Monday, January 6, 2014

7 Kunci Ketenangan Hati

  Assalam Alaik..

Bismillah..

1. Bergantunglah kepada Allah swt dengan melaksanakan tanggungjawab terhadap diri dan bersikap mandiri (tidak bergantung pada orang lain atau ahli keluarga dalam menjalani kehidupannya)

2. Elakkan dan sebaiknya menjauhi tanggapan buruk sangka terhadap orang lain

3. Masa kini dan akan datang menuntut perhatianmu untuk digunakan sebaiknya.. tiada gunanya menghabis masa menyesali hal yang telah berlalu.. 

4. Dendam kemarahan iri hati dan kebencian .. jauhkanlah semua sikap negatif ini.. bukankah sebelum tidur kita disarankan agar memaafkan .. mula2 memang sukar.. tapi bukan kita sorang sahja mengalaminya.. in syaa Allah andai niat yang ikhlas keranaNya lama kelamaan pasti kita dapat mengatasi kedatangan sikap negatif ini..

5. Buat perancangan dan jadual... hidup berlandaskan halatuju dan sasaran lebih baik berbanding sikap terburu2 dan sambil lewa

6. Cinta hidup dan mati adalah ketentuanNya.. usah dikhuatiri apa yang bakal terjadi akan datang.. Yakin bertaqwa dan bertawakkal padaNya.. Ingat.. DIa Maha Mengetahui .. apa yang terbaik bagi kita..

7. Pintu PengampunanNya sentiasa terbuka luas buat hamba2Nya.. Ketuklah pintu berkenaan dan mohonlah keampunanNya.. Amalan zikrullah beristiqamah sentiasa menghadirkanNya dalam ingatan kita.. Berdoalah merintihlah luahkan segala keluh keresahan dan kesedihan.. Dia teman sejati yang tidak perlu dicari tidak perlu dicurigai tetapi sentiasa setia mendengar...

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment