Sunday, November 24, 2013

Indahnya wanita sering bersedekah dan sentiasa beristighfar



Didikan Allah swt pada hambaNya melalui karenah sesama insan
Ketika kita ingin marah Allah swt mendidik kita erti kesabaran
Andai kita berbuat silap Allah swt mengkehendaki kita meminta maaf kerana Dia mendidik kita tentang tawaduk
Sebaliknya Allah swt sangat suka hambaNya yang memaafkan kerana hambaNya mengetahui erti mahabbah
Pada ujian dan musibahNya Allah  swt mendidik kita erti redha dan mengingatkan kita akan KekuasaanNya..

Subhanallah tiada siapa yang lebih layak melainkan Tuhan dan tiada Tuhan berhak disembah melainkan Allah swt Yang Berkuasa Atas Segalanya..

Dari Abdullah bin Umar ra dari Rasulullah saw, sabda Baginda saw,
'Wahai kaum wanita Bersedekahlah kamu dan berbanyak banyaklah istighfar (memohon ampun) kerana aku melihat kebanyakan isi neraka ialah kaum wanita'

Seorang wanita bertanya, 'Apakah kesalahan kami Ya Rasulullah, makanya kami kebanyakan penghuni neraka?'
Jawab Baginda saw,
'Kaun wanita suka memaki dan memungkiri jasa suami. Aku tidak melihat orang yang kurang akal dan kurang agamanya yang melebihi daripada kamu sekalian(kaum wanita)'
Wanita itu bertanya lagi, ' Kurang bagaimanakah akal dan agama kami ya Rasulullah?'
Jawab Baginda saw,
'Ada pun kurang akal kerana kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki. Nah Ini bukti kurang akal.(Wanita juga) tidak dapat solat beberapa malam dan tidak puasa beberapa hari bulan ramadhan (kerana haid). Ini bukti kurang agama.'

(Terjemahan Hadis Sahih Muslim)

No comments:

Post a Comment