Thursday, November 28, 2013

Jom berwakaf..

Dari Abu Hurairah  ra, Rasulullah saw bersabda,
“Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya”
(Hadis Riwayat Muslim)

Assalam alaik

Bismillah..

Sengaja entri kali ini awalnya  saya letakkan hadis berkenaan..Berfikir seketika.. umur semakin hampir separuh abad.. anda seketika nanti ajal menjemputku.. apakah cukup bekalan sedangkan dosa2ku menggunung.. astaghfirullah.. ok back to hadis di atas.. agak2nya ada tak amalan berterusan andai ku mati kejap lagi?.. anak?.. masih kecil belaka... hmm strike one... ilmu yang dimanfaatkan.. errr.. setakat ni memang menyampaikan ilmu tapi rasanya berkaitan duniawi je.. strike another.. left one more.. adoi... sedekah jariah.. boleh la kot.. senyum juga sedekah kan.. tapi cukup ke sebagai bekalan.. orang ingat ke senyum kita.. muka macam bontot belanga.. aishhh..kot macam celebrity tu lainlah.. dalam tdor pun boleh mengigau..ohh tak pe wakaf yea..hmm sempat ke tunggu esok.. tak pe kita cari ilmu wakaf dulu..

Ini petikan daripada sakinaabaya.blogspot.com..(penghargaan atas ilmu dikongsikan)

Definasi wakaf dari sudut bahasa :
Al-Waqf  bermaksud harta yang diwakafkan
Al-Habs  bermakna harta itu ditahan
Al-Mana’ bermaksud dihalang

Manakala dari segi syarak :
Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah swt. 

Wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:
i) Wakaf Ahli (wakaf keluarga)
wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

ii) Wakaf Khairi (Wakaf Kebajikan)
Wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.
Wakaf am bermaksud  sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hokum syarak.
Wakaf khas pula bermaksud  wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hokum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.

Firman Allah swt pada Surah Al-Baqarah, ayat 261,
'Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Maha Mengetahui.'

FirmanNya dalam Surah Al ‘Imran, ayat 92,
'Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'

Tahukah anda?
Hadis dari Ibni Umar ra dia berkata, Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi saw untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya ,
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka sabda Rasulullah saw kepadanya,
“Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.

Imam Al-Qurthuby berkata: Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (sudah disepakati) di antara para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Fathimah, Amr ibn Al-Ash, Ibnu Zubair, dan Jabir, seluruhnya mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah mahupun di Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai. (Rujuk: Tafsir Al-Qurthuby: 6/339, Al-Mustadrah 4/200).

Jabir berkata: Tiada seorangpun dari sahabat Nabi yang memiliki kemampuan dan kelapangan rezeki, kecuali pasti pernah mewakafkannya. (Rujuk: Al-Mughni 8/185, Al-Zarkasyi 4/269).

Imam Tirmidzi menyatakan: Wakaf telah diamalkan oleh para ulama, baik dari kalangan sahabat Nabi mahupun yang lainnya, saya tidak melihat ada perbezaan pendapat di kalangan ulama mutaqaddimin tentang bolehnya wakaf, baik wakaf tanah mahupun wakaf yang lain.? (Rujuk: Sunan Tirmidzi 5/13 setelah hadits no. 1375).

Ya Allah sempatkanlah usialu sehingga esok hari agar hasratku mengunakan wang titik peluhku (penjawat awam dan swasta gaji dah masukkan?) untuk tujuan wakaf atau fisabilillah..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment