Monday, October 21, 2013

Sabar MentaatiNya

Assalam alaik..

Bismillah..

Jalan menuju Allah swt adalah laluan yang penuh dengan rintangan dan dugaan. Sedangkan jiwa dan hati itu sukar dijinakkan untuk istiqamah terhadap perintahNya. Maka jika kita ingin terus atau kekal di atas landasan istiqamah tahap kesabaran haruslah kukuh  dan teguh...

Sabar dalam ketaatan mencakupi 3 perkara iaitu,


Sabar sebelum melakukan ketaatan tersebut bagaimana ya?.. Dengan niat yang benar ikhlas dan bersih dari riya'..


Sabar ketika melakukan ketaatan seperti tidak lalai dalam ketaatan padaNya dalam melakukan amal ibadah suruhanNya dan menjauhi sifat2 malas dan kikir..

Sabar setelah beramal..iaitu tidak menjadi takjub dengan dirinya sendiri dan
menampakkan apa yang ia miliki dalam rangka sum'ah (Perbuatan seseorang 
yang menceritakan amalan-amalannya agar didengar oleh orang lain lalu mereka memujinya.) dan riya'. Kerana disebabkan sifat ini segala kebajikan dan pahala amalannya terhapus...

Contoh sabar dalam ketaatan kepada Allah swt adalah 


Sabar dalam menuntut ilmu, dalam mengamalkan ilmu tersebut dan dalam mendakwahkannya di jalan Kebenaran..

Cuba kita lihat semula firmanNya yang bermaksud,
'Demi masa sesungguhnya seluruh manusia benar2 berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman beramal soleh saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati untuk menetapi kesabaran.' (surah Al Asr' ayat 1-3).

Melalui kalamNya ini Allah swt menyatakan dengan jelas bahawa manusia itu berada dalam kerugian kecuali mereka yang memiliki atau memastikan 4 sifat iaitu,


Beriman. Mempercayai dan meyakini kepada perkara yang diperintahkan Allah swt. Bagaimana pula keimanan boleh lahir dan wujud dalam diri kita andai kita tidak berilmu?


Beramal soleh. Beramal mencakupi segala perkara kebajikan dan kebaikan sama ada secara zahir ataupun batin demi memenuhi hak2 Allah swt seikhlasnya atau sebagai hambaNya khususnya ibadah wajib dan diikuti ibadah sunat bukannya sekadar memuaskan hak2 sebagai manusia.


Saling menasihati dalam kebenaran (beriman dan beramal soleh) bersungguh2 keranaNya..


Saling menasihati agar kekal bersabar dalam ketaatan kepada Allah swt sabar menjauhi maksiat dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaanNya serta takdir KetentuanNya 


wallahualam..

No comments:

Post a Comment