Thursday, December 26, 2013

Hak Kita dan KalamNya

Bismillah..

Selama 1 jam lebih menonton video syarahan ustaz di you tube..Banyak sangat ilmu yang saya peroleh..antaranya yang paling membuat diri ini sangat kerdil dan merasa sangat jauh ketinggalan adalah tentang AlQuran.. Kita tahu AlQuran adalah panduan kita yang dikurniakan Allah swt sebagai panduan kehidupan kita di dunia.. segala2nya lengkap dalam kandungan firmanNya.. sebab itu ia juga merupakan salah satu Rukun Iman... dari tontonan tersebut walaupun tidak dihuraikan sebab tajuknya lain.. saya tidak pernah sedar tanggungjawab atau hak saya terhadap AlQuran..

Kata ustaz berkenaan ada 5 hak..

1. Beriman kepada AlQuran (mempercayai dan yakin pada kalamNya dsbgnya) dan diikuti 
2. Membacanya dengan sempurna tajwid kemudian,
3. Fahami Tafsirannya... lepas tu
4. Beramal iaitu melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya seperti yang dinyatakan dalam AlQuran yang jelas lagi nyata... dan terakhir..
5. Menyebarkan semampunya..

Hak no 1 in syaa Allah. hak no 2.. hmm khatam banyak kali dah tapi rasanya masih belum sempurna tajwidnya sebab tu masih masuk kelas iqra'...no 3 baru je berjinak2 itupun secara rambang cuba istiqamah setiap hari sekurang2nya 1 muka surat.. belum juga berjaya 100%..kalau cam tu hak no 4 iaitu amal soleh kita belum sempurna sebab hak no 2 dan 3 tidak sempurna lagi..Astaghfirullah...Sungguh jauh lagi pencapaian kehidupanku yang dipinjamkanNya ini.. Sedih..atas kegagalan kelemahan kekurangan dan ketidaksempurnaan... tambah lagi diri ini masih dalam proses mengurangkan hingga sifar peratusan berangan2 lalai cuai leka alpa dan seala sifat yang tidak disukai oleh Sang Pencipta..Hak no 5 walau nampak mudah pada era maya ni lagi mudah terjebak dengan dosa walaupun niatnya murni..Ia juga sangat bergantung kepada sedalam mana ilmu pengetahuan dan petunjuk hidayah dariNya ada dalam diri.. Ya Allah ampunkanlah dosa HambaMu ini andai niat tulusku menyebarkan kalamNya dalam blog2ku kerana Hak no 2 dan 3 pun belum sempurna... 
Wallahualam

No comments:

Post a Comment