Wednesday, October 22, 2014

Lindungi Diriku dari..

Bismillah...

Walau dah banyak blog dan pengisian berkaitan doa2 kepada Allah swt, saya juga ingin berkongsi di laman blog ini.. dengan tujuan untuk rujukan diri...mudah2an kita sentiasa dilindungi oleh Allah swt daripada 4 perkara ini..




Ya Allah Daku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu dan jiwa yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak dikabulkan..
(Hadis riwayat Muslim) 

Friday, September 19, 2014

Jom Dating

Assalam

panjang sedikit coretan kali ini... maaf yea.. tak apa bekalan akhirat..

Usaha untuk memperbaiki kekurangan dalam beribadah seikhlasnya kepada Allah swt  sangat meruntun dalam diri ini .. semoga Allah swt memberkahi hidup kita hambaNya atas usaha kita menempuhi perjalanan yang khusyu’ dalam ibadah kepadaNya.. Sebaik mungkin daripada ‘petua’ ini,  Lia sendiri berusaha praktikkan dengan membuat sedikit penyesuaian dengan diri Lia...Lia sedar yang paling sukar dan cabaran keimanan dan ketaqwaan seorang hambaNya yang terbesar adalah meraih khusyuk dalam solat. Lia amati cara memperbaiki diri ke arah penyempurnaan hambaNya..mungkin kalian ada cara lebih berkesan.. bolehla komen2 juga..mudah2an kita juga tergolong dalam hambaNya yang beriman  dan beramal soleh...

1. Peruntukkan 1-10 minit sebelum masuk waktu solat fardhu untuk ‘berehat’ dari sebarang altiviti. Berikut adalah ‘pengisian’nya..

a. Berwudu’  dalam keazaman bahawa kita dalam perjalanan untuk bertemu dengan Allah swt.. Wudhu’ dengan sebaik mungkin..andai tidak sempurna  wudhu’ ibarat perjalanan kita banyak ‘accident’ akan berlaku ... diiringi doa agar Allah swt lindungi diri daripada melakukan atau terjebak dalam kejahatan dan kemaksiatan ..  berjalanlah menuju tempat  kita mendirikan solat seolah2 dalam perjalanan yang semakin hampir denganNya..

b. Sejadah dibentang dengan penuh kasih sayang dan hormat penuh sopan..kita sangat hampir denganNya...Bersedia atas sejadah untuk ber’dating’ denganNya.. melepaskan kerinduan mengabdikan diri selaku hambaNya...Meng’asing’kan diri

c. Berkomunikasi dengan Allah swt dengan ber’cerita’ tentang kerja, hidup keluarga dan anak2 dan apa sahaja disulami zikrullah. Saat itu kita muhasabah diri.. andai tersilap istighfar..andai  bersyukur alhamdulillah andai menakjubkan Allahuakbar, subhanallah, Masyaa Allah dsbgnya..

d. Tatkala azan berkumandang itulah saat indah memujiNya, merafaq doa padaNya dan bersyukur atas segala kurniaanNya yang zahir dan batin.

e. Memperbetulkan berdiri untuk memulakan solat, beristighfar lagi sehingga jiwa merasai damai tenang berhadapan denganNya.. Memohon keampunanNya agar  merasakan hati bersih dan jiwa ikhlas menghadirkan diri padaNya.. barulah dibaca lafaz dan niat solat..

f. Saat mengangkat takbir Allahu Akbar memanggil Pencipta Yang Maha Kaya Maha Besar dan Maha Berkuasa Engkaulah yang sangat dirindui..

