Monday, October 28, 2013

Lindungilah Kami dan PadaMu Kami Berserah .

Setiap kali selepas solat Maghrib dan solat Subuh atau pada waktu pagi dan petang sebelum Keluar Rumah/Dari Tempat kerja/Perjalanan Jauh/Pergi Bercuti ayat2 berikut dibaca (3x) setiapnya


'Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga dilangit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'

Diikuti dengan bacaan idari Surah At Taubah Ayat 129 ini sebanyak (7x) 


'Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar. '

Lebih bagus diamalkan sekali bacaan Surah At Taubah Ayat 128 dan 129 dalam wirid selepas solat Subuh dan Maghrib yang berikut,


'128: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

129: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.'

Mudah2an doa kita dimakbulkan dan diri kita serta ahli keluarga  sentiasa dalam perlindunganNya... 

Andai kesuntukan masa atau sebagainya cuba kita tenung kembali sabda Rasulullah saw bermaksud,
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Penghargaan:  ResepiRahsiaku.com



No comments:

Post a Comment