Thursday, October 31, 2013

Qunut Doa Dinihari

Assalam alaik..

Bismillah...

Dalam solat fardhu 5 waktu yang diwajibkan ke atas orang Islam...hanya dalam solat Subuh ada bacaan doa yang kita ketahui sebagai doa Qunut... Ingat masa kecil memula belajar solat.. doa Qunut ni susah nor nak dibaca... Namun yang menariknya di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi (waktu menunaikan umrah) tiada doa Qunut dibacakan pada rakaat kedua selepas rukuk seperti yang kita amalkan di Malaysia..Hmmm..

Inilah Doa Qunut yang kita baca kan..

 Doa Qunut Ketika Solat

Tahukah maksud Doa yang kita baca sekali setiap hari ini.. Paparan ini adalah untuk pengetahuan pemahaman dan peringatan kepada saya yang saya nak kongsi bersama dalam blog ini.... Maksud Doa Qunut dalam bahasa...

Ya Allah, berilah daku petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkan daku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, 
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya 

Subhanallah hebat lengkap sempurna.. pepagi seawal Subuh Allah swt telah menyediakan doa ini untuk kita berdoa kepadaNya .. tak perlu susah2 fikir ayat. lain dah....yelah bangun pun kalau dah lewat habis nak habis waktu..Sayangnya Allah swt pada kita..

* Tetapi berhati2 ye.. andai kita berjemaah di rumah.. ada beberapa perkataan dalam doa ini perlu ditukarkan oleh mereka yang menjadi imam. Selaku imam, pada kalimah berikut hendaklah ditukar  
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
"Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"

Manakala sebagai makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Aamiiin sahaja.

Andai terlupa membacanya bagaimana?.. Memandangkan membaca Doa Qunut merupakan perkara 
sunat muakkad(yg di haruskan/di anjurkan) menurut ahli fiqih mazhab Syafi'i. Ertinya, jika doa qunut pada saat solat subuh ditinggalkan atau tertinggal, tidaklah membatalkan solatnya, namun disunatkan melakukan sujud sahwi. iaitu selepas bacaan tahiyat akhir dan sebelum salam hendaklah kita sujud dua kali dan melafazkan dalam sujud itu:

 
Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa


Apa pun ikuti Penjelasan ayat per ayat dari Doa Qunut ini
[اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ]


Ya Allah berilah daku petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk.
“berilah daku petunjuk”
Di awal doa Qunut lagi kita telah memohon kepada Allah swt agar mengurniakan petunjuk kepada kita. Petunjuk berbagai sudut seperti ilmu yang bermanfaat dan ibadah amal soleh. Ilmu sangat luas tetapi yang diminta adalah yang boleh membimbing kita untuk memahami dan membezakan antara yang benar dan salah, memyisihkan jalan kesesatan penuh ranjau daripada jalan kebenaran yang lurus, ilmu yang memberikan semangat untuk melasanakan amalan kebenaran.
“sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk”
Kita mengaitkan kenikmatan hidayah yang telah Allah swt kurniakan kepada orang lain. Kita memohon hidayah kepada Allah swt sebagaimana Allah swt telah memberikan hidayah kepada hambaNya lain.
Kalimah 'sebagaimana' ini yang sering diistilahkan dengan tawassul bi fi’lillah, tawasul dengan perbuatan Allah swt, iaitu memberi petunjuk kepada siapa saja yang Dia kehendaki. Ingat tak tawasul yang sama kita lafazkan dalam solawat di tahiyat akhir solat kita iaitu
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم


“Ya Allah berilah solawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi solawat kepada Ibrahim…”
[وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ]
“Berilah daku afiat(keselamatan/kesejahteraan), sebagaimana orang yang telah Engkau beri keselamatan”
Selanjutnya kita memohon pula agar diberi afiat, keselamatan dan kesejahteraan agar terhindar  dari segala penyakit, zahir mahupun batin terutamanya penyakit hati. Penyakit hati ada 2:
a. Syahwat:  keinginan untuk menyimpang dari kebenaran dan kehalalan kerana dorongan hawa nafsu terhadap harta, tahta, kemasyhuran maupun wanita. 
b. Syubhat: pemikiran sesat dan buruk sangka yang masih menguasai benak seseorang, sehingga menghalangi dirinya memilih atau melihat jalan kebenaran.
[وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ]
"Jadilah wali bagiku, sebagaimana Engkau telah menjadi wali bagi hamba-Mu yang Engkau kehendaki."@"Peliharalah/pimpinlah  daku seperti orang yang telah Engkau pelihara/pimpin"
Wali adalah kekasih yang akan menjadi pelindung, penolong, memperhatikan keadaan orang yang Dia kasihi. Ketika Allah swt menjadi wali yang istimewa bagi seorang hamba, maka Allah swt akan sangat memperhatikan si hamba ini, mengarahkannya ke jalan yang lurus, menyelamatkannya dari segala ujian dunia dan akhirat.
Allah swt berfirman,
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ
Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah thagut (setan), yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). (Surah. Al-Baqarah ayat 257)
[وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ]
"Berkahilah untukku terhadap apa yang telah Engkau berikan kepadaku"
Berkah berasal dari kata birkah iaitu tempat luas yang menampung air. Dari asal kata ini, para ulama mengatakan, berkah adalah kebaikan yang banyak dan bersifat berterusan. Kita memohon kepada Allah  swt agar memberikan kebaikan yang berlimpah, dalam nikmat kurniaanNya.
[وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ]
"Lindungilah daku dari keburukan/kejahatan yang telah Engkau tetapkan/takdirkan"
Takdir perlu dilihat dari 2 perspektif berbeza iaitu Ketetapan Allah swt dan Sesuatu yang Allah swt tetapkan.
Ketetapan Allah swt adalah kebiasaanya perkara yang baik sahaja kerana ia berlandaskan kepada 2 prinsip iaitu Keadilan atau Kurnia. Tetapi 'Sesuatu yang Allah swt takdirkan' terdiri kepada hal yang baik dan tidak baik dan inilah yang dipohn dalam ayat tersebut. Takdir baik seperti ditakdirkan lahir sebagai mukmin, dilapangkan rezekin, diberi rasa aman bahagia dan apa jua bentuk kurniaannya. Sebaliknya, takdir buruk ditetapkan Allah swt boleh merangkumi apa sahaja.. nauzubillah .. semoga kita terpelihara dari murkaNya.
[إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ]
"Sesungguhnya hanya Engkau sahaja  yang menetapkan dan tidak ada suatu  pun berkuasa yang menjatuhkan ketetapanMu"
Allah swt  satu-satunya Dzat yang menetapkan segala sesuatu. Dia pemilik kekuasaan yang sempurna. Tidak ada yang memaksa Allah swt untuk menetapkan takdir, tiada yang berkuasa menjatuhkan keputusan Allah swt. Dalam urusan takdir, misalnya  kita tidak boleh bertanya-tanya, mengapa Allah swt menetapkan takdir demikian dan mempersoalkan apa alasan Allah swt membenarkan iblis mernyesatkan manusia dsbgnya..
Allah swt  tegaskan dalam firmanNya pada Surah AlAnbiya petikan sebahagian ayat 23,
لا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
“Dia tidak ditanya terhadap apa yang Dia tentukan, namun merekalah yang ditanya (atas perbuatan yang mereka lakukan).” 
[وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ]
"Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu."
Setelah memohon kepada Allah swt agar Dia menjadi wali (memimpin) kita. Ayat ini merupakan pujian bagiNya, bahawa tidak akan terhina orang yang telah dipimpinNya. Seawal pagi kita telah berdoa untuk mendapatkan keredhaan dan kemuliaan Allah swt  agar kita dipimpinNya menjadi waliNya dan bukan musuhNya. Jadi  siapakah wali Allah?