g. Saat bibir menzahirkan doa iftitah memujiNya, hati menterjemah apa yang dilafazkan.
            Ya Allah Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-besarnya Ya Allah. Segala pujian hanya milikMu Ya Allah sebanyak2nya Ya Allah Dan Maha Suci Engkau Ya Allah dipagi dan petang hari seluasnya Ya Allah
            Ya Rahman ku hadapkan wajahku di hadapanMu. Engkaulah Tuhan kami Yang Maha Berkuasa dan Pencipta yang menjadikan langit dan bumi dengan benar dan lurus sempurna dan Daku berserah kepadaMu Ya Allah.. Ya Rabbi Yang Maha Pengampun daku ini bukanlah dari golongan orang yang musyrik Ya Allah.
            Sesungguhnya Ya Rahim, solat yang ku dirikan ibadah yang ku laksanakan dari saat hidupku sehingga saat matiku dengan kembalinya ku kepadaMu Ya Allah hanyalah dilakukan keranaMu untukMu YA Allah.
            Ya Allah tiada sekutu bagiMu Yang Maha Perkasa dan daku diperintahkan agar tidak menyekutukanMu dan daku adalah dikalangan hambaMu Muslimin yang berserah diri dan bertawakkal padaMu.

h. Seterusnya diikuti lafazan se’merdu’ Surah AlFatihah dengan penyampaian yang penuh bermakna..
            Ya Allah Daku berlindung kepadaMu dari kejahatan dan kesesatan syaitan laknat yang terkutuk
            Ya Allah dengan NamaMu yang zahir dan ghaib Rabb Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Ya Allah segala pujian hanya layak bagiMu Tuhan yang memelihara dan mentadbir Kerajaan segala alam semesta
Ya Allah Sungguh Engkaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Sungguh Daku bersaksi Engkaulah Yang Maha Berkuasa pada Hari Pembalasan
Ya Allah Hanya kepadaMu kami sembah taat mendirikan perintahMu serta meninggalkan laranganMu dan Hanya kepadaMulah sahaja tempat kami memohon segala pertolongan
Ya Allah Tunjukilah Pimpinilah kami ke jalanMu yang Lurus dan Benar
Iaitu Jalan mereka yang Engkau kurniakan kenikmatanMu Ya Allah (para siddiqin, syuhadah solihin etc) Ya Allah
Bukannya jalan mereka yang Engkau murkai dan bukannya jalan mereka yang sesat  kafir.dan dilaknatiMu ..

i. Usai Bacaan Surah AlFatihah.. diam sebentar dalm 2-4 saat sebelum membaca surah lain atau ayat AlQuran yang mudah dan kita fahami..Waktu berdiam ini juga boleh diisikan dengan istighfar kerana dalam tempoh mengangankat takbir hingga ke kini masih ada potensi perhatian kita dibiaskan ke tempat lain..

j Diam sebentar juga sebelum ruku’.. bersedia bahawa tindakan sejurusnya adalah  untuk menghormati dan memuji Allah swt. Allahu Akbar..Pujian SUBHAANA RABBIYAL ‘ADZIIMI WA BIHAMDIH.padaNya seikhlas dan setulus oleh dari hati yang suci sebagai hambaNya. Syukur padaNya yang datang dari hati yang ikhlas  atas setiap kurniaanNya.. yang bermakna ‘Maha Suci Allah Yang Maha Agung’ sebanyak pujianNya terhadap DzatNya yang diulangi sebanyak 3 kali (sunat) bagi mengukuhkan persaksian kita terhadapNya yang Maha Agung.dan bukannya setakat mainan suara dibibir semata.

Secara saintifiknya juga ruku’ mampu memperbetulkan tetulang aliran darah dsbgnya sebab itu ia dilakukan tidak terlalu lama dan tidak terlampau sekejap..sekadar secukup utk keperluan kesihatan tubuh kita..

ii. Usai ruku’ bangun iktidal perlahan dan menyebut dengan penuh keyakinan SAMI’ALLAAHU LIMAN HAMIDAH iaitu Allah Maha Mendengar ( Menerima ) Pujian Orang Yang MemujiNya (Dan Membalasnya) diikuti pujian padaNya RABBANAA LAKAL HAMDU MIL’US SAMAAWATI WA MIL ‘ULARDHI (setakat ini saja yang Lia baca..) bermaksud Ya Rabb Hanya UntukMu Segala Pujian Sepenuh Langit Dan Bumi dan seluruh isinya.. Allahu Akbar.. kita pun turun untuk sujud kepadaNya..

