So I decided to write a 3S short sweet simple reminder....
Tuesday, March 24, 2015
Bekerja ceria selalu
Bicara hati padaNya
Ya Allah
Perkasakan, teguhkan kuatkan jiwaku semangatku dan azamku
agar dapat melaksanakan tanggungjawabku dan pekerjaanku dengan baik dan cemerlang
Benteng... sebelum terjebak
Bicara hati padaNya
Ya Allah,
Lindungi aku dan diriku daripada perbuatan dosa dan kemaksiatan
serta pelihara aku dan diriku daripada mengumpat, mengata, merendahkan, memfitnah dan lain seumpanya..
Andai kebuntuan menyelubungi
Bicara hati kepadaNya
Ya Allah bukalah seluasnya laluan bagiku
Sesungguhnya daku sangat lemah dan buntu
Aku dan Diriku.. Ko ape ada?
Bismillah..
Wahai aku dan khususnya diriku,
Yang memerlukan nasihat, dahagakan ilmu bersulam amal
Wahai aku dan diriku,
Basahkan bibirmu yang manis dengan istighfar tasbih dan tasmid kerana keikhlasanmu itu melakar kecantikanmu di alam sana
Wahai aku dan diriku
Segeralah bertaubat kepadanya kerana melengahkan itu umpama menyemarakkan kawah hawa dan nafsu
Wahai aku dan diriku
Lebih baik berdiam diri daripada melahirkan bait kata bagai seorang zuhud di dunia tetapi hakikatnya masih ghairahkan duniawi
Wahai aku dan diriku
Tinggalkan sifat mengharap rahmatNya bagi kehidupan akhirat jika muflis amal
Wahai aku dan diriku
Bersyukurlah kepadaNya akan setiap kebahagiaan, rezeki, kesakitan dan dugaan kurniaanNya kerana semuanya itu tanda kasih sayangNya.
Wahai aku dan diriku
Pakaikan akhlakmu dengan tauhid kepadaNya dan amalan sunnah serta hiasinya dengan kesabaran dan redha mudah2an aku dan diriku bersama para solihin..
Wahai aku dan diriku
Dengarlah ingatlah insaflah berubahlah demi aku dan diriku
HambaNya Yang Maha Esa..
Sunday, February 8, 2015
SILENT vs LISTEN
Bismillah..
Cu kocak2kan abjad kedua2 perkataan berkenaan.. saya baru perasan kedua2nya terdiri daripada abjad yang sama tetapi mempunyai sebutan dan makna berlainan sekali..
Cu kocak2kan abjad kedua2 perkataan berkenaan.. saya baru perasan kedua2nya terdiri daripada abjad yang sama tetapi mempunyai sebutan dan makna berlainan sekali..
Makin Berusia Makin....
Menarik paparan di bawah:
Manusia dikatakan semakin bertambah usia semakin kayalah dirinya...Betul ke?.. cu fikir... macam betul je.. macam ada tak kena je?..
Sedar2la wahai diri.. sekaya mana pun di dunia andai bekalan akhirat tiada sia2 lah masa kehidupan di dunia kerana azabNya setia menanti... nauzubillah..
Subscribe to:
Posts (Atom)