Monday, October 28, 2013

Izhar Itu Jelas Lagi Nyata

IZHAR HALQI(terang, jelas, nyata)

Huruf Izhar Halqi ada enam iaitu Hamzah( ء ), Haa( ه ), Ain( ع ), Ha( ح ), Ghain( غ ) Kha( خ ).  

Izhar dari segi bahasa bermaksud terang atau nyata. Dari istilah ilmu tajwid, ia bermaksud mengeluarkan tiap-tiap huruf dari tempat keluarnya tanpa dengung dan saktah. Ini bermakna, apabila Nun Mati/sakinah  (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan huruf izhar sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah, hendaklah bacaan atau sebutan perkataan itu diizharkan atau dijelas nyatakan bunyi nun mati atau tanwinnya tanpa dengung.
           
Oleh kerana semua huruf izhar tersebut tempat keluarnya daripada halkum, maka hukum izhar ini dinamakan dengan nama Izhar Halqi. Tambahan pula, kedudukan makhraj adalah di rongga kerongkong (halkum) yang terletak paling jauh dengan kedudukan makhraj huruf nun (yang dimaksudkan di sini - nun mati dan tanwin), maka diwajibkan izhar ke atas huruf-huruf ini.

Setiap huruf izhar ini  pula terbahagi kepada 3 tingkatan:

1.       كبرى Kubra (Paling kuat).
Hurufnya adalah Hamzah dan Haa( ء – ه ).Ini adalah kerana kedudukan kedua-dua huruf ini adalah yang paling jauh dan paling dalam di bahagian kerongkong (halkum) menjadikan hukum izhar padanya yang paling kuat atau paling jelas.

2.       وسطى Wusto (Sederhana).
Hurufnya adalah Ain dan Ha( ع – ح ).Makhraj kedua huruf ini pula terletak ditengah-tengah antara tingkatan izhar yang lain menjadikan tingkatan izharnya lebih bersifat sederhana.

3.        صغرى  Sugra (Paling Lemah). Hurufnya adalah Ghain dan Kha (( غ – خ Makhraj kedua huruf ini terletak di bahagian awal kerongkong, menjadikan tingkatan izharnya yang paling lemah dan rendah.

Cuba cari idzhar halqi pada ayat 102 Surah AlBaqarah ini..


Saya jumpa di 6 tempat .. anda bagaimana.. 






No comments:

Post a Comment