigai tetapi sentiasa setia mendengar...

Wallahualam..

Friday, January 3, 2014

Cantiknya Pemandangan

Atas Bawah...

.Moga Diizinkan Kesembuhan Penyakitku

Bismillah..

Pernah saya jumpa dalam buku koleksi doa tentang manfaat Bismillah 5 .. baru2 ni terbaca lagi tentang perkara yang sama..

Dikatakan manfaat mengamalkan bacaan Bismillah 5 ini sangat banyak dan luas .. ehemmm.. kena niat yang ikhlas la kan sbab Bismillah pun maksudnya dengan nama Allah..antara manfaat yang dinyatakan menarik perhatian adalah ia diamalkan sebagai penawar kepada pelbagai penyakit dan bisa2 di tubuh badan sama ada puncanya dapat dikesan atau tidak dapat dikesan.. hmm lebih baik kita hafalkan ayat Bismillah 5 ni daripada bergantung kepada b***h atau d**** dan **w**g..

Bagaimana pula caranya merawat diri sendiri..

Digalakkan dalam keadaan diri kita 'bersuci' .. fahamkan.. kemudian letakkan tangan di tempat yang sakit tarik nafas dan ulangi bacaan Bismillah 5 ini sebanyak 7 kali.. andai tempat yang sakit itu tidak dapat disentuh atau tidak boleh disentuh (contoh merawat perasaan sakit hati.. hehehe.. acah je).. letaklah tangan di mana anggota dan dengan penuh khusyuk bayangkan tempat yang sakit itu membacakan Bismillah 5 ini.. mudah2an Allah swt mengizinkan kesembuhannya..in syaa Allah.. sama ada segera atau lambat atau tiada..... sabor jelah.. setiap sesuatu pasti ada hikmahNya dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui...

ini petikan daripada internet..



Zam Zam Alahai Azamku 2014

Assalam Alaik

Bismillah

Orang lain mempunyai azam.. saya juga nak berazam.. harap2  dapatlah istiqamah .. hajat tak tinggi mana.. dah banyak tempat saya pergi walau belum lagi satu BUMI atau memang takkan sampai ke BULAN,, bukan kemewahan cukuplah sekadar memiliki harta serba satu dan financial free.. itu yang penting so bolehla fokus utk akhirat...



1. Solat
    a) Laksanakan di awal waktu
    b) Perbanyak solat tahajjud witir dan dhuha
    c) Berdoa walau sesuntuk masa sekalipun
    d) Memahami bacaan dalam solat termasuk surah dibaca

2. Sedekah
   a) termasuk berpuasa.. bajet hari berkenaan boleh diambil untuk sedekah
   b) senyum walau dalam duka atau panass
   c) kemaskini senarai organisasi atau institusi yang berdaftar.. 
      laksanakan sekurangnya sekali
   d) Zikir.. dan manfaat utamanya Allah swt selalu diingatan
   e) Mengaji AlQuran dan memahami tafsirnya
   
3. Akhlak
   a) Menjaga tutur kata.. jauhkan umpatan mengata mengeji memburukkan 
       buruk sangka
   b) Memelihara pergaulan.. cukup2la maksiat mata hati anggota sebelum ini.
   c) Melaksana tanggungjawab dirumah di rumah di pejabat dipejabat sebaik 
       mungkin

Walau 3 cabangannya banyak.. cukuplah takut tak tercapai semuanya.. menurut seorang ustaz berubah itu mudah tapi istiqamah itu sangat besar cabarannya.. sebab itu Allah swt memberi ganjaran yang besar bagi hambaNya yang dapat istiqamah (ada dalam KalamNya)..

Ye la... kita berazam dan merancang .. ketentuan Allah swt.. Astaghfirullah dan ku bertawakkal kepadaMu...
 

Thursday, January 2, 2014

Last 4 2nite...

Bismillah...

Saya berazam..

Berubah menjadi lebih baik di sisi Allah swt  melalui perkara berikut

Bertaubat kepada Allah swt

Perbanyak solat berjemaah

Tunggu sebentar mendengar ceramah ugama

 Berkawan dengan orang alim

Kurangkan cakap dan ketawa.

Elakkan mengumpat orang Zahir dan Bati

Mendalami ilmu agama

Membaca AlQuran memahaminya 

Sentiasa sedar diri agar terus dapat mempelajari, beramal dan dampaikan salam pada rakan yang lain..

Bahagia.. Bagaimana

Merebut kebahagiaan dikatakan mempunyai 7 pintu yang berkunci..Knnci  bagi membuka Pintu Kebahagiaan ini dikatakan ...
1) Jangan membenci walau dia melanggar hak anda

2) Usah gelisah/galau hapuskannya dengan banyakkan doa

3) Hidup secara sederhana

4) Perbanyakkan syukur dan melakukan kebaikan walau sedang sarat dengan ujian bertubi tang menimpa namun bersangka baik pada Allah swt

5) Perbanyakkan memberi  secara istiamah semata2 keranaNya walau rezeki kurang atau anda sendiri sedang ikat perut

6)Ceriakan wajah dengan kemurahan senyuman yang iklas walau diri sedang merana

7) Perbanyakkan doa untuk ahli keluarga dan sanak sedara termasuk berbagai kaum yang ada sesama muslim tanpa pengetahuannya..

So how?

Doaku PadaNya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagiMu ya Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam, Sebanyak selawat dan salam kesejahteraan moga dilimpahkan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw, PesuruhNya yang semulia mulia insan hambaNya juga ke atas ahli keluarga dan para sahabatnya..

Ya Rahman ampunkanlah segala dosa kami kesalahan kami  dosa serta kesalahan kedua ibubapa kami anak cucu cicit kami para muslimin dan muslimat yang dirahmatiMu..

Ya Allah bersama tenggelamnya mentari 31 Disember 2013 tenggelamkanlah segala kesedihan kami Sejukkan hati kami daripada bara hasad dengki dan kemarahan Damaikanlah malam kami Dan bangunkan kami pada 1 Januari 2014 dengan ketenangan fikiran kami dilapangkan dada kami keyakinan yang mantap serta tabah dan sabar dengan segala ketentuanMu dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut dan dipermudahkan segala urusan kami sehingga penghujung 2014 dan berikutnya

Ya Allah Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan kekuatan dan kekukuhan iman, dan janganlah Engkau pesongkan hati dan keimanan kami sesudah Engkau mengurniakan petunjuk dan hidayahMu keredhaan dan keberkatanMu, malah anugerahkan kami rahmatMu agar kematian kami dalam keadaan beriman kepadaMu yang melayakkan kami masukkan kami ke dalam syurgaMu bersama hambaMu yang beriman yang berilmu yang bertaqwa yang bertawakkal yang rajin beramal soleh seikhlasnya keranaMu..Sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Ya Malik akhirilah usia kami dengan kesudahan Husnul Khatimah (yang baik) dan jauhkanlah pengakhiran usia kami daripada suul khatimah (tidak baik).

Ya Razzak kurniakan kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat serta pelihara kami daripada fitnah kehidupan dan kematian juga azab siksa api neraka

Moga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad saw seluruh ahli keluarganya dan para sahabatnya

Segala puji pujian tertentu milikMu Ya Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Aaminn Ya Rabbal 'Alamiiinn