Monday, January 26, 2015

KeEsaanMu



EsaMu bukan kerana sedikit
 Wujud bukan kerana suatu sebab
Suka berbuat baik dan Ihsan sifatnya
 Tidak ada kesudahan dan penghabisan
Awal yang tidak berpermulaan
  Akhir yang tidak berkesudahan

Friday, January 16, 2015

Suatu Ketika ...

Bismillah...

Yang berjela...
Sedepa bermakna.. 

Yang sedikit .. 
Dan jua.. 
Yang ever green sepanjang masa..   
Yang difahami.. 

Wednesday, January 7, 2015

Kalamullah..~ ayat 77 Siri 1

Bismillah..

Assalamualaikum Slam Sejahtera dan Salam Tahun Baru ..err dah hari ke 7 pun.. aaaaah.. bagus.. nombor tujuh juga .. what a coincidence dengan apa yang hendak saya coretkan kali ini..

Sebagai umat Islam kita tahu bahawa panduan hidup kita hendaklah berlandaskan Al Quran. Di dalamnya terkandung sebanyak 114 surah yang disusun kepada 30 Juzuk..


 114 buah surah ini ada mengandungi bilangan ayat yang banyak dan sedikit yang diturunkan kepada baginda Rasulullah saw di Mekah dan ada yang diturunkan di Madinah . saya belum lagi hafaz AlQuran masih merangkak membaca dan cuba memahami isinya namun gatal tangan ini untuk mencoret terjemahan ayat ke 77 bagi surah2 yang mempunyai lebih daripada 77 ayat.. ni bukan main2 .. 

Ayat 77...

Surah ke 2 Al Baqarah ... أَوَلَا يَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ
Tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah mengetahui segala yang mereka rahsiakan dan segala yang mereka nyatakan?

Surah ke 3 Ali Imran.إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya orang yang menjual beli dengan janji Allah (mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit) dan (mencabuli) sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka (dari dosa). Bagi mereka akan peroleh azab (seksa) yang pedih( yang tidak terperi sakitnya)..

Surah ke 4 An Nisa'..makin panjang kalam ni..
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً ۚ وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ ۗ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Tidakkah kamu (hairan) perhatikan (wahai Muhammad) akan orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu (dari bertindak melancarkan berperang yang belum diizinkan), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut (merasa gerun) kepada manusia (musuh), sama seperti takutnya kepada (azab) Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami(pada saat ini)? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi (akhir hayat)?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar (dan sedikit sahaja.dan akhirnya lenyap) dan akhirat itu lebih baik untuk orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selamanya), dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.

Adohh. bukan sakit jemari..baru ekstrak dari 3 surah.. dabn berbaki lebih kurang 25 surah yang perlu discan kopi dan teh..... sebaliknya kepenatan otak yang minta di caj semula dan minda telah menrun ke tahap teta.. khuryuk tdo tu... to becontinued.. jika ada kesilapan tegurla yea.. saya hanyalah hambaNya biasa2 jer... 

Wassalam..

Wednesday, December 17, 2014

Ulamaus-Su.. apo ko bondo ni?

Bismillah

Berkata Saidina Umar ra,
 " Perkara yang paling aku khuatiri terhadap kamu adalah seorang Munafik yang bila berbicara dan kelebihannya itu digunakan untuk memutar belitkan definasi kalamullah dan kitab AlQuran serta maksud Al Hadis."

Ulamaus merupakan orang alim atau ulama yang memutar belitkan tujuan agama yang benar dan lurus kepada kesesatan yang nyata.

Saat dan ketika ini.. terasa bahang kemunculan tok serban ustaz yang bagaikan cendawan tumbuh usai hujan reda..

Jagalah mulut kita kebersihan diri agar kita tidak tergolong dalam kelompok MunaafiQioun.. in syaa Allah..


Sekian, terima kasih..

Kisah J yang cuai dan A yang malas

Assalam..

Bismillah..

Alkisahnya di sebuah rumah agam yang sangat terlampau hmm tak berapa mewah tapi cukup kaya di pinggir bandar.. Untuk memudahkan empunya rumah dan ahli keluarganya, dua orang pembantu digajikan bernama J dan A.. Malang sekali si J ni sangat cuai manakala si A seorang pemalas.

Dek kesibukan dan ketidak cukupan masa menambah rezqi yang halal kurniaanNya si empunya ini menulis segala arahan tunjuk ajar pantang larang dan sebagainya yang berkaitan dengan tugas masing2 kepada J dan A.  A yang pemalas ni baca segala isi penulisan majikannya dan memahaminya namun disebabkan sifat kemalasan yang melampaui batas tahap gaban maka tiada satu pun yang dipatuhi oleh A akan apa yang tertulis untuknya.  Lebih teruk hingga level parah si J tidak langsung membacanya kerana apa yang tertulis padanya tidak langsung dibuka disebabkan dirinya buta huruf. walhal boleh je minta tolong si A membacakan padanya. yela kan si J yang cuai mana amek kisah.. terlungkup dunia pun x dipedulikannya..

Awas! ada ke kecuaian yang lebih dasyhat dari kedua A dan J terhadap perintah majikannya? Biasanya mereka berdua ni mempunyai banyak alasan yang boleh dikemukakan kepada majikannya. Kalau kita adalah si majikan berkenaan mesti kita marah tahap murka bukan? Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mereka berdua ini?.. Berhentikan kerja.. ishishish.. kita juga yang rugi sebab kos mengambil bekerja belum cover lagi.. apa kata seksakan mereka sampai mereka insaf dan berubah.. tapi boleh jadi isu penderaan pula.. susah juga kan..

Wahai pembaca budiman.. semoga kita dan keturunan kita sentiasa dalam rahmatNya.. dan dijauhkan kita daripada sifat J dan A.. nak tahu sapa mereka.. jeng jeng  jeng..
  si J itulah si jahil yang tidak mahu belajar walau tahu kekurangan diri sehingga cuai dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan/diperintahkan oleh Allah swt.. manakala si A aduss merupakan si alim yang berpengetahuan dalam hal2 agama namun tidak mahu beramal dengan ilmu yang diperoleh dariNya...Nauzubillah.. dan inilah yang dikatakan A dan J yang serugi2nya di dunia dan di akhirat.. kerugian yang nyata..

Sekian..renung2kanlah..

Tuesday, November 25, 2014

Semuanya Aku

Bismillah..

 
ps: ini patung ke betul2 ni?



Wahai mataku..

walau tidak secantik mataNya

Jadikanlah pandangan mataku seumpama mata sang lebah

Hanya memandang kewangian dan keindahan

Dalam erti kata

Hanya melihat kebaikan orang lain sehingga terlupa keburukannya



Bukannya

Pandangan mata si lalat

Yang leka memandang yang buruk dan menghinggap pada bauan busuk

Iaitu

Seperti gemar melihat keburukan dan kekurangan orang lain

lalu menyebarkan aroma celaan terhadap orang lain itu.

**Peringatan untuk aku sementara mata ini dipinjamkan olehNya.. sesaat sejam esok lusa tahun mendatang belum tentu mata aku dapat menikmati pemandangan anugerah Ilahi..