Monday, November 18, 2013

Berwaspadalah..

Astaghfirullah... Entri ini adalah untuk peringatan keras buat diri sendiri... Nauzubillah... Semoga kita semua dilindungi dari perasaan sombong sebaliknya selalu merasakan tidak pernah cukup beramal dan belum sempurna beribadat...

Berhati2 yea.. Perasaan ini bukan sahaja menipu diri tetapi lebih dasyhat mengaburi pandangan orang lain.. Nauzubillah.. Biarlah segalanya benar2 kerana Allah swt..

1. Merasa Dekat dengan Allah swt padahal Jarang sekali melakukan atau jauh sekali dalam ketaatan padaNya

2 Merasa diri telah mempunyai banyak giler pahala padahal Jarang beramal malah beribadat juga tidak sempurna

3 Memperasankan diri telah mencapai tahap Kekasih Allah swt padahal sering melanggar KetentuanNya sama ada secara sedar atau tidak.

4 Memastikan diri dilihat bergaul bersama orang yang taat perintahNya namun dibelakang tabir bersosial dan berbuat maksiat

5 Merasa mudah mendapat Keampunan Allah swt tetapi berterusan melakukan dosa2 kecil dan besar tanpa segan silu tiada penyesalan.

6 Merasa diri dirindui Taman-Taman Syurga tetapi amalan harian sama seperti menyemai binih pokok dalam neraka..

Nauzubillah... Semoga dijauhkan kita dari perasaan menipu diri sendiri ini.. Jadilah wira Akhirat then barula mengejar title wira dunia..

No comments:

Post a Comment