Monday, December 9, 2013

Audit Diri Pilihan Ditangan Kita

Assalam alaik

Bismillah...

Pepagi Senin ni sedang warm up momentum sedikit perkongsia dari tutur bicara Prof Dr Muhaya  '...Kita sibuk menunggu pilihanraya umum, tapi ada buat tak pilihanraya setiap hari? Pilihan raya setiap hari - iman/nafsu,  syurga/neraka, pahala/dosa, taat/murka, Allah redha/Allah murka. Setiap saat, setiap perkara yang kita buat, perlu lalui pilihanraya ini sebagai panduan. ...'

Astaghfirullah.. tak pernah lak terpikir camni.. audit diri pun jarang2 sekali..memang heboh sana sini saat menunggu tibanya pengumuman tarikh pilihanraya..makin rancak saat berkempen.. berdebar semasa hari pilihanraya.. rupa2nya setiap detik tiap saat kita berdepan dengan pilihan demi pilihan..bukan untuk duniawi tetapi akhirat...Jom check n balance sat...

Sambung tutur Prof lagi '...penting ialah imej diri. Siapa rasa dia lawa, pandai, tak pandai? Apa imej di dalam itulah yang akan dapat di luar. Dunia Dalam menghasilkan Dunia Luar. Imej diri menentukan apa yang kita dapat dalam kehidupan. 

Manusia berkualiti mengamalkan 3 perkara:
1. Dengan Allah bertakwa
2. Dengan manusia berakhlak
3. Bila kerja perlu itqaan (buat sehabis baik).'

Haaa..bila dah audit diri barulah boleh amalkan 3 perkara tersebut sebagai pencegahan, perawatan atau rehabilitasi diri.. bergantung kepada peringkat umur sendirila kan..

Jadi untuk amalan no 2 tersebut mungkin kita boleh menerapkan sifat yang dinyatakan oleh Prof ini..
'..Ada 4 sifat yang kita perlu ada setiap hari:
1. hormati semua makhluk Allah
2. bersifat lemah-lembut
3. ikhlas berbuat baik tanpa mengharapkan balasan
4. sentiasa bertanya – apakah manfaat yang boleh diberi kepada orang lain?'

Dalam suatu sesi soal jawabnya pula Prof ditanya soalan ini 
'...motivasi terbaik untuk hindarkan diri dari buat dosa?'

Beliau menjawab
'Ingat mati. Kita ada pilihan raya setiap hari – iman vs nafsu, dosa vs pahala, syurga vs neraka, taat vs maksiat, dan Allah redha vs Allah murka. Saya ingin ‘quote’ apa yang saya dengar daripada kitab Bimbingan Mukminin – disebut ada 5 jenis nafsu tapi saya sempat salin 4 sahaja:
1. Manusia yang suka seronok sahaja – inilah orang yang rugi
2. Manusia yang suka perhiasan sahaja – contohnya, wanita suka menghias sehingga keterlaluan. Kata pepatah inggeris, “Don’t collect stuffs, collect virtues”, terjemahannya, “Jangan kutip barang, tapi kutip nilai”. Sepatutnya kita berusaha membentuk nilai yang baik sehingga menjadi tabiat diri.
3. Sukan berlawan megah – suka membandingkan pangkat suami, keputusan periksan anak-anak, perabot dan seumpamanya.
4. Sibuk mencari harta dan pengikut – sedangkan bila mati, bukan ada pengikut yang akan menemani pun. Pemimpin yang tidak membawa orang dipimpinnya kepada jalan Allah akan bertelagah sesama mereka kelak di akhirat.'..

Saya setuju dengan ayat pertama itu.. ingat kematian kita.. boleh berlaku bila2 masa.. dah bersediake menjadi penghuni kubur yang gelap gelita dalam tanah itu..sepi kicauan burung dan unggas menemani langkah semut mengharungi lingkaran ular menyusuri badan kita.. Ya Allah andai ajal kami menjemput tempatkan roh kami bersama orang yang beriman dan beramal soleh  Aaamiinn....

Nafsu..Menurut Al Qur’an, nafsu (manusia) dikategorikan kepada 3 tahap:

1. Nafsu Ammarah Bissu’
Nafsu ini sangat berbahaya sebab ia terlalu mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama (Surah Yusuf ayat53),“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang mengenal baik dan buruk. Nafsu ini mengarahkan pemiliknya menentang kejahatan, tetapi  jika ia lalai beribadah kepada Allah swt, maka ia akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki nafsu ini tidak stabil atau belum istiqamah dalam mentaati Allah swt dan meninggalkan perbuatan dosa (Surah Al Maidah ayat13) “(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka merobah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”

3. Nafsu Muth Ma’innah
Nafsu yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Nafsu ini telah mendapat rahmat Allah swt dan manusia yang mendapatkan nafsu ini akan mendapat redhaNya di dunia dan akhirat. Orang ini dikatakan akan Husnul Khatimah di akhir hidupnya sebagai pintu menuju syurga Allah swt (Surah Al Fajr ayat27-30) “Hai jiwa yang tenang. – Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. – Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, – dan masuklah ke dalam surga-Ku.”

wallahualam... ambillah yang baik untuk diri kita.. 

No comments:

Post a Comment