Friday, December 6, 2013

Jurnal Kehidupan

    
Assalamualaikum alaik..

Bismillah...

Hah.. Jurnal inilah yang dinyatakan oleh Prof dr Muhaya baru2 ini.. buku ini keluaran terdahulu.. yang terbaharu jurnal dalam masa 20 atau 25 hari je..Harganya RM10 sebuah.. In syaa Allah akan dibeli untuk diri dan anak2..Kita ni manusia marhaen.. perlu banyak yang didisplinkan untuk kehdupan ke arah akhlak dan aqidah sebagai hambaNya yang sempurna walaupun bukanlah 100% perfect.. lagi pun sangat sesuai tahun baru akan tiba tak lama lagi.. 

Kata Prof dr dalam jurnal tersebut kita menyenaraikan perubahan yang dirancangkan dan kita akan melaporkan semua yang dibuat setiap hari.. maka sebelum tidur kita audit balik diri kita adakah apa yang dirancang dilaksanakan atau adakah perubahan atau sekadar pembaziran masa yang sia2.. Kita perlu audit juga perubahan yang kita senaraikan..jika berasaskan duniawi pinda lagi agar terarah kepada akhirat.. kita tak tahu esok lusa mungkin ajal menjemput..

Boleh berkesan ke pada kita?.. Kata Prof lagi.. kita perlu yakinkan diri kita.. bagaimana? dengan memberi sepenuh keyakinan kepada Allah swt dan ikhlas beribadah dan menyempurnakan ibadah kita keranaNya in syaa Allah .Yang Maha Berkuasa jua Maha Mengetahui ..segala kebaikan yag dilakukan akan dihijabiNya dan secara tidak langsung juga keburukan atau keaiban diri kita juga akan tertutup..

Setiap hamba Allah  perlu melalui 3 peringkat iaitu pencegahan perawatan dan rehabilitasi.. Yang penting perlu ada kesedaran.. Ni apa yang saya faham dari penjelasan Prof Dr hari tu..sebagai contoh.. saya berperanan sebagai ibu dan bapa perlu 'merawat' diri kerana fasa usia dan persekitaran.. Kitalah insan terdekat yang anak2 akan masukkan dalam senarai role modelnya.. terutama macam saya yang telah memiliki anak remaja.. Bagi yang bekerja makan gaji inilah peringkat dimana pihak atasan menilai kita untuk peningkatan kerjaya atau yang berniaga dengan pertambahan tanggungan perlu mempunyai strategi 'perawatan' yang menganjak kemajuan perniagaan dan macam2 lagi

Terhadap anak2 pula saya perlu melakukan usaha pencegahan.. memastikan persekitarannya selamat kondusif dan yang paling penting memberikan mereka didikan agama yang sempurna agar iman dan amal soleh teguh dalam diri mereka...

Bagi yang mempunyai ibu dan bapa pula.. perlu banyak kesabaran dan kasih sayang walau pun tinggal berjauhan.. cara komunikasi pula semakin mudah dan cepat.. tiada alasan untuk kita meninggalkan orang tua kita sebegitu sahaja.. kita juga akan sampai diperingkat usia mereka in  syaa Allah.. masa ini kita alkan lebih rehabilitasi diri kita sendiri.. lebih memikirkan kehidupan akhirat yang kekal abadi... memperbanyakkan aktiviti atau amal keranaNya..

Tips beliau untuk mengawal perbelanjaan yang sia2 adalah.. ketika kita menginginkan sesuatu.. jangan terus beli. tunggu dahulu selepas seminggu atau selepas tempoh bartendang.. oops bertenang.. yang sewajarnya dan pada masa itu kita dapati ia adalah suatu keperluan maka in syaa allah akan diberkati perbelanjaan berkenaan.. Bak kata Keinginan adalah cerminan nafsu manakala keperluan adalah sifat manusia..

Ada juga disentuh tentang keegoan..menurut Prof Dr dari ego akan menyebabkan seseorang itu sombong dan mewujudkan pesaiangan yang tidak sihat dan seterusnya perasaan dengki atau melonjakkan nafsu untuk mengalahkan orang lain yang dianggap pesaing yang akhirnya menjadi tamak serta haloba yang kesemuanya akan menyebabkan 'hati mati'... nauzubillah..andai kita berada ditahap ini maka sebenarnya tahap kesedaran ketuhanan kita sangat rendah atau '0'..nauzubillah.. semoga allah swt sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya agar kita sentiasa dilandasanNya yang benar..menjauhi kemurkaanNya...Orang yang tinggi egonya ini tiada siapa yang boleh megubah atau menyedarkannya melainkan dirinya sendiri .. sedar akan petunjuk dan HidayahNya yang ada di depan mata sedar bila membaca @mendapat ilmu akan status kekal kita sebagai hambaNya..Prof Dr ada menyatakan 7 kesedaran ketuhanan.. tapi saya rasa baik anda membeli bukunya..Cemburu saya pada prof dr bukan sahaja mempunyai pangkat dan darjat di dunia.. bekalan akhiratnya juga telah dipersiapkan dengan curahan ilmu2nya yang dikongsi bersama orang awam.. Semoga beliau dan ahli keluarganya sentiasa dalam rahmat dan barakah Allah swt .. 




No comments:

Post a Comment