Thursday, January 2, 2014

Doaku PadaNya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagiMu ya Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam, Sebanyak selawat dan salam kesejahteraan moga dilimpahkan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw, PesuruhNya yang semulia mulia insan hambaNya juga ke atas ahli keluarga dan para sahabatnya..

Ya Rahman ampunkanlah segala dosa kami kesalahan kami  dosa serta kesalahan kedua ibubapa kami anak cucu cicit kami para muslimin dan muslimat yang dirahmatiMu..

Ya Allah bersama tenggelamnya mentari 31 Disember 2013 tenggelamkanlah segala kesedihan kami Sejukkan hati kami daripada bara hasad dengki dan kemarahan Damaikanlah malam kami Dan bangunkan kami pada 1 Januari 2014 dengan ketenangan fikiran kami dilapangkan dada kami keyakinan yang mantap serta tabah dan sabar dengan segala ketentuanMu dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut dan dipermudahkan segala urusan kami sehingga penghujung 2014 dan berikutnya

Ya Allah Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan kekuatan dan kekukuhan iman, dan janganlah Engkau pesongkan hati dan keimanan kami sesudah Engkau mengurniakan petunjuk dan hidayahMu keredhaan dan keberkatanMu, malah anugerahkan kami rahmatMu agar kematian kami dalam keadaan beriman kepadaMu yang melayakkan kami masukkan kami ke dalam syurgaMu bersama hambaMu yang beriman yang berilmu yang bertaqwa yang bertawakkal yang rajin beramal soleh seikhlasnya keranaMu..Sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Ya Malik akhirilah usia kami dengan kesudahan Husnul Khatimah (yang baik) dan jauhkanlah pengakhiran usia kami daripada suul khatimah (tidak baik).

Ya Razzak kurniakan kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat serta pelihara kami daripada fitnah kehidupan dan kematian juga azab siksa api neraka

Moga Allah mencucuri rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad saw seluruh ahli keluarganya dan para sahabatnya

Segala puji pujian tertentu milikMu Ya Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Aaminn Ya Rabbal 'Alamiiinn



No comments:

Post a Comment