Tuesday, November 26, 2013

Uhibbuki fillah

Uhibbuki fillah?”

Ohh maksudnya “Mencintaimu kerana Allah swt,”.. wow bestnya.. penyatuan dua hati kerana PenciptaNya.. adakah ini dinamakan jodoh..

Walau berbelit ramai yang boleh menyebut dan mewarwarkannya...Realitinya indah khabar dari rupa kerana lumrah manusia menggarapkan fitrah berkasih sesama insan yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau ini mencetuskan perasaab atau istilah ‘dia milik aku’ sahaja.. Sebab itu pasangan suami isteri sekarang panggil pasangannya sayang darling dan sebagainya.. tengoklah selepas setahun dua tahun dan paling lama 5 tahun andai pasangan ini tidak muhasabah status sebenar perkahwinan dalam islam.. banyak 'kekecohan' berlaku...

Siapa kita untuk memiliki? Rezeki dari Allah swt Nafas kehidupan milik Allah swt Walau mulut berkata telinga mendengar mata melihat bahawa Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Hakikatnya berapa ramai antara kita benar2 sedar dan insaf.  Ibu Bapa Anak Pasangan Sahabat Bos Rakan Sekerja..milik kita kah? Nope,,Bukan milik kita.  Sebba itu bila ada dikalangan yang dinyatakan itu atau ahli keluarga terdekat yang kembali ke rahmatullah ramai yang hilang pertimbangan.. sebab 'milik kita' telah tiada..

Sebab itu Allah swt berfirman: “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.” (Surah al-Hujuraat ayat 10) iaitu sesama kita hanyalah ada tali persaudaraan yang pemiliknya adalah Allah Yang Maha Esa..

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
'Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
'(Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Itulah hakikatnya segala konflik atau dugaan kenikmatan yang hadir dalam kehidupan seorang manusia merupakan qada’ dan qadar (ketentuan) daripada Allah swt. Kita sesuai sebagai sekadar hambaNya, sangat perlu untuk sedar dan menerima hakikat bahawa sesungguhnya antara tujuan penciptaan manusia adalah untuk diuji dan dinilai oleh Allah swt..
Oleh itu sayang menyayangi dan berbelas kasihan sesama hambaNya atas dasar persaudaraan dan bukannya Uhibbuki fillah.. kerana CINTA ITU 1 dan Cinta itu hanyak layak disandarkan kepada Allah swt..

penghargaan: .iluvislam.com

No comments:

Post a Comment