Friday, November 15, 2013

7 Sunnah Nabi

Assalam Alaik

Bismillah.. entri ni dah lama nak dimasukkan tetapi asyik tertangguh je... menjak2 mata dah tak berapa ni.. namun kebetulan menjadi tajuk tazkirah plak kat 'surau' terbuka pagi yang basah2 tadi..

7 (alahai no 7 lagi) sunnah Nabi Muhammad saw setiap harinya.... Andai kita mengakui mencintaiNya pasti kita juga akan berebut melaksanakan apa2 yang Nabi junjungan kita Baginda Rasulullah saw lakukan setiap hari..jeng..jeng..jeng..

  Tahajjud. Kemuliaan seorang mukmin terletak padanya. In syaa Allah jika beristiqamah dan ikhlas keranaNya doa mudah dimakbulkan dan usaha kita menghampirkan diri padaNya.

 . Membaca AlQuran sebelum terbit matahari.. Istiqamahkan diri kita celik mata dari tidor je..bacalah ayat2 suci alQuran atau kalamullah.. paling2 terdesak pun surah 3 qul atau ayat Qursi.. asalakan dengan penuh pemahaman apa yang dibacakan tadi..

Solat Subuh berjemaah di masjid.. Itulah seharusnya ldestinasi pertama tiap hari memulakan perjalanan keluar rumah.. (sesuai untuk gents yea..... tak disarankan org pompuan. esp anak2 dara... sebab tergediks2 sangat berjalan bedebap tersungkur.. adohhh).. Masjid adalah pusat keberkahan bukan untuk menunjuk2 bukan disebabkan merduanya suara muatzin bukannya disebabkan kehadiran Ustaz don Daniyal atau UAI tapi disebabkan paggilan atau ajakan atau perintah Allah swt kepada hambaNya yang beriman agar memakmurkan masjid Allah swt.. Ni tidak dengar je azan terus tarik selimut walaupun habitat tidur tak berselimut tekup bantal kat telinga dan sebagainya...apa dah jadi..

 Laksanakan solat Dhuha.. Solat ini dikaitkan dengan rezqi seseorang.. Pendapat mengatakan solat sunat ini merupakan kunci rezqi dan sesiapa yang benar2 yakin dan sempurna solat dhuhanya akan merasai dasyhatnya nikmat limpahan rezqi sang Pencipta.

 Bersedekah esecara istiqamah setiap hari.. Nilai wang bukan ukuran sedekah bukan dalam bentuk wang sahaja. senyuman itu sedekah.. Anda dah bersedekah hari ni?.. Allah swt sangat menyukai hambaNya yag suka bersedekah.. ingat yea ..rezqi kita pun dari dan dengan keizinannya jua.. Malaikat juga selalu mendoakan orang yang bersedakah itu tiap hari.. Ini baru yang ghaib satu pemberian dapat balasan 2 (kasih Allah swt dan doa malaikat.. ini pun tak terhingga nilai balasan yang kita peroleh).. balasan daripada orang yang kita dermakan itu (mungkin mereka mendoakan kita) atau orang disekeliling yang mengetahui secara sengaja atau tidak sengaja.. 

 berterusan dalam keadaan berwudhu'.. Khalifah Ali bin Abu Thalib berkata, ' Orang yang selalu dalam keadaan wudhu' akan merasa seolah2 dirinya selalu solat sedangkan waktu itu dia tidak solat.. dan malaikat menjaganya dengan 2 doa kepada Allah iaitu diampunkan dosa2nya dan memperoleh kasih sayang Allah.'

  Istighfar setiap saat... Mudah2an dosa2 kita diampuni dugaan yang dihadapi terasa ringan dan dipermudahkan penyelesaiannya dan mendapat perlindungan Allah swt... jika diikuti dengaan zikrullah.. lebih baik lagi.. lebih baik membasahi bibir dan menghujani hati dengan zikrullah agar hasad dengki cemburu prasangka buruk dan segala sifat2 munafik dijauhi.. 


No comments:

Post a Comment