Monday, November 18, 2013

Hati Dunia Hati Akhirat

Assalam alaik

Bismillah..

Terjumpa coretan post lama di FB oleh Tafsir Al Quran.. dan berikut saya olah semula ....

Apa akan jadi andai kita HambaNya mementingkan Duniawi sahaja?
Firman Allah swt pada Surah Al Isra' ayat 18 yang bermaksud.,

'Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, 
Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki.
bagi sesiapa yang Kami kehendaki, 
Kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak)
 untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.'

Maka  rasa2nyakan bagaimana Allah swt jelaskan andai hambaNya mementingkan akhirat sahaja?
KalamNya pada Surah Al Isra' ayat 19 bermaksud,

'Dan sesiapa menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amalyang baik untuk akhirat 
dengan usaha yang layak baginya sedang ia beriman maka mereka 
yang demikian keadaannya diberi pahala akan amal usahanya,' 

 Namun Allah swt Maha Penguasa Maha Mengetahui dan Bijaksana,
Firman Allah swt pada Surah Al Qasas ayat 77 bermaksud,

'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat 
dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)
dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) 
sebagaimana Alllah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nilmatNya yang melimpah ruah) 
dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi. 
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.'

Kalamnya menyrankan kita mencari akhirat dahulu dikemudiankan dunia untuk keseimbangan...


No comments:

Post a Comment