Wednesday, December 17, 2014

Ulamaus-Su.. apo ko bondo ni?

Bismillah

Berkata Saidina Umar ra,
 " Perkara yang paling aku khuatiri terhadap kamu adalah seorang Munafik yang bila berbicara dan kelebihannya itu digunakan untuk memutar belitkan definasi kalamullah dan kitab AlQuran serta maksud Al Hadis."

Ulamaus merupakan orang alim atau ulama yang memutar belitkan tujuan agama yang benar dan lurus kepada kesesatan yang nyata.

Saat dan ketika ini.. terasa bahang kemunculan tok serban ustaz yang bagaikan cendawan tumbuh usai hujan reda..

Jagalah mulut kita kebersihan diri agar kita tidak tergolong dalam kelompok MunaafiQioun.. in syaa Allah..


Sekian, terima kasih..

Kisah J yang cuai dan A yang malas

Assalam..

Bismillah..

Alkisahnya di sebuah rumah agam yang sangat terlampau hmm tak berapa mewah tapi cukup kaya di pinggir bandar.. Untuk memudahkan empunya rumah dan ahli keluarganya, dua orang pembantu digajikan bernama J dan A.. Malang sekali si J ni sangat cuai manakala si A seorang pemalas.

Dek kesibukan dan ketidak cukupan masa menambah rezqi yang halal kurniaanNya si empunya ini menulis segala arahan tunjuk ajar pantang larang dan sebagainya yang berkaitan dengan tugas masing2 kepada J dan A.  A yang pemalas ni baca segala isi penulisan majikannya dan memahaminya namun disebabkan sifat kemalasan yang melampaui batas tahap gaban maka tiada satu pun yang dipatuhi oleh A akan apa yang tertulis untuknya.  Lebih teruk hingga level parah si J tidak langsung membacanya kerana apa yang tertulis padanya tidak langsung dibuka disebabkan dirinya buta huruf. walhal boleh je minta tolong si A membacakan padanya. yela kan si J yang cuai mana amek kisah.. terlungkup dunia pun x dipedulikannya..

Awas! ada ke kecuaian yang lebih dasyhat dari kedua A dan J terhadap perintah majikannya? Biasanya mereka berdua ni mempunyai banyak alasan yang boleh dikemukakan kepada majikannya. Kalau kita adalah si majikan berkenaan mesti kita marah tahap murka bukan? Apakah tindakan yang akan dikenakan kepada mereka berdua ini?.. Berhentikan kerja.. ishishish.. kita juga yang rugi sebab kos mengambil bekerja belum cover lagi.. apa kata seksakan mereka sampai mereka insaf dan berubah.. tapi boleh jadi isu penderaan pula.. susah juga kan..

Wahai pembaca budiman.. semoga kita dan keturunan kita sentiasa dalam rahmatNya.. dan dijauhkan kita daripada sifat J dan A.. nak tahu sapa mereka.. jeng jeng  jeng..
  si J itulah si jahil yang tidak mahu belajar walau tahu kekurangan diri sehingga cuai dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan/diperintahkan oleh Allah swt.. manakala si A aduss merupakan si alim yang berpengetahuan dalam hal2 agama namun tidak mahu beramal dengan ilmu yang diperoleh dariNya...Nauzubillah.. dan inilah yang dikatakan A dan J yang serugi2nya di dunia dan di akhirat.. kerugian yang nyata..

Sekian..renung2kanlah..

Tuesday, November 25, 2014

Semuanya Aku

Bismillah..

 
ps: ini patung ke betul2 ni?



Wahai mataku..

walau tidak secantik mataNya

Jadikanlah pandangan mataku seumpama mata sang lebah

Hanya memandang kewangian dan keindahan

Dalam erti kata

Hanya melihat kebaikan orang lain sehingga terlupa keburukannya



Bukannya

Pandangan mata si lalat

Yang leka memandang yang buruk dan menghinggap pada bauan busuk

Iaitu

Seperti gemar melihat keburukan dan kekurangan orang lain

lalu menyebarkan aroma celaan terhadap orang lain itu.

**Peringatan untuk aku sementara mata ini dipinjamkan olehNya.. sesaat sejam esok lusa tahun mendatang belum tentu mata aku dapat menikmati pemandangan anugerah Ilahi..

Monday, October 27, 2014

Konpius

Bismillah..


Berjumpa dengan izinNya berpisah kerana mematuhi perintah dan laranganNya.. 

yang membuatku konpius.. Ia sesuatu yang tidak mungkin .. mustahil bangat...menurut firasatku namun bila diamati  ..


Maka wahai diri yang kusayang. kini tidak perlu khuatir risau2 lagi.. berserah padaNya tawakkal akan ketentuanNya... petikan ayat 186 surah Al Baqarah..

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku ( Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.


Oleh itu kena perbanyakkan berdoa juga selain berusaha.. kalau hari ni doa dibaca sekali esok lusa diulang dua tiga kali .. mudah2an makbul.. andai tidak juga.. pasti ada hikmahNya.. bersangka baik denganNya...

