Monday, November 18, 2013

Liatnya Bangun Qiam..

Assalam Alaik..

Bismillah..

Susah sangat eh nak bangun tengah malam.. memangla kalau mula tidur pun melewati jam 12 tengah malam..Ada juga speciesnya yang tidur baby mesti cukup tanpa gangguan 8 jam tidur.. if not kerekahan dan gunung ganang bakal timbul di permuakaan mukanya yang halus mulus itu.. hahaha.. saje je..Nak mudah bangun malam.. saya kongsikan tips daripada sapa ntah tertimbus namanya.. sebab tu saya tegaskan ianya perkongsian..

1. Ikhlas. Diri perlu jujur dan ikhlas kerana dengan keikhlasan itu kekuatan untuk melakukan ibadat tersebut akan diperoleh secara semlajadi dan bukannya suatu paksaan.. so cam tu gak ngan mata dan tubuh kita akan automatik terbuka terbeliak dan badan bangun meninggalkan tilam yang empok itu..

2.Melapangkan fikiran memberishkan hati..pasti kita akan merasakan diri sedang diseru oleh Allah swt agar bangun berqiamullail... teringat kata2 pada anak2 agar bangun solat ..'bangun nak.. Allah Yang Maha Berkuasa sedang tunggu kita.. Bangkitlah solat dan berdoa padaNya.. Allah sedang tunggu kita doa untuk tunaikan hajat2 kita'.. Alhamdulillah setakat ni berjaya tanpa dengusan..

3. Kenalah rajin membaca tak kisahlah daripada buku atau ebook atau sebagainya tentang kelebihan dan keteraturan berqiam ni.. Kot dah bangun tapi blur apa yang patut dibuat atau was was yang manaa satu patut dilakukan dahulu..masa akan terbuang secara sia2..

4. Sebelum tido tu pastikan ada wudu'.. ni kaki pun tak basuh gelita berdaki patutlah selalu berdengkur dan bermimpi..

5. Tidur awal la.. usai solat isya' dan melakukan apa yang perlu..

6. Aturan badan ikutlah seperti Sunnah sebaiknya posisi tidur diatur di atas lambung kanan.. ni tidak main telentang terbungkang.. subhanallah..

7. Baca Doa dan zikir serta niat nak bangun qiam..

8. Alamak lupa plak.. sebaiknya di kesiangan tadi tidur sebentar omputeh kato take a nap.. ko ada paham?.. selit2lah waktu rehat tengahari tu kanantara lunch dan solat..

9. Makanlah berpada2 .. jauhi lahap dan terlalu kenyang.. sekarang orang dah tak ambil meal dah.. menggemukkan katanya.. so ramai dah bertukar kepada meal supplement.. hambek... apa jelah ikut suka korang asal jangan terlalu kenyang..

10. Ni yang susah ni.. black belt pun boleh tewas.. melawan nafsu tidor... habih tu camno?..

11.. last but not least.. jauhi dosa dan maksiat.. tu la pasal.. Hanya Allah swt Maha Mengetahui para hambaNya.. andai malam itu kita terbangun oleh kejutanNya dan mendapat seruanNya untuk berqiam.. alangkah syahdunya.. beruntunglah anda..

4.

No comments:

Post a Comment