Thursday, October 31, 2013

Hikmat Di Balik Birai Usang

Aku mengamati semua sahabat, 
Tidak berjumpa pun seorang sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidahku. 

Aku memikirkan tentang semua pakaian di dalam almari dan di internet,
Hampa kerana tidak berkenan sehelai pakaian pun yang lebih cantik daripada takwa kepada Allah swt. 

Puasku memikirkan tentang segala jenis amal baik yang boleh dilakukan, 
Namun tiada ketemu suatu amal yang lebih baik daripada istiqamah mencoretkan entri kebaikan bekalan akhirat.

Aku berusaha untuk meraih segala bentuk rezeki yang halal buat sesuap nasi, 
Rupanya tiada rezeki yang lebih berharga daripada kesabaran terhadap ujianNya.


No comments:

Post a Comment