Sunday, October 26, 2014

Bukan Jamilah .. Tetapi Jahil la..

Bismillah..

Jahil... kekadang sesuka hati je kita mengata aka mengusik rakan dengan mengatakan 'ko ni jahil la'.. suka hati je kita menyebutnya.. astaghfirullah... maafkan diri ini..

Saya tak mahu sentuh tentang isu semasa yang hangat diperkatakan. tapi itulah hakikatnya andai diri kita jahil dengan hukum2 Allah swt.. nauzubillah..

Surah Ar Rum ayat 6 dan 7..

A006
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
A007
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Menarik juga apabila terbaca dalam buku karangan Imam Habib Abdullah Haddad menyatakan seorang penyair terdahulu berkias akan orang jahil sebagai;
'Si jahil itu telah pun mati meskipun ajal belum menjemputnya. Tubuhnya itulah kubur meskipun ia belum dikebumikan."
Wow hebat juga gurindam penyair tersebut akan bayangan jahil. Kita perlu berhati2 agar terpelihara daripada golongan jahil terhadap perintah Allah swt.

Kejahilan merupakan ibu kepada kecelakaan dan bala di dunia dan di akhirat. AlHAsan Al Bishri r.a. pernah berkata 'Oleh kerana terlampau kenal benar akan dunia dan urusannya seseorang boleh meneka berapa berat satu dirham tanpa melihat. Tetapi jika ditanya tentang syarat bersuci dan solat ia akan menggeleng kepala kerana tidak tahu.'

Ilmu kurniaan Allah swt itu sangat luas..  teruskan mendalami ilmu tanpa putus asa asalkan bukannya ilmu berkaitan maksiat dan dosa...

Beginilah Takdir Itu..

Assalam alaik..

Bismillah..

Menurut sebuah buku penulisan Imam Habib Abdullah Haddad, suatu hari Saidina Ali r.a ditanya tentang takdir lalu dijawab oleh beliau;

"Ia laksana lautan yang dalam, jangan sampai menduganya. Ia laksana jalan yang gelap gelita jangan melaluinya. Ia adalah rahsia ditutupkan Allah swt kepadamu, jangan membongkarnya."
Maka yakinilah sepenuh kepercayaan iaitu beriman kepada qada' dan qadarNya (ketentuan dan takdir Allah swt)

Andai ditimpa musibah.. beristighfar memohon ampunanNya dan berzikir mengingatiNya sebaliknya andai dikurniakanNya rezeki yang berlimpah ruah dalam pelbagai aspek jangan pula kita lupa mensyukuri atas nikmat2 yang diberi..

Thursday, October 23, 2014

Bila...

Assalammualaikum.. 
Bismillah..


23:57
23:58
23:59
23:60
23:61
(Surah Mukminun ayat 57-61)
Sesungguhnya orang yang memelihara dirinya kerana takut kepada TuhanNya; Dan orang yang mempercayai keterangan TuhanNya; Dan orang yang tidak mempersekutukan TuhanNya; Dan orang yang memberikan pemberiannya sedang hati mereka takut (kepada Tuhan) kerana tahu bahawa mereka akan kembali kepada  TuhanNya, Mereka itulah orang yang segera mengerjakan kebajikan dan mereka sentiasa mendahului yang lain dalam melaksanakan amal kebajikan.

Benarkah ada yang mengatakan bila keimanan seorang hambaNya semakin kukuh dan amalannya semakin baik maka akan bertambah kebimbangannya?.. dan sebaliknya jika semakin lemah keimanan kita hambaNya disebabkan semakin banyak dan terjebak dalam amalan yang tidak baik jiwa akan merasa aman dan hati semakin megah dan iak.. na'uzubillah..

A017
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.(Ayat 17 Surah Al Kahfi)

Benarkah nikmat kebahagiaan seorang hambaNya itu jika menerima kurniaan Allah swt taufiq untuk beramal soleh semasa hayatnya dan dipermudahkan lagi baginya laluan menuju ketaatan dengan tulus dan ikhlas kepada Rabb Yang Maha Kaya? Sebaliknya celakalah ia jika usahanya untuk melakukan amal dan ibadah dipenuhi rintangan dan dipermudahkan laluan ke lembah azab..

Namun sekukuh besi keimanan dan setinggi gunung amalan soleh oleh taufiqNya yang dikurniakan pada seorang hambaNya itu bukanlah suatu sandaran (kebergantungan) baginya diterima masuk ke syurga... dikhuatiri ada elemen ujub dengan Rabb.. walhal hambaNya adalah lemah..

Loh.. jadi bagaimana?.. Memang kita perlu memohon agar dikurniakan taufiqNya agar kita memperbanyak dan menyempurnakan amalan ibadah soleh kerana mentaati perintahNya adalah kewajipan sebagai hambaNya.. dan kita juga perlu menambah dengan memohon agar diri kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..

wallahualam..