Monday, November 25, 2013

Lautan Hikmah Kekasih Allah

Assalam alaik..

Bismillah..

Itulah tajuk buku terkini dalam koleksi... sekali masuk MPH beli sekali 3 buku.. itu salah satunya.. satu di pejabat berkaitan perdebatan Ahmad Deedat dengan pastor dsbg.. sela masa dibaca merehatkan minda.. satu lagi KIV.

Penulis buku berkenaan adalah Al Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al Jailani (maklumat lanjut sila lawati blog www.al-baz.com) ..terpikat dengan kata2nya .. antaranya..

Memperbaiki hati itu hanya dapat dilakukan dengan taqwa tawakkal kepadaNya mengESAkanNya dan beramal seikhlasnya semata2 keranaNya.Tanpanya hati akan rosak. Hati ibarat burung dalam sangkar atau bagaikan berlian dalam ikatannya atau bagaikan harta tersimpan sempurna dalam almari.. Yang diperhitungkan adalah burung bukan sangkarnya Berlian bukan pengikatnya Harta bukan almarinya Maka bayangkan burung tanpa sangkarnya berlian tanpa pengikatnya harta tanpa almarinya..

'Ya Allah sibukkanlah anggota tubuh kami dengan ketaatan kepadaMu dan hati kami dengan makrifat kepadaMu. sibukkanlah sepanjang hayat kamisiang dan malam kami pertemukanlah kami dengan orang yang soleh yang sudah mendahului kami. Berilah kami rezeki sebagaimana rezeki yang Engkau kurniakan kepada mereka. datanglah kepada kami sebagaimana yang Engkau datangkan kepada mereka.. Aamiinn.'

Hayati betul2 selain makna tersurat banyak makna tersirat dibalik kata2nya ini..
Later saya akan kongsikan juga bahagian lain yang menarik dalam buku ini.. masalahnya setiap kali saya membuka dan membaca isinya seolah2 tertarik untuk meneruskan pembacaan sehingga habis.. ala2 tarikan novel gitu.. bukan nak promote.. saya tak berjual pun.. tak salah sesuatu yang baik kita kongsi bersama..bagi yang nak tahu lebih amat digalakkan beli sendiri..kikiki...


No comments:

Post a Comment