Monday, December 16, 2013

Barulah Ambo Tahu..Zikir Sokmo Deh

Assalam alaik

Bismillah..

Memetik daripada tutur bicara Ustaz Dr Abdullah Yassin dalam salah satu ciri eramahnya yang saya ikuti..zikir itu terbahagi kepada 3 kategori...bukan sekadar 


3 kategori berkenaan adalah:

a) Zikirul lisan... tu yang tigo kat ataih tu la dionyo antare zikir lisan.. yang disebutkan oleh mulut.. ada banyak lagi zikir lisan yang sederhana hinggalah terpanjang di dunia..

b) Zikrul Qolbi ... iaitu dalam 'hati' sentiasa ingat pada Allah swt.. x sama dengan hati biologi atau hati 'cinyun' k

c) Zikrul 'Amal ... iaitu apa sahaja yang Allah suruh/perintah dalam AlQuran kita lakukan/laksanakan dan segala laranganNya kita tinggalkan.. Ustaz Dr Abdullah ni mengaitkannya dengan petikan ayat 10 Surah AlJummah..

Firman Allah SWT :

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (10)

Maksudnya : “Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.” (Surah Al-Jumu’ah ayat 10)

Tafsirannya :

Pada ayat ini, Allah swt menerangkan bahawa setelah selesai melakukan solat Jumaat adalah lebih baik (daripada iktiqaf dimasjid - keuntungan sendiri) bertebaran di muka bumi melaksanakan urusan duniawi untuk berusaha mencari rezeki yang halal (memenuhi tanggungjawab dan keperluan diri keluarga dan sebagainya), sesudah menunaikan yang bermanfaat untuk akhirat. Hendaklah juga pada masa yang sama berserah dengan mengingat Allah swt sebanyak-banyaknya di dalam mengerjakan usahanya mencari rezeki itu dengan syarat menghindarkan diri dari perkara kecurangan, penyelewengan dan lain-lainnya, kerana Allah  swt Maha Mengetahui segala sesuatu, yang tersembunyi apalagi yang nampak nyata, 

Usaha mencari rezeki halal di samping mengingati Allah swt itulah yang dinamakan Zikrul 'Amal.. 

Itulah apa yang saya faham ustaz.. kalau salah adalah kelemahan saya sendiri.. masih merangkak menuntut ilmu...jauh lagi perjalanan..


No comments:

Post a Comment