Monday, October 21, 2013

Urkkss... S A K A !

Saka adalah istilah digunakan tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada gangguan spiritual ke atas manusia yang mengaitkannya dengan makhluk kononnya berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang diamanahkan menjaga atau bersahabat dengan orang tersebut. Gangguan ini dikenali gangguan makhluk halus.

Mangsa saka biasanya anak sulong atau anak bongsu atau anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah titik permulaan kehadiran saka berkenaan. 


Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila si pewaris diganggu secara sihir. 

Dalil
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran.
Firman Allah swt maksudnya,
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin ayat 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut.

Pertalian Jin Dan Saka
Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.
Dalil dari Abu Tha'labah berkata, 'Rasulullah saw bersabda, ""Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Cari cermin.. Kita Pemilik Saka?

Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi caranya diragui dari sudut syariat, antaranya:


1.   Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. 

2.   Pembawa saka berupaya mengubati orang lain, tetapi menggunakan jampi berunsur syirik atau jampi mentera yang kabur bahasanya langsung tidak dapat difahami.

3.   Kebolehan Pengamal pengubatan yang datangnya dari saka sering melakukan perkara bertentangan dengan syariat.

4.   Ada juga terdapat di kalangan mereka/pengamal pengubatan yang memperolehi ilmu pengubatan melalui mimpi tanpa belajar.

Bilo plak Maso ko Pindah Ni?
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru di kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu.

Calon2nya.... Sasaran Saka
  • Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya.
  • Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama.
  • Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa.
  • Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan.
  • Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya.
  • Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. 
  • Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah swt.
Petanda yang harus diberi perhatian.. adakah anda...? Petunjuk seorang itu ada saka:
1. Gejala pada waktu tidur:
  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
  • Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
  • Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.
2. Gejala pada waktu jaga:
  • Selalu pening atau rasa sakit pada anggota badan, doktor pula tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  • Selalu lalai daripada mengingati Allah swt.
  • Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
  • Sering lesu dan malas.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  • Lenguh di sendi utama.
  • Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. 
  • Terasa terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
  • Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
  • Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
Sebaiknya berjumpa dengan perawat. Selidik dengan teliti masalah yang melanda kerana terkadang gangguan saka dan sihir berkaitan di antara satu sama lain. Jangan sekali-kali menyalahkan sesiapa tetapi berikhtiarlah untuk menghapuskan saka tersebut dengan kaedah Islam. Tingkatkan keiman dan perbanyakkan amalan soleh supaya mendapat lindungan dan pertolongan Allah swt.
Jangan sekali-kali mencari penawar atau rawatan yang bercanggah dengan syarak yang boleh menjerumuskan ke lembah syirik. Berubat dan beramal. Jangan putus asa jika masih belum berhasil mengatasi masalah gangguan saka. Terus berikhtiar dan memohon kepada Allah swt.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah swt yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.

penghargaan: http://www.penawar.com, http://pengamalperubatan.blogspot.com, http://dsyifamentakab.blogspot.com, 

No comments:

Post a Comment