Friday, January 10, 2014

U apa? u Turn.. Bukanla.. U J U B

Assalam alaik

Bismillah..

Berikut adalah perkongsian dari petikan FB mengenai U J U B

'Ujub merupakan perasaan kagum pada diri sendiri. Merasa diri hebat sekali. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.. 

Perasaan ujub ini boleh datang pada bila2 masa sama ada kita sengajakan atau tanpa kita sedari.. Selfie yang famous kini.. juga boleh mengundang U J U B.. Antara lain ia juga boleh hadir dalam keadaan berikut...

Orang yang rajin beribadah merasa kagum dengan ibadahnya
Orang yang berilmu merasa kagum dengan ilmunya
Orang yang cantik mengagumi kecantikannya
Orang yang dermawan kagum dengan kebaikannya menderma dan membantu orang
Orang yang berjawatan tinggi berbangga dengan pangkat dan kedudukannya
Orang yang bijak berpidato mengagumi kepetahannya berhujah
Orang yang pandai berkata2 merasa puas dengan celotehannya
Pendakwah pula kagum dengan dakwahnya..

Nauzubillh.. tanpa ku sedari ada juga unsur2 U J U B ini dalam diriku.. Astaghfirullah...

walhal kesemua kelebihan itu atau keistimewaan yang dimiliki adalah milik Allah swt semata2 yang dikurniakanNya melalui kasih sayangNya kepada hambaNya... Adakah kita mensyukurinya.. Syukur kepada Maha Pemberi..

Sufyan at Tsauri mengatakan ujub adalah perasaan kagum pada diri sendiri hingga merasakan diri lebih mulia dan tinggi darjat daripada orang sekeliling.

Muthrif rahimahullah berkata, 'Kalau aku tidur tanpa tahajjud dan bangun dalam keadaan menyesal adalah lebih baik daripada aku bertahajud tetapi merasa kagum dengan amalan tahajud itu tadi'

Seorang sahabat Nabi saw, Abu Ubaidah al Jarrah menjadi imam.. Usai dengan tugasnya beliau berkata,'Syaitan sentiasa menghasut aku supaya aku merasa diri aku ini lebih hebat dari orang dibelakangku. Aku tidak mahu menjadi imam sampai bila2.'

Ingatlah semua kelebihan adalah anugerah Allah swt oleh itu kagumlah hanya kepada Allah swt dan bukannya diri kita sendiri..

Firmannya'Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membanggakan diri'(Sebahagian ayat 36 Surah anNisa)

Nabi saw bersabda,'Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia merasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya(perasan lawa) Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan smpai hari kiamat.'
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi saw lagi, 'Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub dengan diri sendiri.'
(Hadis Riwayat Al Bazzar dan Al Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,'ketahuilah bahawa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya.'
(Syarh Arba'in)..

UJUB ini membuatkan kita hina dipandangaNya.. contoh paling nyata pembawa ujub adalah cermin.. tatkala mencerminkan diri.. cuba buat.. apa perasaan anda?.. astaghfirullah.. teringat citer dongeng omputeh ..Mirri2 of the Wall whose the fairest of All... hahaha..dah menyasarkan diri ni..

wallahualam 

No comments:

Post a Comment