Tuesday, December 10, 2013

Cinta Sejati...

Assalam alaik

Bismillah...

Berikut adala sedikit perkongsian daripada tutur bicara Ustaz Zahazan. Petikan tutur bicaranya yang ingin dikongsikan adalah Ciri Orang Yang Mendapat Cinta Sejati.. Cinta Itu Indah Bukan!..Tapi ia seharusnya diletakkan pada tempat yang sepatutnya...Ustaz senaraikan ciri orang yang mendapat cinta sejati dan saya tambah sket2.. sket je takut lari dari tujuan sebenar..

1. Tawadduk (rendah diri) dengan orang Islam yang lain antaranya sering memberi. Bukan setakat hadiah sahaja, menegur dengan memberi salam, bersedia memberi bantuan saat diperlukan dan tanpa diketahui sentiasa mendoakannya. .

2. Keras kepada orang kafir bukannya keras membatu tetapi bersikap tegas dalam hal berkaitan Islam agar ugama Islam dan orang Mukmin dipertahankan dan terpelihara daripada sebarang bentuk penganiayaan dan tidak dipermainkan..

3. Tidak takut akan celaan orang tapi takutkan murka Allah. Beristighfar sentiasa disamping bersyukur padaNya.

4. Orang yang sedang menikmati cinta sejati ini di samping memelihara kewajipannya kepada Allah swt turut istiqamah melakukan perkara sunah seperti sedekah, solat sunat, puasa sunat dan bermacam lagi.
.
5. Jihad di jalan Allah dalam setiap perbuatan. Setiap pemulaan perbuatan hendaklah dengan lafaz bismillah dan nawaitu kerana Allah swt.


6. Peringatan sentiasa bahawa kita hidup di dunia ini untuk 3 sebab iaitu sebagai hamba Allah, khalifah di bumi dan mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah swt.

7. Banyak membaca surah Al-Ikhlas dengan sempurna dan bersungguh. Surah ini pendek tapi padat maknanya, jika ingin berdoa elok memperbanyakkan bacaan surah ini...

wallahualam..

No comments:

Post a Comment