j. Dalam posisi sujud rehat sebantar dalam 2-3 saat memastikan anggota sujud pada tempat sepatutnya..Kini kita sangat dekat dgn asal kejadian kita iaitu tanah/bumi.. Merendah diri padaNya lalu diucapkan SUBHAANA RABBIYAL A‘LAA WA BIHAMDIH.. Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi sebanyak pujianNya terhadap DzatNya... yang diulangi sebanyak 3 kali (sunat) dengan nadakeikhlasan dan ketaqwaan padaNya.

k. Duduk antara 2 sujud.. Inilah saat Lia berdoa penuh harap.. dulu sebelum tahu maknanya ia dibaca secepat yang mungkin tanpa coma sekali nafas dan bermacam lagi.. hingga satu ketika bila terdetik untuk mengetahui maknanya.. Subhanallah.. bacaannya merupakan doa yang sempurna lengkap ringkas dan tepat dari sudut Arabnya tapi Lia panjangkan utk penghayatan Lia..walaupn Dia Maha Mengetahui

RABBIGHFIRLII WARHAMNII WAJBURNII WARFA’NII WARZUQNII WAHDINII WA’AAFINII WA’FU ‘ANNII.
Ya Allah YaTuhanku Ampunilah (segala dosa2)ku, Kasihanilah diriku, Cukupkanlah  KekuranganKu/Tutupilah aibku, Angkatlah ( Darjat )Ku di sisiMu lebih baik pada hari ini berbanding semalam, Kurniakanlah kepadaku Rezeki yang halal dan penuh barakah dari sisiMu, Berilah PetunjukMu dan ilmu bermanfaat kepadaku agar tetap dijalanMu yang lurus dan benar, Berilah Diriku Kesihatan dan kecergasan dalam melaksanakan urusan agama dunia dan akhiratku Dan Maafkanlah segala Kesalahan, kekurangan kelemahan, kelalaian dan kealpaanku..

l. Posisi lain dalam solat adalah duduk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir... Inilah utama kemuncak pengukuhan penyaksian sebenarnya antara kita kepada Ya Rabb Yang Esa.. pengalaman diri saat ini juga sangat kuat syaitan berusaha menyesatkan atau memesongkan tumpuan kita tapi tetap gagal saat dua kalimah syahadah dilafazkan..
Memahami keseluruhan maksud bacaan tahiyyat

 ATTAHIYYAATUL MUBAARAKAATUSH SHALAWATUTH THAYYIBAATU LILLAAH.
Segala Kehormatan, Keberkahan, Rahmat Dan Kebaikan Adalah MilikMu Allah.

ASSALAAMU ‘ALAIKA AYYUHAN NABIYYU WARAHMATULLAAHI WABARAKAATUH.
Semoga Kesejahteraan, Rahmat Allah Dan BarakahNya Tetap Tercurahkan Atasmu, Wahai Nabi.

ASSALAAMU ‘ALAINAA WA ‘ALAA ‘IBADADILLAAHISH SHAALIHIIN.
Semoga Kesejahteraan Tetap Terlimpahkan Atas Kami Dan Atas Hamba Allah Yang Soleh
.
ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAAH. WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASUULULLAAH.
Aku Bersaksi Bahwa Tidak Ada Tuhan Selain Allah. Dan Aku Bersaksi Bahwa Muhammad Adalah Rasul/ Utusan Allah.