Allah swt tegaskan menerusi kalamnya di Al-Quran Surah Yunus ayat 62-63,
أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ* الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
Ingatlah, Sesungguhnya wali Allah itu, tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ( – ) (iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. 
Syaikhul Islam mengatakan,
من كان مؤمناً تقياً، كان لله ولياً
“Siapa saja yang beriman dan bertaqwa maka dia menjadi wali Allah.” iaitu beriman dalam hatinya dan menampakkan pengaruh imannya dalam tingkah lakunya semata2 kerana Allah swt.
Saya ada mendengar dan mengetahui orang yang jarang solat apatah lagi berjemaah di surau dan masjid, alah mayat, berguru dan mengaku menerima wahyu, ada khadam dan boleh mengubati  orang. Kalau dari kalangan ahli keluarga terdekat saya akan benarkan pengakuannya tapi dalam diri saya pengakuan bahawa dia adalah wali setan yang sesat lagi menyesatkan dan tidak layak menjadi wali Allah. Nauzubillah.. hanya Allah swt yang boleh mengembalikannya ke jalan kebenaran...andai Dia masih belum murka.
[وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ]
"Tidak akan mulia orang yang memusuhiMu."
Siapapun yang menjadi musuh Allah swt, dia tidak akan mulia di dunia dan akhirat malah hanya mendapat kehinaan kefakiran dan kerugian.
مَنْ كَانَ عَدُوّاً لِلَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ
Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, Maka Sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 98)
Ayat ini menunjukkan semua orang kafir adalah musuh Allah swt dan semua orang kafir berada di tingkatan terhina. Berhati2lah kerana Rasulullah saw melarang kita untuk memanggil orang kafir dengan panggilan kehormatan, sanjungan, atau yang semakna dengannya. Sabda Baginda saw,
لَا تَقُولُوا لِلْمُنَافِقِ سَيِّدٌ، فَإِنَّهُ إِنْ يَكُ سَيِّدًا فَقَدْ أَسْخَطْتُمْ رَبَّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ
‘Jangan kalian menyebut orang munafik: Sayid (tuan), karena jika memang dia tuan, kalian telah membuat marah Rab kalian.’ (Hadis Riwayat Ahmad 22939 dan Abu Daud 4977 dan perawinya dinilai sahih oleh Syuaib Al-Arnauth).
[تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ]
"Maha Mulia Engkau wahai Rab kami, dan Maha Tinggi."
Di penghujung doa qunut, kita memuji Allah swt dengan 2 sifat muliaNya,
a. Sifat ‘Tabaruk’, ertinya kita mengakui Allah ahlul barakah (sumber berkah). Tabaarakta bererti Engkau Ya Allah adalah Dzat yang banyak kebaikannya, sangat luas dan menyeluruh kebaikannya, mencakupi seluruh makhluk
b. Sifat ‘Al-Uluw’; Maha Tinggi. Allah Maha Tinggi DzatNya dan sifatNya.
Maha Tinggi DzatNya, bererti Dzat Allah swt berada di atas seluruh makhlukNya, dan terpisah dengan seluruh makhlukNya. Allah swt tersucikan dari keadaan menyatu dengan makhlukNya.
Maha Tinggi sifatNya, bererti Allah swt memiliki sifat yang sangat mulia di puncak kemuliaan. Sempurna Tidak ada satu pun yang kurang mahupun  cacat pada sifat Alla swt.
[Disadur dari Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 14/88 – 96].
[وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ]
"Tidak ada tempat selamat dari (hukumanMu), kecuali dengan bersandar kepadaMu"/"Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan."
Selanjutnya kita memuji Allah swt mengakui betapa Maha Berkuasa Allah swt tidak ada satupun makhlukNya yang boleh selamat dari hukumanNya atau ujianNya, kecuali mereka yang bersandar kepada Allah swt.

Dianjurkan untuk membaca solawat ketika mengakhiri doa.. termasuk juga doa qunut. Demikianlah  kebiasaan para sahabat di masa silam.

Penghargaan juga kepada Ustaz Ammi Nur Bait, Zahir Accounting dan Ahliherbal.com. 


No comments:

Post a Comment