Tuesday, November 26, 2013

Andai Di Syurga.. Payung Emas Tiada nilainya...

Assalam..

Bismillah..

Berikut saya paparkan petikan2 maklumbalas tentang pernyataan bahawa isteri yang mengizinkan suaminya berpoligami bakal memperoleh payung emas di syurga.. Memang saya kureng sikit.. sukar nak percaya... pencarian kesahihan pernyataan ini baru kini ada kekuatan untuk menerokanya... jom kita lihat..

'Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?

***********

Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.

Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-
"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].

Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra., Nabi saw bersabda :-
"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-
"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dsb.'
petikan .http://soaljawabquranhadis.blogspot.com

wallahualam..

'

No comments:

Post a Comment