ALLAAHUMMA SHALLI ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMAD.
Ya Allah ! Limpahkanlah Kesejahteraan dan RahmatMu Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarganya. .
~~~~~~~
KAMAA SHALLAITAA ‘ALAA SAYYIDINAA IBRAAHIIM WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA IBRAAHIIM.
Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Kesejahteraan dan RahmatMu Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.

WA BAARIK ‘ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA MUHAMMAD.
Dan Limpahkanlah Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Muhammad Dan Kepada Keluarganya.

KAMAA BAARAKTA ‘ALAA SAYYIDINAA IBRAAHIIM WA ‘ALAA AALI SAYYIDINAA IBRAAHIIM.
Sebagaimana Telah Engkau Limpahkan Berkah Kepada Penghulu Kami, Nabi Ibrahim Dan Kepada Keluarganya.

FIL ‘AALAMIINA INNAKA HAMIIDUMMAJIID..
Sungguh Di Alam Semesta Ini, Engkau Maha Terpuji Lagi Maha Mulia.

YAA MUQALLIBAL QULUUB. TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIK
Wahai Dzat Yang Menggerakkan Hati. Tetapkanlah Hatiku Pada AgamaMu.

Segala kekurangan dan kesilapan adalah kelemahan diri Ya Allah ampunilah dosa hambaMu ini.. para pembaca budiman tegur2kanlah diri ini..agar yang benar dapat dipelajari bersama..


Berlandaskan  FB Cikgu Shaini  ‘Menemukan Khusyuk Yang Hilang’ oleh Dr Fuad Latip.. Setinggi penghargaan diucapkan.. semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah swt

Sunday, August 31, 2014

Rindu Bangat

Have you ever missed someone sooooo much that even the thought of them made you burst into tears?

Well...

Tuesday, August 12, 2014

Izinkanku dekatiMu

Assalam alaik..

Bismillah...

Alhamdulillah.. ada kesempatan sementara pula..  pejabat agak sunyi hari ni.. ramai outstation apapun kena siapkan tugasan dalam tangan.. tak menang tangan juga.. teringat akan suatu masa .. tugasan menukarkan bateri keta yang kaput di bawah cahaya mentari yang teramat cantik sinarannya..oouchh....tak susah pun .. ahakss .. bukan nak menunjuk..  .. sifat lemah lembutnku berselindung di balik tabir kekuatan dan kebolehan anugerah Ilahi Yang Maha Kaya.. tak semua juga.. sebenarnya malas nak panggil foreman ke apa ke sebab meka mostly lelaki dahla satu Adam pun tak de di rumah..


Citer tu selingan je..

apapun doa hari ini untuk diri dan kalian jua..
Ya Allah Ya Rabb
Berikan kami petunjukMu untuk belajar dari SunnatullahMu
dari apapun yang Engkau kurniakan kepada kami
sebagai ilmu untuk lebih mendekati padaMu

Apapun yang Engkau berikan ini tersimpan rahmat di sebalik semuanya
Jadikan hidup kami ini mulia dan penuh keberkahan dijauhkan musibah dan malapetaka

Sebanyak solawat dengan solawat yang sempurna dan ungkapan salam yang sempurna atas penghulu kami Nabi Muhammad juga atas ahli keluarganya dan sahabat handainya. Segala pujian hanya milikMu pencipta dan pemelihara langit dan bumi dan di antaranya..

Aamiinn.. 

Saturday, August 9, 2014

Malam raya ke...

Bismillah..

Assalam...

Mari tuan/puan dengar ini cerita (nada macam iklan axion tu).. kisah benar ziarah raya kanak-kanak zaman ini..
Alkisahnya.. kita sinopsis dulu.. rumah ku berhampiran dengan selekoh.. selekoh tersebut ada penghadang dan dibelakang penghadang ada beberapa buah pokok.. petang tersebut bila melaluinya kulihat sebuah pokok mencondong sangat ke jalan raya.. mengapa eh?

