Friday, November 15, 2013

My Precious Life.. Be Happy ..La Tahzan


Bismillah...

Berapa kali kita dapat hidup di dunia?.. Kata orang hanya sekali... Tak percaya?..
Maka apakah kehidupan di dunia yang kita pilih?

Dikatakan sesorang sangat beruntung jika kehidupannya dipenuhi rasa puas damai tenang yakin dan bahagia walaupun sedang ditimpa musibah atau sedang menghadapi dugaan berat atau kesulitan dari aspek kewangan kesihatan hubungan dan sebagainya.

Ada untung adala ruginya... So bagaimana pula dikatakan orang yang rugi?.. Ada pendapat mengatakan orang yang rugi adalah mereka yang mengisi masanya dengan perasaan bimbang gusar takut kecewa dan resah dan tidak semestinya ia disebabkan sesuatu dia telah dilakukan mungkin juga kesan darii melihat atau pengaruh orang disekelilingnya..

Lebih bak kita tidak berharta dan hidup dalam serba kekurangan atau secara sederhana andai itu yang membuatkan jiwa yang tenang dan bahagia... Benarkah?

Seberapa segerakah anda boleh berdiri semula meneruskan kehidupan dengan kebahagiaan dan penuh harapan setelah orang yang sangat disayangi kembali padaNya ?

Ramai di luar sana sedang ditimpa bencana seperti penyakit bencana kemalangan kecacatan bankrap tetapi ada di antara mereka melalui hari2 berikutnya dalam senyuman mesra...     

Teringat kata2 'Allah swt tidak akan menimpakan sesuatu yang hambaNya tidak mampu menghadapinya' ..Lebih kurang gtulah kan.. So.. Laa Tahzan.. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Pengasih... sentiasa bertaubat/beristighfar dan memelihara solat fardhu..in syaa Allah.. berbahagialah anda di mana sahaja dalam apa jua keadaan kerana Sang Pencipta sentiasa bersama dengan hamba2Nya...

No comments:

Post a Comment