Wednesday, October 23, 2013

Kematian itu Pasti

Assalam alaik.. Bismillah

Hari ni sahaja saya mendapat khabar berita 2 hamba Allah yang telah dipanggil kembali padaNya.. Innalillah... Bila bertalu2 berita seumpama ini berlaku di sekeliling kita terasa hampir sangat diri sendiri dengan kematian.. Sudahkah diriku bersedia?.. Berdebar.. Tubuh menggigil.. takut akan azabNya..

Yang pasti mereka2 yang ditimpa musibah ini pasti merasa sangat sedih dan kecewa. Saya sangat memahami kerana pernah dan masih merasakan.. Tiada penawar dapat menghilangkannya melainkan menambahkan amal mengingati dan bersyukur padaNya.... Apakan daya segala dugaan dan musibah itu kehendak dan ketentuanNya...siapalah kita.. hanyalah hambaNya.. ibu ayah adik abang anak suami isteri harta hatta otak dan anggota badan sendiri pun hanyalah pinjaman dariNya..  Bila telah sampai masa seperti yang tercatat olehNya tidak awal sesaat atau lewat sesaat pun ia berlaku tepat pada masa ditetapkan...


Maka dengan sisa waktu yang sedikit ini.. jom kita mempertingkatkan amalan dan sedekah..semudah2 amal yang sangat banyak (rukun islam dan iman mesti terpelihara la) zikrullah manakala semurah2 sedekah niatkan pahala sebutan zikrullah kepada kedua ibubapa atau pun sedekah paling mulia adalah selawat ke atas Nabi Muhammad saw dan ahli keluarganya...
..
Wallahualam

No comments:

Post a Comment