Monday, November 25, 2013

Kehidupan..

Kehidupan di dunia ini indah.. Alam semulajadinya budayanya budi bahasanya ragam manusianya..
Penghujung tahun ini perancangan cuti2 Malaysia dan Ober d C' jemputan walimatur urus dsbg...Jangan sampai kita dibuai lena sehinggakan perasaan semakin  menjauhi Allah swt 

Ada juga kalangan kita yang sederhana atau kronik dengan permasaalahan tersendiri...udah2lah melayannya.. takkan ke mana.. elok dibungkuihkan je dalam kain pelikat atau kain batik lusuh tu macam mamat ceti naik beskal tua tu.. bubuh semua masalah keinginan dan hasrat yang belum tercapai tu ..ikat kemas2.. pi pos laju.. penerima Allah swt... Berserah padaNya.. Dia Maha Berkuasa Maha Mengetahui..


Kita ni dirancang dan diizinkan lahir di dunia ini bukan setakat menikmati kurniaanNya tetapi kita ni sepatutnya yang menjadi keutamaan adalah menjadi Hamba Allah yang patuh pada perintahNya dan bergantung sepenuhnya kepada Sang Berkuasa...

In Syaa Allah andai kita hambaNya yang patuh sejujur dan seikhlas padaNya, segala ikatan dipermudahkan rungkaiannya segala kenikmatan dapat dikecapi dengan penuh kesyukuran dan barakah..

Sebab itu..

Hidup jangan sesekali merasa bijak apatah lagi terlebih bijaksana
Tetapi mesti diikuti kebijaksanaan merasai

Kenapa?
Sebab bila terlebih bijak kesombongan menghampiri.. dan dengan adanya kebijaksanaan merasai ..kesombongan boleh dijauhi..

Tak perlulah berbuat kebaikan untuk sesuatu sebab.. walau itulah hakikatnya kita manusia ni kan.. apa tu .. no money no talk.. sebab tu dorongan berbuat kebajikan lebih tinggi dengan adanya suatu tujuan atau hasrat..now perlu di rephrasekan dan disebut baik2.. Berbuatlah baik tanpa bersebab kerana setiap kebajikan itu sudah bahagiannya untuk kita di sisi Yang Maha Esa....

No comments:

Post a Comment