Gini citernya.. kemusykilan dengan kanak2 zaman moden ni.. meka akan tuju terus ke rumah yang bagi duit raya lebih sikit dari kebiasaan atau 'market value' atau 'par'.. memang tahun ni berniat sedekah lebih sikit je pun.. tapi sakan nak citer juga kan.. ujub..ujub.. astaghfirullah// so pada malamnya datang sekumpulan kanak2 dalam 6 orang.. terus tuju ke rumah ku sedangkan sah2 tersergam indah semibanglo 3 bijik sebelumnya tak pula meka datang beraya.. 
Dah..mode mengusik ku dah mai.. memandangkan meka sume lelaki.. lagi senang citer.. malam ni nak test kejantanan meka.. first2 soklan biasa je sekolah mana darjah bape tinggal mana.. bila tiba part meka kata dari surau.. hmm umpama masuk jerat bebudak ni.. macam penyiasat tanpa ijazah ku ngusik meka.. syok tengok meka sakan gelak.. menjadi ni.. 
Rasa2 macam meka nak belah.. (lepas bagi 'angpow' memang sah cepat meka angkat punggungnya... ku mula pasang jerat.. baik punya.. nanti bila korang lalu kat selekoh tu hati2.. situ kawasan gelap... yelah achik.. kata meka.. ku mengayat lagi.. tu la tadi achik balik tengok salah satu pokok tu mencontong tunduk plak... bahaya tu selalnuya cantik gah tegak..sorang2 meka bagi komen.. salah sorang plak kata.. dah la achik seram dah ni bulu roma dah naik.. eh apsal plak takut.. kan korang dah sunat.. time tu.. ada yang ngaku udah sunat dan ada yang belum.. ku sambung lagi.. kalau dah sunat tak de apa nak ditakutkan lagi kan.. dah besar dah..dah salah sorang angkat punggung tukar tempat duduk.. sebelum tu sakan lagi bercerita sanggup tengok ty @video sampai 3 4 pagi berjaga...macam berani sangat..ku pun takut mengkufurkan meka..citerlah  mengapa pokok tu tunduk.. sebenarnya ia pokok buah.. kali ni memang lebat sangat buahnya dan menjadi pulak.. agaknya tetupai semua dah jemu dengan menu sama dan bertukar selera makanan barat.. selamat pokok aku kata siempunya pokok tersebut.. ku certalah ia condong sebab buahnya dah membesar dan lebih lagi dibalut rapi kesemuanya oleh tuan punya pokok.. rupanya bebdak ni dah tak boleh terima apapun.. perasaan seram dah masyukkk.. parah ni.. masa balik ku hantar sampai penghujung porch bersempadan jalan raya lagi.. kesian hero2 ni.. ingatkan tadi bila tengok gaya datang dan bercakap macam berani sangat.. rupa2nya hampe.. kita ni dok tengok meka.. ghupanya meka langkah seribu dan itupun ikut jalan lain.. ahaks...rasanya meka dah tak g beraya malam2 lagi dah lepas ni.. serik rasanya..

dan paling kurang asam di lain hari plak datang sekelompok budak.. kol 9.45 malam.. giler ke hapa beraya hari bersekolah memalam cam tu.. nasib baik dah tutup pintu tak ku layan.. memang dah dari berkurun orang tua kata tetamu datang bawa rezeki kita kena ikhlas terima.. benar tapi tak pe bagi kali tu.. tak rezeki pun tak pe.. takutnya bukan dapat rezki tapi tuuuuttttt.. tak mau cakaplah..aikk panjang plak citer malam ni..

pengalaman korang bagaimana?

Tuesday, August 5, 2014

Syawal Tiba Jua

Assalam..

Bismillah..

Mungkin kelewatan tetapi masih dalam kemeriahan Syawal tidak mengapa bukan.. Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf atas segala terkasar bahasa dan silap tutur bicara dalam entri2 saya di blog ini.. Memang agak kesibukan kebelakangan ini hingga sukar untuk ambil sedikit slot menulis dan berkongsi ilmu milik Allah swt yang sangat luas.. terlalu banyak yang nak dikongsikan.. dengan niat utama mengingatkan diri muhasabah diri dan mendalami sebanyak 2nya ilmuNya..apakan daya diri manusia biasa...segala kelemahan dan kesilapan serta kekurangan adalah dari diri sendiri.. terimalah ikhlas dari saya..