Monday, October 21, 2013

Dengan izinNya dia hadir kepadaNya jua dia kembali

Assalamualaikum salam sejahtera warga alam maya

Bismillah...

Semakin hari semakin bertambahnya usia kita.. sejak dilahirkan dari terbaring meniarap merangkak duduk berjalan berlari bersuara dan sebagainya.. Subhanallah sangat hebat kurniaanMu pada hambaNya..Alhamdulillah sebanyak pujianMu terhadapMu....



sedar tak sedar.. usia sudah menghampiri pelabuhan senja... Puaskah hidup di dunia yang penuh dengan segala keindahan kurniaanNya ini?.. Bukan itu tujuan kehidupan kita di dunia kan?..Sebaliknya kita akan mula menghitung adakah amalan ibadah sudah sempurna adakah cukup amal kebajikan untuk dibawa bersama.. tak berani! mengapa.. sebab sedar bahawa diri ini banyak sangat kekurangan dan kelmahan dsbgnya.. Astaghfirullahal 'azim wa atubu ilaik...saat2 terakhir hanyalah zikrullah pengisi tiap waktu peneman diri... insaf bagi yang menyedari dunia hanyalah sementara dan bertuahnya mereka yang diberi petunjuk dan hidayah akan 'kepuraan' dunia ini..




Baru semalam menziarahi ahli keluarga terdekat di hospital. Melihatnya diri seolah2 tahu telah sampai masanya ditambah terpaan rasa sayu dan hiba yang amat.. teringat kembalinya seseorang yang sangat ku sayang seolah2 sama... tetapi tidak berani berkata.. ajal maut ketentuan Ilahi kita tidak mengetahui.. Pagi ini dikejutkan dengan berita kembalinya beliau ke rahmatullah... innalillah..Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehan dan anbiya'..Semoga segala amal kebajikannya di dunia menjadi bekalan akhiratnya,,, Ya Allah ampunkan segala dosa2nya dan dosa2 kami yang nyata dan tersembunyi yang disengajakan dan tidak disengajakan dari sejak dilahirkan hinggalah saat roh kami kembali padaMu... Aaamiinnn. 

No comments:

Post a Comment