Friday, November 15, 2013

Syukran... Alhamdulillah

Bismillah.. 

Ini adalah petikan FB salah seorang ustaz.. tak tercapture plak namanya... sekadar mengongsikan kata2nya dengan harapan kita mendapat manfaat berharga darinya... sempena hari Jumaat yang mulia ini..

Wahai Anakku

Mulakan harimu dengan bersyukur padaNya.. sudahkan mengucapkan Alhamdulillah hari ini?

Bersyukur kerana memiliki bumbung menutupi kepalamu
Bersyukur kerana diberi hamparan mendamaikan pada karpet atau lantai atau tanah  di bawah kakimu

Wahai Anakku Sayang

Bersyukurlah masih diberi rezeki air yang mengalir mempunyai sabun yang wangi lagi menyucikan berus gihi dan ubat gigi yang membersih dan menyegarkan mempunyai pakaian yang kemas rapi bersepatu berbagai jenis dan design, memiliki peti ais yang boleh menyimpan bekalan kehidupanmu pekerjaan yang rezeki kenderaan untuk merempit dan sahabat handai untuk bertepuk tampar di kala susah dan senang..

Tidak dilupa bersyukur padaNya kerana dipermudahkan urusanmu dengan wujudnya peniaga2 bagi membeli keperluanmu servis dan utiliti asas yang semuanya menyenangkan kehidupanmu di dunia ini..

Bersyuker padaNya keran bilik pejabatmu luas rumahmu indah dan menyelesakan dan kamu diberi kesihatan untuk menikmati kesemuanya..

Putera/Puteri yang dikasihi,

Ingatlah... cuaca yang mendamaikan matahari yang gagah menyinari angkasaraya langit biru yang melindungi awan yang menurunkan hujan hembusan angin yang menyamankan kicauan burung yang bahagia rimbunan kehijauan tumbuh2an yang menyejukkan mata memandang keriuhan serangga berbagai bentuk dan bunga2an yang cantik2 .. siapakah yang menciptakannya?.. Bersyukurlah padaNya.. sudahkah anda mengucapkan kesyukuran padaNya?.. Cukupkah 33x usai solatmu ...

Bersyukurlah padaNya ikhlas istiqamah sebanyak2nya atas segala kurniaan ketentuan dan ciptaanNya.. In Syaa Allah segala urusan kita pula akan dipermudahkanNya...






No comments:

Post a Comment