Monday, May 26, 2014

Fitrah kehidupan..

 
Bismillah..
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Setiap jiwa pasti akan merasakan mati sama ada singkat secukup atau panjang usianya di dunia. Sepanjang tempoh kewujudan di dunia ini pasti akan melalui cubaanNya yang menguji ketaatan, keikhlasan etc menerusi pelbagai perintahNya, laranganNya, kebaikan, keburukan, kesenangan, kesusahan, kesakitan, kesihatan dsbgnya.. Ia merupakan sunnatullah kehidupan yang telah ditetapkan.
 
Memetik dari tafsir ibnu Jarir, sahabat ibnu 'Abbas menafsirkan ayat tersebut di atas,
"Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan.. "
Apa pun hanya kepada Allah swt tempat kembali segala jiwa, untuk dipertanggungjawabkan semua perbuatan yang dilakukan zahir dan batin dan menerima balasan setimpalnya. Kita harus tabah dan sabar menghadapinya dan yakin ianya merupakan hal fitrah kerana disebalik setiap ketentuanNya ini  terungkap 1001 rahsia dan hikmah dariNya yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia.  
 
Yang pasti setiap ujianNya, Allah swt telah menyediakan jalan penyelesaian atau jawapan bagi setiap masalah dan ujian berkenaan menerusi AlQuran dan As Sunnah.. terpulang kepada kita untuk mendapatkannya... Allahuakbar...
 
Wassalam...
 
Hanya mampu berdoa untukmu

No comments:

Post a Comment